Individu yang sama, mengatakan negara ini dalam bahaya sekiranya campurtangan dari luar dibiarkan berleluasa. Individu itu jugalah yang telah memomokkan dan membuatkan sebahagian besar rakyat negara ini percaya bahawa malapetaka pada 1997-1999 adalah hasil kegiatan jahat George Soros dan OSFnya yang menggunakan pemimpin dalam negara ini bukan kerana kronisme dan kelemahan struktur kewangan dan ekonomi negara yang telah dicampurtangannya.
Bahkan individu itu jugalah yang memberitahu rakyat Malaysia bahawa Phoenix, sebuah bandaraya di Amerika Syarikat menjadi lokasi utama 'percutian' seorang pemimpin yang cuba merampas kuasanya.
Phoenix di Amerika Syarikat terkenal dengan kegiatan dan pusat gay sedunia.
Mengapa Sweden?
Matawang Sweden, Krona telah diserang dengan teruk pada tahun 1992. Orang yang dipertanggungjawabkan adalah George Soros. George Soros menjadi orang yang paling dibenci oleh Sweden pada waktu itu.
Namun 6 tahun kemudian iaitu pada tahun 1998, Soros dijemput ke Sweden. Semuanya terhasil apabila pembiayaan George Soros ke atas aktivis-aktivis sayap kiri Expo berjaya melatih kader-kader yang berkiblatkannya.
Hari ini terbukti, daripada 20 orang Ahli Parlimen Sweden, 13 orang daripada mereka adalah pengikut setia George Soros merangkumi pelbagai parti politik. Antara mereka termasuklah Lars Adaktussan dari Christian Democrats Party, Anna Maria Corazza Bildt dari Parti Konservatif, Peter Ericsson dari Parti Green, Fredrick Federly dari Center Party dan Soraya Post dari Feminin Initiative. (RUJUK SINI)
Dalam kempen pilihanraya Pan-European, George Soros memainkan peranan utama apabila dia membiayai kumpulan Expo untuk menentang kumpulan 'Nasionalis'. Antara mereka yang dibiayainya adalah ahli perniagaan Sweden, Daniel Sachs. George Soros menerusi Open Society pada tahun 2014 telah menyalurkan beratus-ratus juta dollar kepada pelbagai pertubuhan di Eropah dalam usaha untuk memanipulasi keputusan pilihanraya di Eropah pada tahun tersebut.
Apa kena mengena dengan Malaysia?
Menariknya, George Soros menjemput Najib Abdul Razak untuk bertemu dengannya di Manhattan pada tahun 2010. Bagaimanapun, pertemuan tersebut tidak berakhir dengan baik kerana George Soros 'tidak gemar' dengan Najib. Tidak seperti pertemuannya dengan Dr. Mahathir yang berakhir dengan 'kegembiraan'.
George Soros tidak berselindung yang dia adalah pedagang matawang. Dan kerana perdagangan matawang itulah, dia berjaya menguasai beberapa buah negara dan pemimpin-pemimpinnya. Mahathir juga tidak berselindung menggunakan kuasanya. Justeru itulah, campurtangannya secara langsung dalam urusniaga tukaran matawang dunia menggunakan Bank Negara telah mengakibatkan kerugian lebih RM30 bilion wang rakyat Malaysia.
Semuanya berlaku semata-mata Mahathir mahu menunjukkan dia seorang yang bijak dan hebat walaupun kemudiannya yang dipersalahkan adalah Nor Mohamad Yakcob.
Ilmu apakah yang akan dibawa pulang oleh Mahathir kepada penerus legasi dan para penyokongnya?
Bagaimanapun, dari maklumat yang lain pula mengatakan, destinasi Dr. Mahathir telah ditukar dari Sweden ke Sudan... malah sumber rapat dengan Mahathir pula menyatakan, Mahathir masih di dalam negara dan tidak mustahil akan muncul esok di perhimpunan BERSIH 5.0... (itu pun kalau tidak hujan).
Jadi, tidak mustahil sekiranya, Mahathir akan bersama-sama Ambiga dan Kuning esok... kalau dah begitu, nantikan kemunculannya!!!
3 comments:
Madey gi sweden tk saje2 tu..dgr citer ada 'pertemuan' penting dgn penyangak dunia.. yg dikagumi madey sejak dlu.. sbb itu tiba2 Bank Negara arahkan Ringgit tidak boleh diniagakan di luar persisir.. ada jaminan bertulis dr pemilik dana bon baru boleh amik ringgit diniaga..
Bank negara rasanya dah HIDU syaitan tua ini nk buat sesuatu yg sgt dahsyat utk menyambung 'memontum' kejatuhan nilai Ringgit sejak spekulasi Trump menang!
hati2lah kita.. musuh yg amt dhsyat ini bkn nak jahanamkan Najib lagi..tp negara dan rakyat akan menderita!
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2016/11/rayuan-tun-dr-mahathir-minta-rakyat.html#ydhLSTh1v5rU4FFT.99
Masa yang diambil untuk memafkan BABI (Islamis) adalah 18 tahun tetapi masa yang diambil untuk memafkan dan seterusnya jadi pengkagum yahudi pengacau daun hanyalah 8 tahun. Itulah bezanya nilai kawan lama dan kawan Baru (Soros)?
Di Amerika: Seorang pegawai kerajaan berpangkat penolong ketua pengarah yang meletakkan foto presiden di sebelah foto KKK dengan kapsyen KKK lebih keAmerikaan di laman sosial, telah meletakkan jawatan (tentunya diarah berbuat demikian). Malangnya di sini, keceluparan, kebiadaban dan keprovokasian dipandang dengan sebelah mata terbuka.
Post a Comment