Walaupun Nurul Izzah hanyalah pengantin dan sesekali datang menjenguk Lembah Pantai untuk melakukan hasutan, tetapi dia tetap menang meskipun dengan majoriti yang semakin merosot. Kemenangannya dikatakan diperolehi dari beberapa PDM yang bermajoritikan pengundi bukan Melayu.
Selesai PRU-13, Nurul Izzah diseret ke mahkamah oleh Raja Nong Chik kerana sepanjang kempen PRU-13, Nurul Izzah dalam usaha memenangi hati pengundi, telah menfitnah Raja Nong Chik.
Selesai PRU-13, Nurul Izzah diseret ke mahkamah oleh Raja Nong Chik kerana sepanjang kempen PRU-13, Nurul Izzah dalam usaha memenangi hati pengundi, telah menfitnah Raja Nong Chik.
Di mahkamah Nurul Izzah menangis dan meminta maaf sambil mengakui, dia memang menfitnah Raja Nong Chik untuk menang. Raja Nong Chik lembut hati dan memaafkan Nurul Izzah. Kos yang perlu dibayar oleh Nurul Izzah sangat minima. Ganti rugi berjuta-juta yang mahu dituntut oleh Raja Nong Chik ke atas Nurul Izzah dibatalkan kerana Raja Nong Chik seorang yang baik hati.
Sekali lagi Nurul Izzah 'menang'.
Bila sudah 'menang' dengan hanya bermodalkan air mata, Nurul Izzah kembali menghasut dan melakukan fitnah. Penduduk di flat Kampung Kerinchi yang mahu dipindahkan oleh kerajaan bagi membolehkan kawasan itu dibangunkan dan mereka akan mendapat kediaman yang lebih selesa, dihasut agar menolak dan menentang projek tersebut. Nurul Izzah yang tidak pernah tinggal di flat dua bilik sempit, kata kerajaan mahu menghalau orang Melayu dari flat berkenaan. Barangkali dia ingat, Lim Guan Eng berkuasa di Lembah Pantai.
Banyak taik yang telah dibuat oleh Nurul Izzah di Lembah Pantai. Pusat Khidmatnya yang terletak bertentangan dengan Desa Aman 2 pun, sebelum ini lebih banyak habuk dan ditutup tetapi meriah apabila semakin hampir PRU.
Antara alasan yang diberikan oleh jentera Nurul Izzah tentang pelariannya ialah, 'Operasi Anjing'.
'Anjing' yang dimaksudkan oleh jentera Nurul Izzah itu adalah para pengundi dari Bukit Aman yang berada di Lembah Pantai.
Jumlah anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis serta ahli keluarga mereka yang mendiami kedua-dua kompleks kediaman kakitangan tersebut, tidak banyak berubah. Tetapi seperti biasa, mereka seringkali dipersalahkan apabila pemimpin-pemimpin pembangkang berasakan, mereka bakal kalah dalam pilihanraya.
Dan Nurul Izzah nampaknya tidak terkecuali. Sikap tidak bertanggungjawabnya dan amanah terhadap undi para pengundinya, langsung tidak dipedulikan tetapi dia lebih sibuk menyalahkan para pengundi dan polis.
7 comments:
Zaman ni org dah pandai. Mrk dapat hidu bahwa lebih banyak projek maknanya Nong Chik dapat lebih banyak wang rasuah. Kalau Nong Chik ini tak kaya cam mana dia nak menyuap pengikut2 nya yg semakin lapar. Jadi lebih baik Nurul jadi wakil . Sekurang kurang nya dapat pahala kalau undi dia.
Pembangunan dari syaitan UMNO akan membawa padah kerana wang tu adalah wang curi dari dana rakyat.
Kalau komen tolong pakai otak sikit bai
Ye curi. Iblis dap curi tu nak cakap apa pulak? Halalan toyiba ke?
Pembongan dari syaitan PKR akan membawa padah kepada rakyat spt 35 yg berputih mata menelan air liur rumah lesap...haha
sedap mulut korang jer nk cakap...memang ler mana2 negara didunia pun guna cukai drp rakyat utk pembangunan negara utk rakyat...bnyk mana duit parti blh support wei...kenapa ler penyokong2 pembangkang ni bengap@bangang belaka yer?
Rumah kotak yg tak guna pun dah sampai RM500,000. RM dah jadi duit lanun.
Post a Comment