Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, November 7, 2017

DUIT RM2.95 BILION HILANG, AZMIN ALI DIPERSOAL MENGAPA BERDIAM DIRI!!!



Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Selangor berjumlah RM2.95 bilion telah HILANG dari rekod kewangan Kerajaan Negeri Selangor!!!

Dengan kata lain, wang berkenaan telah disorokkan oleh pentadbiran Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang merupakan ADUN Batang Kali di Dewan Undangan Negeri Selangor semalam. 

Menurutnya, wang tersebut yang disalurkan menerusi MARRIS untuk pembaikian dan penyelenggaraan jalanraya-jalanraya di Selangor semenjak 2012, langsung tidak wujud dalam rekod kewangan Negeri Selangor. 

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan, penyataan anggaran perbelanjaan dan jumlah wang yang diterima oleh Kerajaan (menerusi MARRIS) perlu dibentangkan di dalam mesyuarat DUN. Bagaimanapun, jumlah (dalam penyata Anggaran Perbelanjaan Selangor) dari 2012 sehingga 2017 tidak mencatatkan apa-apa. Justeru, saya menggesa Menteri Besar untuk menerangkan perkara ini seandainya ia merupakan satu penyelewengan peruntukan MARRIS. Kita bimbang sekiranya berlakunya penyelewengan, ia boleh menimbulkan kekecohan sekiranya tidak dijelaskan," katanya. (RUJUK SINI

Menurut Nadzari, Selangor telah menerims RM500 juta setiap tahun di bawah MARRIS memandangkan peruntukan tersebut adalah satu kewajipan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. 

Bercakap kepada para wartawan kemudiannya, dia berkata orang ramai seharusnya mengambil tahu ke mana wang RM2.95 bilion itu digunakan dan mengapa tidak direkodkan. 

Katanya lagi, Menteri Besar Selangor Azmin Ali wajib menerangkan kepada DUN ke mana peruntukan itu telah dipindahkan dan digunakan dan mengapa tidak tercatat dalam dokumen rasmi negeri. 

Nadzari turut berkata, isu tersebut turut membangkitkan persoalan sama ada Bajet Negeri dari 2012 sehingga 2017 sebenarnya bertentangan dengan dengan Seksyen 14 dan 15 Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan. 


1 comment:

Anonymous said...

Duit itu mungkin tak sampai sekat kat MOF.

 
Blogger Templates