Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, September 6, 2016

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA DEDAHKAN KEBOBROKAN PENTADBIRAN NEGERI SELANGOR... MUJUR ADA PARTI CAP BUNGA DAN PAN, JADI PKR, DAP DAN AZMIN TIDAKLAH KENA SERANG!!!



Sebelum ini, PKR menjadi juara dalam membahaskan Laporan Ketua Audit Negara untuk membantai Kerajaan Persekutuan. Bermodalkan Laporan Ketua Audit Negara, Rafizi Ramli yang pada ketika itu adalah Naib Presiden PKR, telah menjahanamkan sebuah syarikat swasta bernama NFCorp sedangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, yang bermasalah adalah NFC, sebuah entiti kerajaan.

Kecohlah satu negara sehingga akhirnya Shahrizat Abdul Jalil terpaksa meletakkan jawatan dan tidak jadi calon untuk PRU-13 di Parlimen Lembah Pantai.

Penjelasan bahawa NFCorp adalah berbeza dengan NFC, langsung tidak diterima pakai. NFCorp dituduh sebagai penggelap wang negara, walaupun yang diperolehinya adalah pinjaman. Akhirnya NFCorp terpaksa dihentikan operasinya dan cita-cita untuk mewujudkan pasaran halal berasaskan daging lembu berkualiti, tidak terlaksana, sebaliknya mengukuhkan penguasaan empat kartel daging yang menguasai pasaran daging di Malaysia.

DAP dan PKR yang menjadi Kerajaan Negeri Selangor, seringkali melaung-laungkan pentadbiran yang lebih baik daripada pentadbiran Barisan Nasional. Kononnya mereka bebas daripada rasuah dan ketirisan serta salahguna kuasa. Dan yang lebih menarik, tender-tender serta kontrak kononnya dibuat secara terbuka dan menguntungkan kerajaan negeri.

Malangnya, laporan Ketua Audit Negara langsung tidak sama dengan apa yang mereka laung-laungkan. Saban tahun, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan tentang ketirisan dan mungkin juga boleh dikatakan sebagai salahguna kuasa.

Contoh terbaik ialah dalam Laporan Ketua Audit Negara, lebihan peruntukan penyelenggaran Jalan Negeri yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Selangor sahaja adalah RM785.96 juta yang kemudian dijadikan sebagai pendapatan negeri oleh Azmin Ali, menuruti jejak dan contoh Lim Guan Eng sekaligus berbangga-bangga kononnya, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan, bijak mencari pendapatan walaupun hakikatnya, pendapatan yang dicanangkan itu adalah peruntukan yang tidak digunakan untuk penyelenggaraan jalanraya negeri.

Dan kerana itulah, di seluruh Selangor, terutama sekali yang menghala ke Pelaburan Kelang, tak kiralah pelabuhan mana pun, jalanrayanya tidak ubah seperti kawasan yang dilanda perang besar.

Tiada sebarang serangan, tiada sebarang caci nista, malah tiada sebarang komplen daripada mereka yang konon-kononnya memerangi rasuah dan penyelewengan apabila Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan tentang pemerolehan tender dan kontrak Dewan Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Kelang.

Begitu juga dengan rumah untuk Bumiputera. Laporan Ketua Audit Negara sendiri mendedahkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor memang memperuntukkan dasar pemilikan oleh Bumiputera. Tetapi dasar tersebut tidak disokong oleh menyelenggara maklumat pemilikan hartanah Bumiputera.

Laporan Ketua Audit Negara melaporkan:

 Pelan tindakan untuk tadbir urus dan mengawal selia perumahan kuota Bumiputera tidak dilaksanakan kerana Blue Print tidak diendors oleh MMKN untuk diguna pakai secara menyeluruh kecuali melibatkan penetapan kadar kuota perumahan Bumiputera. Selain itu, sekatan kepentingan dalam suratan hak milik bagi unit rumah kuota Bumiputera tidak dinyatakan dengan jelas untuk mengawal dan menjamin pengekalan pemilikan. 

 Pelepasan unit rumah kuota Bumiputera yang dilaksanakan oleh LPHS tidak mematuhi Pekeliling LPHS Bil. 1 Tahun 2011 mengenai Mekanisme Penyelenggaraan Kuota Bumiputera dan Pekeliling PTGS Bil. 3 Tahun 2007. Antara kelemahan adalah aktiviti promosi dan pemasaran kurang memuaskan; pelepasan tidak mengikut peringkat kemajuan projek; pelepasan diluluskan walaupun unit rumah Bukan Bumiputera belum habis dijual serta pengauditan terhadap permohonan pelepasan tidak dibuat. 

 Pemulangan potongan harga Bumiputera dan denda tidak diuruskan dengan memuaskan kerana denda tidak dikutip berjumlah RM73,250; denda dikecualikan tanpa keputusan secara kolektif berjumlah RM2.39 juta; pengiraan bayaran pemulangan potongan harga Bumiputera dan denda tidak dibuat berdasarkan harga jualan; penentuan unit rumah kuota Bumiputera tidak mengikut tarikh perjanjian jual beli serta pelepasan peringkat kedua diluluskan sebelum bayaran pelepasan peringkat pertama dijelaskan sepenuhnya. 

 Dana dari Tabung Amanah tidak digunakan untuk kepentingan dasar perumahan kuota Bumiputera. Selain itu, hasil pelaburan tidak diakaunkan dalam Tabung Amanah bagi tujuan yang sama. 

UMNO dan BN Selangor memang tidak berkeupayaanlah untuk mengupas perkara ini kerana kalaupun mereka mengupasnya, pasti mereka akan dilawak-lawakkan, dijenakakan kalau tidak pun dicaci maki kononnya mereka buta kayu.

PERKASA dan Parti Cap Bunga lagilah tak boleh harap kerana mereka hanya mahu dan menumpukan sepenuh perhatian untuk menggulingkan Najib walaupun mereka menggunakan nama Melayu dan Bumiputera bagi menimbunkan borang permohonan keahlian.

PAS dan PAN, masih lagi teraba-raba dan mencari-cari tempat untuk menentukan siapa yang lebih berhak dan layak menduduki Kerajaan Negeri Selangor selain kerusi-kerusi yang akan ditandingi pada PRU akan datang.

PKR dan DAP?

Memang itu pun yang mereka mahukan!

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA YANG PENUH TENTANG NEGERI SELANGOR BOLEH DIBACA DENGAN KLIK PAUTAN INI.


3 comments:

Anonymous said...

Sekurang kurangnya lapuran audit itu tidak diOSAkan. Boleh dibaca oleh orang ramai. Jika benar ada penyelewengan silalah pihak2 yg bertanggung jawab ambil tindakan.Sprm dan polis bila2 masa sahaja boleh melakukan siasatan kerana ia dibawah bidang kuasa pusat. Kerajaan negeri tiada kuasa untuk menghalang. Ianya amat berbeza dengan lapuran audit untuk 1mdb yg kononnya tiada salah laku tetapi diOSAkan.

Anonymous said...

Ok lah tu,sekurangnya rakyat tahu..jika ada salah laku atau penyelewangan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan daripada laporan audit 1MDB yang dijadikan rahsia kerajaan,rakyat tak boleh tengok dan baca langsung..

Anonymous said...

Klu pkr buat kerja mcm umno jgk maka susahlah rakyat selangor nak pilih parti mana dlm pru 14 nanti.

 
Blogger Templates