Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, July 1, 2017

LIM GUAN ENG KATA, KALAU DIA DIPENJARAKAN, RAKYAT PULAU PINANG AKAN MENDERITA!!!!



Tanpa rasa malu, tanpa rasa segan...

Penyakit delusinya cukup hebat. Kepalanya sudah terlalu besar dan mahukan rakyat Pulau Pinang menjadi perisai manusia untuknya bagi mengelakkan dia dipenjarakan. 

Katanya, kalau dia dipenjarakan, rakyat Pulau Pinang akan susah kerana segala keperluan yang disediakannya akan ditarik balik. Tiada sesiapa pun yang dapat buat sepertimana yang dia lakukan. Dia cuba menggambarkan hanya Pulau Pinang sahaja yang memberikan elaun RM100 setiap bulan kepada warga tua, walaupun rakyat Pulau Pinang sendiri mempersoalkan kenyataannya itu. 

Ironinya, dia tidak berani langsung membandingkan kebajikan Kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyat Terengganu dengan apa yang dilakukannya di Pulau Pinang. Atau Perak, mahupun Kedah, Lim Guan Eng tidak berani membuat bandingan kerana bantuan yang diberikan kepada rakyat Pulau Pinang, sebenarnya berpilih-pilih dan jauh lebih kecil berbanding keuntungan besar yang kemudiannya lesap.

Lim Guan Eng menyebut tentang pelbagai projek kebajikannya yang menelan kos RM177 juta dari tahun 2008 sehingga 2015 tetapi laporan kebolehlaksanaan dan rekabentuk untuk terowong Pulau Pinang pula menelan kos RM305 juta. Lim Guan Eng menyebut tentang kos RM400 juta untuk sumbangan dalam program i-Sejahtera tetapi dia langsung tidak menyebut tentang peruntukan banjir RM150 juta dari Kerajaan Pusat yang hilang begitu sahaja. Lim Guan Eng juga seringkali mendabik dada kononnya, di bawah pentadbirannya, Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang kepada Kerajaan Pusat kepada beberapa puluh juta sahaja, tetapi dia tidak langsung menceritakan bahawa hutang RM650 juta itu sebenarnya telah ditukarkan statusnya oleh Kerajaan Pusat membolehkan Pulau Pinang membayarnya dalam tempoh 45 tahun.

Apa sangatlah Lim Guan Eng kalau dibandingkan dengan Najib Abdul Razak!

Kalaulah teori yang sama digunakan untuk Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia itu tidak boleh langsung diusik kerana di bawah Najib Abdul Razaklah, pelbagai bantuan kepada rakyat diberikan, tidak sahaja tiga kali setahun dalam bentuk BRIM, tetapi juga bulanan untuk kaum nelayan, penoreh getah, petani dan sebagainya. Tiada mana-mana Perdana Menteri lain yang pernah memberikan bantuan kepada rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak, termasuklah bekas Perdana Menteri yang dikatakan telah membawa Malaysia ke era kegemilangan, Dr. Mahathir.

Berselindung dan menggunakan nama rakyat untuk mengelakkan dirinya daripada dipenjarakan, tidak dapat menyelamatkan Lim Guan Eng. Walaupun dia tetap menafikan yang dia terlibat dalam rasuah dan penyelewengan kuasa, tetapi Lim Guan Eng tidak berani bercakap perkara yang sama di dalam mahkamah bagi membersihkan namanya. 

Sebaliknya, dia terus berkeriau di hadapan publik kononnya tuduhan jenayah itu adalah konspirasi politik semata-mata. Katanya lagi, musuh-musuh politiknya mahu melihat dia dipenjarakan selama 20 tahun. 

"Orang Melayu, Cina dan India tahu mengapa BN menfailkan tuduhan rasuah ke atas saya," katanya dengan bangga. (RUJUK SINI)



Pada masa yang sama, masyarakat Melayu di Tanah Wakaf Hashim Yahya, Kampung Dodol mempertikaikan cadangan pembinaan 1550 buah pangsapuri di atas tanah wakaf Kampung Dodol yang berselindung menggunakan nama Yayasan Islam Pulau Pinang. Nilai projek tersebut dikatakan RM460 juta. 

Penduduk setempat telah membantah. Dianggarkan penduduk dan rumah terlibat lebih kurang 60 buah rumah. Tawaran ganti rugi kepada penduduk belum ada lagi. Pelan Pembangunan juga tidak pernah ditunjukkan kepada penduduk selain segala terma dan syarat disenyapkan. 

Setakat ini, belum ada lagi pembentukan AJK enduduk Tanah Wakaf secara rasmi yang akan berunding dengan MAIPP dan Yayasan Islam Pulau Pinang. Dan sehingga artikel ini ditulis juga, belum ada lagi sebarang laporan polis yang dibuat berbanding laporan-laporan polis dan SPRM yang melibatkan penjualan tanah-tanah kerajaan oleh Lim Guan Eng.

3 comments:

Anonymous said...

Bhuoah hahahah, pulau pinang aman damai sewaktu tiada pendatang penjajah dulu adalah rekod fyi.

Unknown said...

You can go to hell. Please bring your father too

Anonymous said...

Huhuhu... tolong lah jangan penjarakan tokong saya LGE... dia banyak jasa pada PPinang.. hei.. lu apek Melaka.. lu pigi mampus dlm penjara la.. jgn lupa baqa sekali itu kepala komunis... lu punya bapak sama itu melayu punya komunis Mat Sabu.. sama2 enjoy dlm penjara... hahaha.. pigi mampus lu

 
Blogger Templates