Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, November 16, 2016

ASYIK-ASYIK AMARAN... TINDAKAN MANA? TAKKAN BANGUNAN KEMENTERIAN DAH RANAP, BARU BUKA BIJI MATA?



Dah naik jelak dengar AMARAN, AMARAN, AMARAN... baik Amaran Keras, Amaran Separuh Keras, atau Amaran Tak Keras-Keras..

Dalam semua perkara, hanya mampu bagi amaran tetapi tindakan yang boleh menimbulkan ketakutan atau membetulkan semula masalah yang berlaku, hampir tidak ada. Kalau ada pun, sekadar untuk melepaskan batok di tangga.

Dari satu menteri ke satu menteri, malah menjangkit ke Ketua Polis Negara, tidak habis-habis dengan amaran.

Hakikatnya, tak ada sesiapa pun yang peduli dengan amaran tersebut, bahkan amaran itu pula dijadikan bahan lawak jenaka.

Bukan tidak ada peraturan, dan bukannya juga tidak ada undang-undang, tetapi mereka yang memberikan amaran itu tidak lebih sebagai memenuhi kuota semata-mata. Sekadar untuk mahu dilihat sedang bertindak tegas, hakikatnya tidak ada tindakan kerana kuasa yang ada pada mereka, telah 'dirampas' oleh ketua-ketua jabatan termasuklah pengarah-pengarah yang pro pihak yang mahu diberi amaran itu.

Maka sebab itulah, sebarang pendedahan tentang salahlaku penjawat awam, terutama sekali yang seronok sangat berpolitik dalam media sosial, dipandang sepi. Malah dianggap hanyalah mewakili segelintir kecil sahaja daripada lebih 1.4 juta penjawat awam di negara ini. Dan untuk menyedapkan hati, dikatakan majoriti penjawat awam adalah 'pengundi senyap'.

Tidak ada masalah dan bukan satu kesalahan bagi mana-mana penjawat awam untuk mengundi mana-mana parti politik pilihan mereka. Tetapi apabila mereka menggunakan kedudukan mereka, bagi mendapatkan pengaruh untuk parti-parti politik pilihan mereka, dan pada masa yang sama, menjijikkan majikan mereka sendiri, rakyat awam amat menantikan tindakan tegas yang membolehkan keyakinan rakyat kepada pemerintah untuk menjaga keselamatan dan kerahsiaan negara ini benar-benar terjamin.

Namun yang dihidangkan pula adalah sebaliknya.

Contoh terbaik ialah Page Facebook, 'KAMI GURU MALAYSIA' di mana admin-adminnya yang pro-pembangkang begitu rakus menerajang mana-mana guru yang cuba menyanggah mereka yang pro-pembangkang, malah yang cuba menerangkan perkara sebenarnya juga turut diterajang keluar.

Anehnya, tidak ada tindakan walaupun difahamkan keberadaan page tersebut yang dianggotai oleh guru-guru pro-pembangkang yang begitu seronok menjadi ahli politik dengan fitnah dan bahan-bahan ulah yang diputarbelit atau dibuat-buat tidak faham, terus wujud.

Cuba baca PENDEDAHAN YANG DIBUAT DI SINI.

Semakin ramai yang meluat dengan sikap LEMBIK TENGKUK dan TOLERANSI yang bukan-bukan yang ditunjukkan oleh Kerajaan terhadap kakitangannya sendiri!

Takkan nak tunggu bangunan kementerian dibakar dan dimusnahkan oleh kakitangan awam sendiri, barulah nak buka biji mata dan baru tergesa-gesa nak ambil tindakan?


1 comment:

Anonymous said...

korang tak tau ka....igp mana ada teloq

 
Blogger Templates