Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, September 6, 2016

SALAM MAHATHIR-ANWAR IBRAHIM BENAR-BENAR MENAKUTKAN UMNO-BN KE?



Beberapa orang Menteri dan pemimpin UMNO memberikan reaksi berhubung pertemuan bersejarah antara Mahathir dan Anwar Ibrahim. Dan seperti biasa, ulasan-ulasan mereka adalah bertumpu kepada perangai Mahathir yang akan menikam belakang kawan dan sekutunya.

Kata mereka lagi, ciuman Mahathir umpama ciuman maut. Huluran salam Mahathir bererti huluran pembunuhan. Dan Mahathir telah membuktikannya berkali-kali sepanjang sejarah pembabitannya dalam politik negara.

Tidak salahlah kalau ada yang mengatakan drama terbaharu semalam, menakutkan UMNO sebab reaksi-reaksi yang diberikan oleh beberapa orang figura UMNO, menjurus ke aras tanggapan tersebut.


Hakikat yang perlu ditelan ialah, dalam politik, serba-serbinya berkemungkinan. Tidak mustahil sekiranya Teresa Kok yang kuat menentang azan, tulisan jawi, mahupun totok chauvinistnya, tiba-tiba sahaja berpurdah atau berkelambu ke sana ke mari dengan hanya menampakkan mata sepetnya sahaja.

Dan tidak mustahil juga suatu masa nanti, Najib Abdul Razak akan mengulangi gelagat songsang Mahathir memandangkan banyak keputusan dan tindakan Mahathir, dituruti oleh Najib walaupun dengan caranya yang tersendiri atau terbalik seperti, kalau Mahathir lebih mengutamakan kaum korporat dan taukeh-taukeh besar 9 orang, Najib pula lebih banyak memberikan perhatian kepada kaum marhein dengan pembaharuan-pembaharuannya yang ditentang dan dikatakan oleh kaum korporat dan taukeh-taukeh besar 9 orang sebagai satu pembaziran wang negara.

Bagaimana pula dengan reaksi kaum Reformis 1998 yang cukup setia turun ke jalanan bagi tujuan berdemonstrasi sambil mendesak Mahathir meletakkan jawatan?


Bagaimana pula dengan reaksi para pentaksub Mahathir yang hanya mampu mengatakan, Mahathir bukannya berbaik-baik atau berdamai atau akan membersihkan nama Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat, sebaliknya sekadar memberi sokongan kepada penentangan terhadap Akta MKN yang dikatakan akan membiakkan sikap kuku besi Najib walaupun Mahathir sebenarnya yang menjadikan DYMM Yang Di-Pertuan Agong tidak berfungsi dalam meluluskan suatu akta?

Yang pastinya, baik Mahathir mahupun Anwar, sedang mentertawakan para pengikut masing-masing. Manakala para penyokong Najib pula, sangat meriah dengan pelbagai teori berhubung kedua-dua orang berkenaan.

Yang bertepuk tangan, masih lagi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan keseluruhan gerombolan DAP kerana pemenang sebenarnya adalah mereka!


10 comments:

Anonymous said...

Kompem takut umno ..hhaahaa ..tak boleh nafi masa anwar dan tun dulu ..rakyat boleh cari makan. Kalau keduanya ikhlas nak bantu rakyat ..rakyat wajib sokong. Umno akan spin macam tapi hakikat sebenarnya rakyat tak bodoh.

Anonymous said...

pemimpin umno dan chai2 nsdh gabra..meroyan x tentu pasal. skrg blog projib dah spin mcme cerita bila tgk gambar tu..
umno x takut aihhh..ketaq teloq ja

Anonymous said...

UMNO sedikit pun tak takut tapi geli hati melihat ada orang jilat kahaknya demi Boboi. Madey ibarat orang yang lemas terpaksa capai taik yang timbul untuk dijadikan pelampung.

Anonymous said...

Eloklah mereka berdamai dah tua takut tak sempat...bab mereka berdamai ke...kitaorang Umno tak kisah...semua dah ketentuan Allah..walau...kami orang Umno tak suka sikap dan perbuatan Mahadey dan Anwar...yang memecah belahkan orang Melayu tapi kami orang Umno tetap yakin..dengan keikhlasan kami dan para pemimpin kami membantu rakyat..kami tetap diterima Dan tetap disokong...

Anonymous said...

Ketam teloq oii. Dulu kena tipu dengan mamak, lalu ni nak kena tipu dengan GENG Mamak pulak. Sekoq dari India seorang lagi dari Pakistan. Kena bodoh lagi nampak Melayu bodoh.

Unknown said...

TAK TAKUT, TAK TAKUT weiiiiiiii.............HEHEHE
Inilah ayat budak-budak, bila nak ejek kawannya.
TAK TAKUT, TAK TAKUT WEiiiiiiiii.........HAHAHAHA!!!!
TAK TAKUT, TAK TAKUT Weiiiiiiiiiii........KAHKAHKAH

Anonymous said...

Memang bangsa Melayu iti maklukyg tak berterima kasih , curi pakai Madir tapi meninggalkannya seorg. Memang ciri2 lanun susah dihilangkan. Kenalah kahwin arab utk 10 generasi baru boleh melangkah keluar dari pemikiran kuno.

Anonymous said...

Melaka negeri bankrup dibawah Idris Harun, Tak ada apa2 pun di Melaka. Hanya boleh mereka sejarah utk jebon2. Tak ada sumber2 asli, air mentah utk diminum pun tak ada.

Anonymous said...

Yg komen marah2 kt dsai dn tun tu pun penyamar umno sbnarnya..

Anonymous said...

Bila kerajaan nak luluskan pendaftaran BERSATU? Kerajaan yang kuat tidak akan takut.

 
Blogger Templates