Cap Bunga yang diketuai oleh Dr. Mahathir dan anaknya, Mukhriz Mahathir sudah bercita-cita untuk menguasai Putrajaya dengan mempergunakan PAS setelah melihat kejayaan yang dicapai oleh PKR dan DAP terutama sekali di Selangor dan Pulau Pinang.
Oleh kerana Dr. Mahathir merupakan faktor utama yang menjadikan PAS sebagai 'petualang politik' dengan pelbagai fatwa-fatwa pelik terhadap UMNO, Cap Bunga telah mengutuskan Muhyiddin Yassin dengan harapan auranya selaku bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri akan mengkagumkan para pemuka PAS bagi membolehkan rundingan, sekaligus meletakkan PAS sebagai balaci Cap Bunga untuk PRU akan datang.
Malangnya, PAS yang sudah terlalu lama mengkaji langkah-langkah dan taktik-taktik Dr. Mahathir, lebih awal menghidu cubaan tersebut. Di sebalik harapan besar Cap Bunga, PAS akhirnya menolak cita-cita Cap Bunga.
Itulah yang membuatkan Cap Bunga marah betul dengan PAS sehinggakan Ketua Biro Strategi dan Dasar Cap Bunga, Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff menamakan lima orang pemimpin PAS sebagai orang yang bertanggungjawab menggagalkan cubaan Cap Bunga.
Di sebalik banyak mesyuarat dan pertemuan yang berlangsung antara Cap Bunga dan PAS bagi membolehkan PAS menjadi jentera propaganda menaikkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri, rancangan itu akhirnya telah digagalkan.
Kelima-lima orang yang disebut oleh Rais Hussin itu adalah Pengarah Pilihanraya PAS Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Ketua Penerangan Nasruddin Hassan, Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Pengarah Penyelidikan PAS Dr. Ahmad Zuhdi Marzuki.
Kata Rais, setiap kali perbincangan dibuat, kelima-lima orang itu akan tampil sedaya upaya mempertikaikan apa yang sudah ditandatangani antara Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS) dengan Cap Bunga.
Susah benar bagi para pentaksub Mahathir untuk menerima hakikat, permusuhan antara PAS dengan UMNO lebih banyak dicetuskan oleh faktor Mahathir di dalam UMNO dan kemudian menjadi Perdana Menteri.
2 comments:
Cukup2 lah tu madey. Parti kamu tu utk melayu yg mudah lupa trhadap kerja buat kamu dulu yg banyak membawa masalah kpd negara dan parti.
Benar Tu bro, aku pernah dgr lama dulu org rapat dgn org no satu pas Dan umno cakap "Problem besar kita (utk perpaduan melayu) adalah org tua tu).
Aku agak la, madey mmg mcm sangat2 tqk suka ds najib berbaik2 dgn ds hadi waktu dia masih ahli umno lagi.
Post a Comment