Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, April 16, 2017

BUKTI PALING JELAS DAP MAHU CAMPURTANGAN ASING DI MALAYSIA ADALAH KEMPEN PEMBEBASAN ANWAR IBRAHIM DAN PENJARA, KATA PAS!!!



Bulan madu DAP dengan PAS telah berakhir. Perancangan awal DAP, PAS perlu ditakut-takutkan, digertak-gertak dan kemudian dipaksa untuk mengikut kehendak mereka, tidak menjadi. Bahkan terbarai di tengah jalan apabila PAS tetap bertegas dengan pembentangan Usul Persendirian menambahbaik dan menaiktaraf undang-undang Syariah Malaysia yang dikenali sebagai RUU355.

Klip video di mana Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengungkit kembali bagaimana DAP dan PKR mahu campurtangan asing dalam politik Malaysia, telah tersebar secara meluas, membuatkan DAP dan Lim Guan Eng yang terdesak ekoran pendedahan tentang sabotaj ekonomi yang giat dilaksanakan oleh mereka dibuat secara meluas, terpaksa mencari jalan lain untuk menutup isu berkenaan.

Lim Guan Eng dalam jawapannya dua hari kemudian, telah meminta Abdul Hadi Awang untuk memberikan bukti berhubung dakwaannya itu. Manakala Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh pula membuat laporan polis terhadap Abdul Hadi dan menuduh Presiden PAS itu berbohong.

Bagaimanapun, terdapat banyak bukti yang menunjukkan kebenaran dakwaan Presiden PAS itu.

Apabila Lim Guan Eng meminta bukti, ianya tidak lain selain daripada cubaan Lim Guan Eng dan DAP sendiri untuk menutup perbuatan sendiri sepertimana yang cuba dilakukannya dalam banyak kes termasuklah ketika dia memburuk-burukkan Malaysia ketika satu sidang media di Hong Kong beberapa tahun dahulu yang sehingga kini, Guan Eng tidak berani memberikan penjelasan berhubung kewajarannya memburuk-burukkan dan menghalang kemasukan pelaburan ke Malaysia.


Menurut Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff, usaha DAP cuba melobi Amerika Syarikat untuk membebaskan Anwar Ibrahim, merupakan salah satu contoh bagaimana parti tersebut mengundang campurtangan asing di negara ini.

Kenyataan Kamarul Zaman itu adalah berdasarkan kepada pengakuan Ronnie Liu di dalam Suara Keadilan, akhbar PKR sendiri bertarikh 11 April 2017 bahawa dia telah berjumpa dengan Kaunselor Politik Amerika  Syarikat, Tressa Finerty bagi membincangkan pembebasan Anwar Ibrahim dari penjara.

Laporan Suara Keadilan itu adalah berdasarkan kehadiran NGO Otai Reformasi ke Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada 6 April.


Dalam pertemuan tersebut, satu memorandum telah diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat bagi menggesa tekanan diberikan kepada Kerajaan Malaysia agar Anwar dibebaskan dengan alasan, untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

Selasa lalu, Abdul Hadi Awang mendakwa DAP berunding dengan kuasa-kuasa asing untuk mempengaruhi politik Malaysia dalam mempertahankan langkah PAS berunding dengan UMNO bagi menguatkuasakan undang-undang syariah.

"Kita boleh berunding dengan UMNO, berunding dengan sesiapa sahaja untuk melaksanakan Islam, sedangkan dia (DAP) dengan Amerika pun berunding, dengan negara asing pun dia berunding, dengan kedutaan asing pun dia berunding. (Mereka) berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia. Kita tidak sampai tangga (ke tahap) itu, nak suruh negara asing campurtangan dalam negara kita" kata Abdul Hadi.

3 comments:

Anonymous said...

Patut bongkar lebih banyak lgi pasal Dap biar rakyat tahu.

Anonymous said...

Kalau UMNO kuat sangat tak salah bawa org dari luar. Hakim2 UMNO buat keputusan kes Anwar. Kalau Islam tidak menjurus ke arah kebenaran dan keadilan maka tak gunalah ugama tu. Kalau Saudi guna agama utk menyerang Yemen yg serba kekurangan maka tak guna lah ugama Al Saud itu.

Anonymous said...

Hadi cam mana dgn pembunuhan beramai ramai Memali. Sia2 Ibrahim Libya ikut kau.

 
Blogger Templates