Sebelum ini, portal berkenaan menyatakan kekesalan berhubung fitnah yang dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan. Mereka juga mengakui bahawa artikel yang menfitnah Abdul Rahman Dahlan itu hanya mengambil sebahagian daripada temubual Menteri berkenaan dan telah diputarbelitkan oleh wartawan-wartawannya untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap Abdul Rahman.
Itu cerita tentang balik kampung yang diperakui sendiri oleh Malaysiakini sebagai 'sengaja menfitnah' Abdul Rahman Dahlan. (RUJUK SINI)
Bagaimana pula dengan fitnah yang dibuat oleh Malaysiakini terhadap Razali Ibrahim berhubung kenyataan yang membabitkan MLA setelah berita Malaysiakini itu digunakan oleh Rafizi Ramli, Khairuddin Abu Hasan dan sebagainya untuk memanjangkan fitnah sekaligus menghidupkan semula saki baki serangan mereka terhadap 1MDB yang semakin lesu kebelakangan ini?
Pagi tadi, selepas objektif mereka terhasil, secara senyap-senyap Malaysiakini membuat permohonan maaf dan menyatakan mereka telah melakukan kesilapan komunikasi. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, wartawan Malaysiakini dan Pengarangnya tidak faham Bahasa Inggeris tetapi hanya bersemangat untuk memutarbelitkan dan membuat fitnah ke atas Razali Ibrahim.
Pada 14 April kami menerbitkan satu reaksi daripada Pejabat Peguam Negara Switzerland yang menyatakan bahawa mereka tidak menerima permohonan bantuan perundangan bersama (MLA) dari Malaysia.Ini bukanlah kali pertama Malaysiakini menggunakan Modus Operandi yang sama. Buat fitnah, selepas kecoh dan viral, bimbang akan dikenakan tindakan undang-undang, Malaysiakini akan memuat kenyataan memohon maaf secara 'sembunyi-sembunyi' di sudut portal mereka yang paling terpencil.
Laporan itu juga menyatakan ia bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim kepada parlimen. Ia adalah tidak tepat dan Malaysiakini sudah membuat pindaan pada berita berkenaan.
Razali menjelaskan kenyataannya di parlimen pada 23 Mac lalu merujuk kepada permohonan MLA dari Switzerland kepada Malaysia dan bukan sebaliknya.
Kami memohon maaf atas kesilapan itu.
Razali juga menggesa pihak yang mengkritiknya berdasarkan kepada laporan itu supaya memohon maaf dan melakukan pembetulan sewajarnya.
Razali menamakan bloger, OutSyed the Box; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden Parti Bebas Rasuah, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai pihak yang mengkritiknya berdasarkan kesilapan laporan itu. (RUJUK SINI)
Dan akhirnya masalah berkenaan pun selesai.
Malaysiakini kemudiannya mencari sasaran lain dan kemudian buat fitnah lagi. Kalau tak kecoh, kalau tak dilayan, fitnah tersebut akan dibesar-besarkan. Tetapi apabila dilayan dan dijawab, Malaysiakini akan buat permohonan maaf dan kalau teruk terkantoi, Malaysiakini akan menyatakan mereka telah membuat PINDAAN pada artikel fitnah berkenaan!
Mudah, kan?
KDN pula dengan bangganya memberitahu, mereka telah menerima permohonan maaf itu!
3 comments:
Kdn perlu lebih tegas...
Menteri KDN otak selut kot
Beri muka sgt dgn puak2 penfitnah, konco2 Dajjal
Post a Comment