Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 11, 2017

DR. MAHATHIR DAN SITI HASMAH PULANGKAN DUA DARJAH KEBESARAN SELANGOR, TETAPI TAK KEDENGARAN PULA PASANGAN TERSEBUT AKAN PULANGKAN WANG DAN HARTA UMNO SERTA NEGARA YANG DIJARAH!!!



Berita pemulangan dua pingat kebesaran yang dikurniakan oleh Istana Selangor kepada Dr. Mahathir, memenuhi ruang pemberitaan hari ini. Dr. Mahathir dilaporkan menyerahkan kembali Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Darjah Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pingat kebesaran SPMS telah diterima oleh Mahathir pada 22 Jun 1978.

Turut dipulangkan kembali adalah Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK).Pingat kebesaran tersebut telah diterima dalam satu majlis 'Jasamu Dikenang' di Istana Alam Shah, Kelang pada November 2003.

SPMS hanya dianugerahkan kepada dua individu sahaja pada satu-satu masa dengan maksimum kuota sehingga 40 orang. Semenjak 1998, anugerah tersebut membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Manakala darjah kebesaran DK pula hanya diberikan semaksimumnya 25 orang pada satu-satu masa dan merupakan tanda penghargaan Kerajaan Selangor kepada sumbangan Dr. Mahathir sepanjang perjawatannya sebagai Perdana Menteri.

Turut memulangkan darjah-darjah kebesaran tersebut adalah isteri Dr. Mahathir, Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Siti Hasmah memulangkan darjah kebesaran Dato Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang diterimanya dari istana Selangor pada 1983 membawa gelaran 'Datuk Paduka' atau 'Datin Paduka' bagi wanita dan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama pada tahun 1994 membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Pemulangan ini ada kena-mengena dengan kemurkaan KDYMM Sultan Selangor terhadap Dr. Mahathir yang mengutuk dan mengecam suku kaum Bugis dalam usahanya untuk memperlekeh-lekehkan Najib Abdul Razak yang diketahui dari suku Bugis. Bagaimanapun, setelah teruk dikecam, termasuklah dari pembesar-pembesar dan masyarakat Bugis di Indonesia, Mahathir berdalih kononnya, Lanun Bugis yang dimaksudkannya dalam ceramahnya di Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017, adalah Najib, bukannya suku kaum Bugis secara keseluruhannya.

Dua hari lepas, KDYMM Sultan Selangor turut menzahirkan kemurkaan dan dukacita baginda berhubung sikap Dr. Mahathir semenjak bekas Perdana Menteri itu mengambil keputusan untuk kembali ke dunia politik. (RUJUK SINI)

Reaksi netizen terhadap berita pemulangan dua darjah kebesaran istana Selangor oleh Dr. Mahathir dan Siti Hasmah itu, dilihat pelbagai. Namun ramai pula yang bertanya secara sinis, bila agaknya Dr. Mahathir hendak memulangkan semula wang serta harta UMNO selain harta negara yang dijarah untuk kaum keluarganya kepada UMNO dan negara kembali.

Pertanyaan tersebut merujuk kepada kehilangan dan kerugian lebih RM100 bilion dalam transaksi perjudian Forex yang telah menyebabkan negara berhadapan dengan pelbagai masalah dari pertengahan 1990-an sehingga sekarang.


2 comments:

Anonymous said...

Harta UMNO ada kat UMNO, harta bapak engkau ada kat bapak engkau, harta engkau pulangkan kat bapak engkau kalau engkau dah tak setuju, setuju?

Anonymous said...

Merajuk ke...buruklah dah tua2 merajuk

 
Blogger Templates