Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, December 16, 2017

IMAMS: BETUL PUNYA TEMBAK KAKI SENDIRI? KALAU FIKIR NAK TOLONG RAKYAT, BUAT CARA NAK TOLONG, JANGAN DUK TEMBERANG!!!



Akhirnya IMAMS dibatalkan setelah mendapat kecaman teruk daripada kelompok pro-BN sendiri. Rata-rata tidak bersetuju dengan sistem tersebut, bukan kerana sistem itu tidak baik tetapi ramai yang melihat IMAMS hanya untuk mengagihkan keuntungan mudah kepada sebuah syarikat yang menjadikan seorang Melayu sebagai proksi menerusi pemilikan kecil pegangan saham.

Syarikat berkenaan baru sahaja ditubuhkan dan dilihat berupaya menjana pendapatan dan keuntungan yang sangat besar daripada ibadat orang Islam ke Tanah Suci. Sedangkan pada masa yang sama, wujud pilihan lain tanpa perlu memberikan hak mengutip yuran yang dikenakan GST kepada syarikat berproksikan Melayu itu.

Ternyata, ini adalah kali kedua, Kementerian Pelancongan di bawah Nazri Aziz mendapat tamparan hebat. Sudahlah dipertikaikan jumlah pelancong dan pusat-pusat pelancongan yang diabaikan walaupun pada masa yang sama, serata Malaysia mempunyai potensi pelancongan yang sangat besar, keputusan untuk mengenakan cukai pelancongan pula telah menimbulkan kontroversi dengan Sarawak dan Sabah serta beberapa negeri lain di Semenanjung. Akhirnya cukai pelancongan itu dikatakan, dikenakan kepada pelancong bukan warganegara Malaysia.

Sedangkan pada masa yang sama, di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng telah memperkenalkan Cukai Katil yang juga merupakan cukai pelancongan tanpa mengira warganegara untuk hasil negeri tanpa sebarang masalah walaupun di negeri-negeri lain, DAP yang paling kuat menyalak menentang cukai pelancongan.

Hari ini, satu lagi catatan sejarah boleh dibuat oleh Kementerian Pelancongan. Mereka yang membenarkan dan memberi mandat kepada sebuah syarikat untuk menguruskan IMAMS bagi jemaah umrah tetapi kemudian, mereka pula juga yang membatalkan keputusan tersebut selepas pecah tembelang.

Kadang-kadang melihat permainan dan lakonan mereka yang berada di atas, memang menggelikan hati. Apakan tidak, mereka seolah-olah berasa mereka terlalu kebal dan tidak mungkin terjejas dengan keputusan-keputusan bodoh yang boleh mewujudkan kesan domino kepada kerajaan sedia ada.

Daripada mereka buat benda-benda mengarut itu, bukankah lebih baik sekiranya mereka berfikir untuk benar-benar menolong rakyat terutama dalam menghadapi kenaikan harga barangan yang dilihat melampau dan tidak dapat dikekang. Alasan dan hujah-hujah kononnya untuk menidakkan kenaikan harga itu, sebenarnya tidak lebih daripada penafian kosong semata-mata memandangkan hakikatnya, kenaikan harga memang berlaku terutama selepas GST diperkenalkan pada Mei 2015.

Kenaikan secara tidak wajar itu sebenarnya adalah bertujuan untuk 'mengajar' kerajaan bahawa yang berkuasa sebenarnya adalah orang tengah dan pemborong serta pemilik-pemilik kilang besar. Namun walaupun telah dikenalpasti masalahnya, tiada sebarang usaha untuk mengekangnya kecuali penguatkuasaan ke atas para peruncit yang harga mereka tertakluk kepada harga yang diberikan oleh orang tengah dan pemborong.

Bukankah lebih baik daripada sekadar  bercakap kemudian buat sesuatu yang bersifat TEMBAK KAKI SENDIRI, kerajaan mengadakan jualan langsung untuk membantu rakyat membabitkan barangan kepenggunaan dan sekolah. Apatah lagi kerajaan mempunyai agensi-agensi yang mencakupi semua sektor berkenaan. Dibiarkan macam sekarang pun, mereka sekadar makan gaji buta semata-mata.

Paksa LKIM jual hasil laut secara langsung dan harganya WAJIB LEBIH MURAH berbanding harga yang ditawarkan oleh pemborong konvensional.

Paksa FAMA jual hasil pertanian secara langsung dan harganya WAJIB LEBIH MURAH berbanding harga yang ditawarkan di pasaran konvensional.

Wujudkan satu badan penguatkuasaan yang memantau agensi-agensi itu berurusan kerana ruang untuk penyelewengan juga sangat besar termasuklah jualan ikan di tengah laut.

Itu lebih baik daripada mencipta masalah baru seperti IMAMS yang akhirnya terpaksa dibatalkan selepas pemilik syarikat tersebut secara tidak 'sengaja' telah menandatangani surat yang menunjukkan dia sangat berkuasa mengutip cukai GST daripada jemaah umrah.

9 comments:

Anonymous said...

Menteri yg teelibat elok undur diri... atau masuk PH saja... rakyat dah celik sekarang... tukar Menteri ni... ada bau bau barua lah...

BooDeer said...

Bodoh nak mamposss...

Anonymous said...

Menteri2 dlm kjaan pon mmg bangang mcm tak pegi sekolah. Dia yg bengong nak buat rakyat sebengong dia. Berhenti kerja cari ganti mcm tiada org lain.

Anonymous said...

Dulu kini selamanya bodo.. Kah kah kah

Unknown said...

Terima kasih diatas pencerahan dan pendapat yang bernas dan ikhlas. Kalau semua blogger UMNO ikhlas sapertimana pemulisan ini, In Syaa Allah negara ini akan mendapat rahmatNya dan keberkatanNya.

Anonymous said...

Bolehlah.... paniang wwaang

Anonymous said...

Yolah

Anonymous said...

Den tak tahu komen

Anonymous said...

Hidup UMNO

 
Blogger Templates