Menariknya juga, tiada seorang pun pemimpin UMNO yang mempertahankan Abdul Latif Bandi sebaliknya menyerahkan kepada sistem perundangan Malaysia untuk mengadili Abdul Latif Bandi sama ada bersalah atau sebaliknya.
Berbeza pula dengan Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah dan salahguna kuasa membabitkan sebuah hartanah dan status tanah bersama-sama kawan rapat Betty Chew, isterinya, Phang Li Koon.
Lim Guan Eng bukan sahaja tidak melepaskan semua jawatannya termasuklah sebagai Exco Tanah, bahkan Lim Guan Eng mengulangi tindakannya pada tahun 1997, apabila dia enggan membayar denda sebanyak RM15,000 sebaliknya berkempen dan berceramah mengkritik keputusan mahkamah selepas dia didapati bersalah di bawah Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, yang menyebabkan dia akhirnya dipenjarakan kerana menghina mahkamah.
Kini, Lim Guan Eng menggunakan kaedah yang sama bagi menutup cerita sebenar tentang rasuah dan salahguna kuasa, apatah lagi semakin banyak pendedahan tentang penyelewengannya termasuklah isu membabitkan terowong dasar laut yang kemudian ditukarkan menjadi jambatan ketiga sedangkan pada masa yang sama, dia masih tidak dapat menjawab tentang wang sebanyak RM305 juta yang telah dibayar kepada entiti yang membuat kajian kebolehlaksanaan sahaja. Apabila diminta oleh Kementerian Kerja Raya, Lim Guan Eng gagal memberikan laporan tersebut dan terpaksa berdalih lagi untuk meminta tangguh selama enam bulan dengan kesalahan dituduhnya kepada Kerajaan Negeri Barisan Nasional terdahulu.
Lim Guan Eng banyak berbohong, khususnya tentang penambakan laut dan penggondolan puncak bukit yang turut melibatkan kroni-kroni utamanya. Kaitan Betty Chew di dalam setiap projek-projek besar, tidak mampu dilindunginya lagi.
Justeru melihat Lim Guan Eng terpaksa menimbulkan pelbagai isu remeh termasuklah usul mengecam Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabuddin Yahya kononnya Ahli Parlimen UMNO itu menyokong mangsa rogol bawah umur berkahwin dengan perogol, dilihat tidak ubah hanyalah cubaan bodohnya untuk menutup tembelang sebenar. DAP dan Lim Guan Eng terpaksa memutarbelitkan kenyataan Shabuddin dan pada masa yang sama, buat-buat bodoh dan tidak faham Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Shabuddin Yahya.
Masih juga menunggu-nunggu sebarang ulasan daripada para pemimpin DAP walaupun Timbalan Presiden PAN, Salehuddin Ayob menyatakan Menteri Besar Johor juga perlu disiasat tentang rasuah, untuk mengulas perletakan jawatan dan tuduhan rasuah yang dihadapi oleh Abdul Latif Bandi.
Nak tengok sama ada mereka berani atau tidak menyungkit Lim Guan Eng yang terus bertahan untuk tidak melepaskan jawatan dan bersedia untuk berhadapan dengan sistem perundangan Malaysia.
1 comment:
Jgn kritik Dap nanti Pan marah..
Post a Comment