Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 30, 2017

WALAUPUN TIDAK DIAMBILALIH OLEH BARISAN NASIONAL, PAS TETAP AKAN BENTANG RUU355 DI PARLIMEN!!!



PAS akan tetap meneruskan pembentangan usul persendirian rang undang-undang pindaan Mahkamah Syariah (Akta Mahkamah Syariah) atau RUU355 walaupun Kerajaan memutuskan untuk 'memulangkan' kembali usul tersebut kepada Presiden PAS untuk dibentangkan sebagai usul persendirian. Apatah lagi Usul tersebut asalnya dibuat oleh PAS sendiri.

Ketua Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, dia sudah 'menjangkakan' keputusan tersebut akan dibuat oleh Barisan Nasional. 

"Kami tahu Barisan tidak akan membentangkan Usul ini kerana mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong atau mengundi Usul ini," katanya. 

Najib Abdul Razak pada malam Rabu mengumumkan, Kerajaan tidak akan mengambilalih Usul Persendirian PAS untuk meminda akta berkenaan. Menurut Perdana Menteri, keputusan tersebut selari dengan prinsip konsensu di dalam Barisan Nasional sambil menambah Usul berkenaan akan kekal sebagai Usul Persendirian sekiranya dibentangkan di Dewan Rakyat. 

Ekoran itu, Mahfodz berkata, PAS akan kembali kepada pelan asal, yang membolehkan Presidennya, Abdul Hadi Awang yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang untuk membentangkannya di Parlimen. 

Menurut Mahfodz, walaupun kelihatan mustahil untuk Usul tersebut diluluskan, tetapi dia percaya, Usul tersebut telah pun mencapai kejayaan ekoran kebenaran Speaker untuk sebutannya sebanyak dua kali sebelum ini di Parlimen. 

"Kami berhadapan dengan pelbagai kesulitan untuk membawa Usul ini ke Parlimen sebelum ini, tetapi sekarang ia dibenarkan untuk dibentangkan dan dibahaskan. Sekalipun kami juga tahu, ia sukar untuk untuk dimenangi, tetapi ia sudah pun menunjukkan kemajuan."

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama, Nasruddin Hassan berkata, PAS tidak terkejut dengan keputusan Barisan. Menurutnya, satu-satunya perbezaan sama ada Usul tersebut dibentangkan oleh Kerajaan atau PAS ialah keutamaannya dalam senarai Kertas Senarai Parlimen. Kalau dibentangkan oleh Kerajaan, ia akan diberikan keutamaan, manakala seandainya dibentangkan oleh PAS, bergantung kepada budibicara Speaker. Proses seterusnya adalah sama, iaitu bahas dan undi sebelum dibuat Bacaan Kali Kedua yang juga akan dibahas dan diundi sebelum Bacaan Kali Ketiga yang turut akan dibahas dan diundi di Dewan Negara.

2 comments:

Anonymous said...

BILA SEBUT PRIVATE BILL KENA BAWAK SENDIRILAH TUAN GURU. THAT IS THE RULE OF THE GAME. TAKKAN ORANG LAIN MAKAN NANGKA ORANG LAIN YANG KENA GETAHNYA.....FAHAM-FAHAM SENDIRILAH.

Anonymous said...

Syariat Islam sentiasa berdepan pelbagai halangan dlm proses melaksanakannya. Ia tercatat dlm sejarah sejak zaman Nabi hingga kini.

 
Blogger Templates