Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, May 5, 2017

PEMBOHONG TOTOK PRO-TUN LUPA, ZAMAN NAJIB, TIDAK ADA BANK YANG DILUPUSKAN LAGI ATAU BAIL-OUT MACAM BANK BUMIPUTERA PADA ZAMAN MAHATHIR!!!



Rafizi tukang cucuh api... dia yang merintis jalan tetapi tukang pembohong adalah jentera propaganda yang kuat menyokong Dr. Mahathir. Kononnya dengan aura Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri terhebat yang pernah dilahirkan di Malaysia, maka apa yang mereka katakan yang bersandarkan daripada kata-kata Dr. Mahathir adalah sesuatu yang tidak boleh disangkal sama sekali.

Cerita Bank Rakyat tak ada duit sebab duit Bank Rakyat dah kena sapu dek Perdana Menteri untuk 'bail-out' 1MDB dan tutup skandal RM2.6 bilion adalah cerita yang paling kerap didengar beberapa minggu lepas, terutama daripada mulut-mulut dan tulisan para penyokong Dr. Mahathir. Mereka jadi sangat serba tahu sehinggakan yang jual emas di Masjid India dan pagi-pagi perlu telan whisky pun bercakap pasal Bank Rakyat dah tak ada duit juga.

Semuanya kerana Bank Rakyat 'lambat' mengumumkan pembayaran dividen. Jadi, kelambatan itu disamaertikan sebagai skandal besar dalam Bank Rakyat yang telah menyedut wang Bank Rakyat, sekaligus akan menyebabkan satu lagi institusi kewangan akan ditutup seperti pada zaman Mahathir dengan penutupan dan pelupusan Bank Bumiputera Malaysia Berhad, Bank Sime, UMBC dan sebagainya - sebahagiannya dengan alasan penggabungan. Sebahagian lagi, memang ditutup sebab duit dah habis - menjadikan Najib adalah seorang Menteri Kewangan yang paling lemah.

Hari ini, Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 15% berjumlah RM450 juta kepada ahli-ahli bagi tahun 2016, kadar  yang lebih tinggi berbanding dividen 13% untuk tahun 2015.

Lepas ni apa pula yang akan ditemberangkan oleh para penyokong Dr. Mahathir yang semakin hari semakin kuat bohong dan belitnya?




3 comments:

Anonymous said...

Errr...mcmana kau bukak blog syed luar kotak tu?

Setahu aku dah lama kena block..

Aku yg sookong tun pun benci baca article mamat tu...kau bleh plak ambik masuk dlm blog kau? Hahahaha

Anonymous said...

Bukak semua cerita madey Ni, tak usah takut, aku tau najib bukan tak Ada silap, dia bukan maksum, tapi kalau nak dibandingkan dgn madey Ni Kira novice la najib,
Aku pun bukan suka sgt Kat najib Ni, tapi bila aku nampak dia jujur dlm Bab kepentingan Islam Dan perpaduan org Islam di msia hati aku rasa sejuk Kat dia,

Anonymous said...

Bank tak lupuslah bahlol. Bank merge. Kau tak paham ni. Org melayu cakap gabung kalau kau tak paham perkataan merge. Exercise merge ni satu dunia buat. Bank kecik gabung dgn bank besar. Kau ni bahlol real punyalah bai. Bank Rakyat takleh nak samun pasal banyak pencarum org kerajaan. Nak mampuslah kalau samun jugak. PRU nanti kenalah. Baguslah bagi dividen tinggi. Rakyat tengah susah.

 
Blogger Templates