Azmin Ali dalam keadaan terdesak cuba bertaichi dan menyalahkan Khalid Ibrahim. Malah turut mencabar Khalid Ibrahim membuat pendedahan di Dewan Undangan Negeri berhubung urusniaga air. Khalid Ibrahim mendakwa Azmin Ali telah menaikkan 10 kali ganda harga pembelian yang ditetapkan oleh pentadbirannya iaitu dari RM250 juta menjadi RM2.7 bilion.
Sebagai balasan untuk menutup kes ini, DAP cuba membangkitkan isu yang dianggap boleh menutup kelemahan PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang. Kedua-duanya melibatkan air. Di Selangor membabitkan air bersih, di Pulau Pinang membabitkan air banjir.
DAP membangkitkan isu ECRL. Para pentaksub dan bala tentera mereka membangkitkan isu, Malaysia telah digadai oleh Najib kepada China. DAP juga membangkitkan isu banjir di Pulau Pinang yang mempersalahkan Kerajaan Pusat sepenuhnya walaupun pembersihan dan penarahan bukit merupakan punca bala tersebut di Pulau Pinang.
Dan terkini, PKR dan DAP cuba mendapatkan kepercayaan dan mencetuskan sentimen di kalangan ahli-ahli PAS apabila mula memperkatakan tentang kemungkinan kekalahan Pakatan Harapan di Selangor pada PRU akan datang. Justeru bagi mengelakkan kekalahan tersebut, maka satu-satunya perkara yang perlu dibuat ialah tiada pertembungan tiga penjuru.
Dengan kata lain, PAS yang perlu mengorbankan kerusi yang mereka tandingi dan menangi bagi memastikan PKR-DAP terus menguasai Selangor.
Kata Khalid Samad yang merupakan Pengarah Komunikasi PAN, "Kita perlu berunding semula. Kita tidak boleh menggunakan formula 2013 lagi kerana keadaan sudah berubah. Masa itu, tidak ada Amanah (PAN) dan Bersatu (Cap Bunga)."
"Itulah sebabnya mengapa kita perlu duduk bersama dan mengkajinya. Ia perlu berdasarkan kepada kebolehmenangan termasuklah 'winnable candidates'. Kita akan mengadakan perbincangan secara lebih serius. Secara prinsipnya, kita bersetuju bahawa perlu wujud lawan satu sama satu. Jadi, kita perlu mengenalpasti kerusi manakah dan di mana untuk bertanding," kata Timbalan Ketua PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin pula.
"Tetapi parti-parti asal - PAS, PKR dan DAP - perlu mencari penyelesaian bagi membolehkan kita membuat keputusan apa yang kita rasakan 'kelebihan' parti lain dan kelemahan kita."
PAS yang dibenci dan dicaci, PAS jugalah yang ditagih oleh PKR dan DAP untuk menyelamatkan Lim Guan Eng dan Azmin Ali!!!
PAS yang dibenci dan dicaci, PAS jugalah yang ditagih oleh PKR dan DAP untuk menyelamatkan Lim Guan Eng dan Azmin Ali!!!
4 comments:
PAS ni klau muka tu memang tebal mcm kulit babi....silalah...buat baik dan bekerjasama dgn...pembangkang yang terang2 memusuhi Pas...wah sekarang nak PRU 14... Kutip balik Pas...kesian PAs... Mcm bola sepak sana tendang sini.. Bila nak pru baru lah di timang timang....fikir sendirilah Pas..kita orang luar hanya mampu tengok jer dari jauh...cuma.. Hinanya Pas ni
Pas jgn jadi alat dan tukang angguk Dap macam Pan.
Ya tepat sakali...harap pas sedar dalam hal ini....bila nak pru mereka sanggup merayu tapi bila dah menang taraf pas jatuh paling hina sekali....semoga pengalaman lalu menjadi pengajaran yang baik sekali kepada pas....
pakatan yg sanggup mengadai apa saja baik dri segi bontot dan jilat ludah sendiri, memang mengerikan bila difikirkan tentang pakatan yg nak ambil alih Malaysia.
Post a Comment