Berbelas-belas keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki dan seorang wanita yang menyerupai Zairil dan Dyana Sofya sedang memadu kasih di sebuah restoran yang tidak dikenalpasti, termasuklah bercium, tular di Internet, selain gambar-gambar lama membabitkan kedua-dua orang ahli politik, yang mereka berulang kali katakan sebagai 'palsu'.
Para penyokong DAP pula menuduh, UMNO telah merekayasa gambar-gambar tersebut bertujuan untuk merosakkan integriti Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya. Malahan untuk menghentikan penularan gambar-gambar tersebut atau diperkatakan, mereka secara terbuka mengecam UMNO kerana sudah kehabisan idea sehingga terpaksa mencipta gambar-gambar seks dan separuh porno untuk menang.
Zairil yang berusia 34 tahun yang telah berkahwin dan Dyana Sofya, 30, serta masih bujang berulang-ulang kali menafikan mereka mempunyai hubungan sebagai kekasih.
Bapa kepada dua orang anak, Zairil berkata, gambar-gambar terbaharu membabitkannya dan rakan separtinya itu merupakan kempen politik untuk menjatuhkannya dan DAP dalam PRU akan datang.
Bagaimanapun, beberapa penganalisa politik melihat reaksi negatif yang ditunjukkan oleh DAP dalam isu ini sebagai sesuatu yang amat menarik. DAP langsung tidak berminat untuk menyelamatkan kedua-dua 'bintang muda' mereka yang beragama Islam itu, tidak seperti dalam kes-kes lain terutama yang membabitkan Lim Guan Eng.
Dengan semakin hampirnya PRU-14 yang selewat-lewatnya Jun tahun hadapan, kegagalan Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya untuk membuat aduan kepada polis atau pun SKMM akan berterusan menjadi masalah kepada kedua-dua pemimpin muda DAP itu.
"Kalau betul bukan mereka di dalam gambar-gambar tersebut, mereka seharusnya membuat laporan polis dan menyaman orang yang menyebarkan gambar-gambar palsu itu. Kalau tidak, masyarakat akan melihat gambar-gambar itu sebagai mereka, sekaligus akan mengalihkan sokongan pada PRU-14 nanti," kata Jeniri Amir, seorang Profesor Madya di Universiti Malaysia Sarawak. (RUJUK SINI)
Jeniri bagaimanapun, tidak percaya, gambar-gambar skandal terbaharu itu akan merosakkan kerjaya politik Zairil dan Dyana Sofya.
"DAP akan berterusan mendapat sokongan daripada penyokong tegar mereka, tetapi sokongan daripada golongan bukan penyokong, khususnya orang Melayu dan Islam akan berkurangan," katanya lagi.
Manakala Oh Ei Sun, Adjung Kanan di S.Rajaratnam School of International Studies, Universiti Teknologi Nanyang berkata, sokongan daripada masyarakat Melayu-Islam kepada DAP telah menurun selepas PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Oleh kerana itu, menurutnya, gambar-gambar terbaru tersebut, sekalipun dikatakan 'palsu' oleh DAP, dan hanya akan mengurangkan sedikit sokongan kepada DAP dari kalangan orang Islam. Dan sekalipun PAS serta UMNO berterusan melabelkan DAP sebagai anti-Melayu, DAP sebenarnya sedang menikmati sokongan daripada sebahagian orang Melayu hasil daripada kerjasamanya dengan PAS sebelum ini.
Bagaimanapun, baik Jeniri mahupun Oh, sependapat, Zairil dan Dyana seharusnya membuat laporan polis untuk membersihkan nama mereka daripada skandal terbaharu itu.
Lebih lama mereka menanti untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa, lebih sukar untuk DAP untuk mengatasi masalah ini.
1 comment:
Hakikatnya orang Melayu tak sokong DAP tetapi memberi undi pada DAP kerana hubungan dengan PAS dalam Pakatan Rakyat. Itu sahaja. Isu 2 orang macam belangkas ni hanya cerita politik yang mungkin seronok jugak untuk kita tatap gambarnya. Tak mencerminkan atau yang menentukan hala tuju undi orang Melayu itu sendiri.
Post a Comment