Menurutnya ketika berceramah untuk mendapatkan sokongan daripada para pengikut Husam Musa di Kota Bharu Kelantan, dia adalah Perdana Menteri paling miskin dan selepas bersara pun dia kekal miskin.
Dengan kata lain, cerita masyhur di seluruh dunia bahawa Mahathir merupakan Perdana Menteri terkaya di dunia, yang suatu masa dahulu, cuba didiamkan dan berita tentangnya cuba ditampan oleh pelbagai agensi berita dan propaganda Mahathir, langsung tidak benar. (RUJUK SINI, SINI, SINI dan SINI)
Sama ada benar atau tidak segala tuduhan tentang kekayaan peribadi Dr. Mahathir, ia masih bersifat andaian semata-mata. Namun yang pasti, kesemua anak-anaknya selain kerabat serta kroni-kroninya memang memiliki kekayaan luar biasa semasa dan sepanjang 22 tahun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pendedahan demi pendedahan yang selama ini dikepung oleh OSA dan ISA tentang pemberian, penanugerahan, bahkan penggunaan wang negara dan rakyat sewenang-wenang untuk anak-anak, ahli keluarga serta kroninya kini, tidak langsung dapat dijawab oleh Mahathir.
Satu-satunya jawapan yang diberikan oleh Mahathir apabila ditanya tentang kekayaan luarbiasa dan super pantas anak-anaknya ialah, mereka berniaga dan dia tidak pernah campurtangan dalam perniagaan mereka.
Mahathir boleh sahaja mengaku dia adalah Perdana Menteri paling miskin di Malaysia tetapi dia tidak dapat menafikan tentang kedudukannya, kedudukan anak-anak, kerabat serta kroninya yang memperolehi pelbagai kontrak lumayan kerajaan terutama pada sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun.
MISKIN BERTERUS-TERANG DAN KEJUJURAN!!!
5 comments:
Org tua nak kelentong. Klu melayu mudah lupa bolehlah. Melayu yg tak lupa masih ingat banyak skandal yg melibatkan wang masih belum trjawab.
Paling miskin pun naik jet kehulu-kehilir...klw paling kaya tak tau la..hahaha
Dia miskin sebab dh bagi kekayaan pada anak2 nya
Saya bukan hendak menyokong sesiapa..tetapi teori tetap teori..dan tuduhan tetap tuduhan ..jika tiada bukti surat ..ini ada orang tu satu dunia tunjuk bukti lagi kita masih sanjung..apa critaaa
Jika anak dia kaya..dapat kontrak..tak boleh nak buat apaa..sebab sdh bapak dia menteri semua orang tauuu..peluang dapat projek memang besar..nak buat macam mana..sudah resam..kalau hang pa guru besar sekolah..anak hangpa belajaqq di sekolah yg sama..adaaaakaa budak sekolah berani nak buli anak hangpaaaa..pakai akaiii lah bro..
Anak hangpa juaii keropok lat sekolah ramai org beli sb dia bapak dia guru besaq sekolah tu..biasaalahh..itupun org kataaa..tapi kalau bapakk nya sekolah lain tuduh dengan surat2 bukti salah laku..cikgu sekolah masih ampun semacam..itu saya lagi pelikkk..
Post a Comment