Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, November 18, 2016

MAJLIS PEGUAM, PEGUAM DAP DAN PKR... BERSATU UNTUK TUNJUK KUASA... MAHKAMAH PULA MACAM MANA?



Setiap kali demonstrasi haram, setiap kali itulah, barisan peguam-peguam DAP termasuklah dari LFL apatah lagi Majlis Peguam, akan segera tampil untuk membela peserta-peserta demonstrasi yang ditangkap dan ditahan oleh polis.

Hasilnya, dari BERSIH 3.0 sehinggalah BERSIH 4.0 menyaksikan hakim-hakim mahkamah membuat keputusan para pendemonstran tersebut tidak bersalah, sebaliknya yang bersalah adalah Polis dan Kerajaan Malaysia. PDRM dan Kerajaan Malaysia sebaliknya perlu membayar gantirugi kepada para pendemonstrasi tersebut.

BERSIH 5.0, modus operandi yang sama digunakan oleh DAP. Membariskan barisan peguam-peguam handalannya yang turut dibantu oleh Majlis Peguam dan Lawyers for Liberty, persediaan untuk 'berperang' dengan Perlembagaan diyakini akan berpihak kepada mereka, apabila beberapa keputusan mahkamah sebelum ini, sememangnya diberikan kepada mereka.

Pemanipulasian undang-undang tidak dilihat sebagai satu ancaman kepada negara ini biarpun pada masa yang sama, pihak berkenaan terus cuba 'mendidik' rakyat dengan Perlembagaan Malaysia yang mereka ubahsuai agar menjadikan mereka sebagai wira dan terlebih pandai.

Akta berkaitan Perhimpunan Aman, Kebebasan Bersuara, Akta Polis dan sebagainya telah diperkotak-katikkan oleh pemanipulasi undang-undang yang aktif dalam 'perniagaan undang-undang' di negara ini.

Dan di sebalik pelbagai cop dan label diberikan kepada kerajaan mahupun pembangkang, kuasa sebenarnya adalah puak-puak yang berpejabat di mahkamah-mahkamah di seluruh Malaysia. Merekalah yang menjadi kuasa ketiga, sepertimana yang cuba dilakukan di India dan Pakistan yang menyaksikan kedua-dua negara tersebut hampir lumpuh apabila sektor perundangan mengambil langkah memboikot semua urusan kerajaan beberapa tahun lalu.

Jumlah pemanipulator undang-undang jauh lebih ranggi dan agresif berbanding penegak undang-undang!

BERSIH 5.0 dan selepas itu, bakal menyaksikan kehebatan barisan peguam dan mahkamah menunjukkan kuasa mereka yang akhirnya menyebabkan semua pihak terpaksa tunduk termasuklah pihak berkuasa!


3 comments:

Anonymous said...

Nasihat jer..Yang Dipertuan Agung..istyhar darurat...habis cerita...masa.tu...siaplah..Askar Rejimen Melayu...siap saga...kawal keamanan...nak harap polis...nanti..peguam..Dap tu..manipulasikan keadaan..so bila istyhar darurat...senyap terus...

Anonymous said...

Peguam sial ni,masuk dlm kem....kasi hajar sama depa

Anonymous said...

Setuju sangat2.. Biar RAMD kasi settle sampah2 bershit ni smua..

 
Blogger Templates