Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, February 24, 2017

RUPA-RUPANYA REFORMASI JALANAN YANG MEMBANJIRKAN JALAN-JALANRAYA KUALA LUMPUR HUJUNG 90-AN LALU ADALAH CINTA ANWAR KEPADA MAHATHIR!!!



Orang paling kanan Anwar Ibrahim semasa Era Reformasi pada penghujung 90-an dan awal tahun 2000, Azmin Ali yang kini merupakan Timbalan Presiden PKR selain berjawatan Menteri Besar Selangor, kini barangkali turut dijangkiti penyakit nyanyuk yang amat keterlaluan serta kronik.

Dari semenjak tahun 1998 sehinggalah tahun 2003, nama Mahathir merupakan nama paling MAJAL dan PALING DIKEJI oleh PKR. Tidak sahaja Mahathir, bahkan segala kaum keluarga, isteri, bahkan keturunannya yang berasal dari Kerala, sebuah negeri di selatan India turut disebut-sebut.

Hishamuddin Rais yang merupakan salah seorang aktivis PKR ulung, memberikan gelaran KUTTY kepada Mahathir menerusi pindaan terhadap salinan kad pengenalan Mahathir yagn menyaksikan nama Mahathir Mohamad bertukar menjadi Mahathir Iskandar Kutty.

Ramai yang percaya dan menjaja nama Mahathir sebagai Kutty hanya kerana Mahathir dikatakan punca Anwar dihukum penjara akibat jenayah liwat dan salahguna kuasa!

Hari ini, setelah hampir 20 tahun, Azmin Ali membuat kenyataan di dalam mahkamah bahawa Anwar Ibrahim tidak pernah berniat hendak menggulingkan Dr. Mahathir. (RUJUK SINI)

Sebaliknya menurut Azmin Ali, musuh-musuh politik Anwar sebenarnya yang merancang untuk menyingkirkan Anwar dari UMNO dan Kerajaan.

"Mereka mahu menyingkirkan Anwar bagi mencapai agenda peribadi mereka," kata Azmin ketika memberi keterangan bagi pihak Anwar yang telah menfail saman fitnah sebanyak RM100 juta ke atas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Anwar menyaman Khairy Jamaluddin selepas Ketua Pemuda UMNO itu mengucapkan frasa 'main belakang' dalam sebuah ceramah politik di Lembah Pantai pada tahun 2008. Menurut Anwar, frasa tersebut bermakna dia adalah seorang homoseksual, rendah mora dan berkecenderungan melakukan jenayah dan maksiat.


Anwar bagaimanapun sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun selepas dia disabitkan dengan jenayah liwat kedua membabitkan pembantu peribadinya. Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum itu. Malah Anwar Ibrahim sendiri tidak membela diri, manakala pasukan peguambelanya pula menyatakan, Anwar Ibrahim melakukan hubungan liwat suka sama suka dan kerana itu tidak boleh disabitkan dengan kesalahan.

Mudah sangat nampaknya berubah sikap dan berubah cakap walaupun setiap perhimpunan atau demonstrasi besar-besaran yang turut mendapat liputan media antarabangsa, desakan dan jeritan agar Mahathir diturunkan daripada jawatan dan kemudian didakwa selain harta benda kekayaan kaum keluarganya yang diperolehi daripada amalan KKN (Korupsi Kronisme Nepotisme) dirampas oleh negara, kedengaran sangat lantang.

Hanya kerana sekarang ini, Mahathir berbaik-baik dan rapat dengan Lim Kit Siang, maka segala 'dosa' Mahathir yang membuang Anwar selain 'merampas' jawatan Perdana Menteri dari tangan Anwar, terhapus begitu sahaja!

Hebat!!!


3 comments:

Anonymous said...

Kuasa Kit Sial dan anaknya dan geng2 kapir gereja dapigs mengatasi segala2nya. Pkr,pan,ppbm hanyalah anjing2 suruhan. Pendapat, pendirian dan 'ingatan' boleh diputar belit mengikut kesesuaian dan kehendak kapir2 gereja dapigs.

Anonymous said...

Kah kah kah memang pakatan tak boleh dipercayai langsung. Dulu lain sekarang lain. Tapi bukankah saksi kena bersumpah hanya menyatakan yg benar sahaja? Sedangkan kenyataan Azmin tu bercanggah dengan apa yg telah berlaku dahulu...maknanya saksi ini berbohong di mahkamah.

Anonymous said...

Politik dn kuasa punya pasal habis tonggang trbalik. Nilai agama semakin jauh..

 
Blogger Templates