Atau dalam bahasa yang lebih mudah, eloklah dilupakan sahaja.
Sebaliknya kata mereka, isu yang membabitkan 1MDB perlukan penyiasatan yang lebih jitu dan lebih terperinci. Ini adalah kerana mereka yang dikatakan terlibat, masih lagi dalam jawatan dan bukti-buktinya masih lagi ketara. Para saksi juga masih ramai.
Mereka yang mempersoalkan mengapa RCI terhadap skandal Forex BNM tidak dilakukan 23 tahun lampau atau lebih tepat lagi pada 1993 ternyata adalah golongan yang kurang berpengetahuan, kurang membaca atau masih dalam bentuk sperma di kantung bapa masing-masing.
Mahathir dan Anwar tidak pernah bersetuju untuk kewujudan RCI, bahkan mereka terlalu sibuk cuba menyembunyikan skandal tersebut. Dan RCI Forex bukannya satu-satunya isu yang cuba disembunyikan oleh Mahathir mahupun Anwar. Antara isu-isu lain termasuklah Tragedi Berdarah Memali dan pemindahan wang serta aset-aset UMNO sewaktu UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang sehingga kini kekal misteri.
Para penyokong Mahathir bertanya mengapa 23 tahun lalu tidak diwujudkan RCI Forex. Sepatutnya soalan itu ditujukan kepada Mahathir dan Anwar Ibrahim kerana mereka yang berkuasa pada waktu itu. Sekarang, Mahathir adalah Pengerusi Pakatan Harapan manakala Anwar Ibrahim pula adalah Ketua Umum.
Isu kehilangan wang BNM akibat skandal Forex bukan baru ini sahaja diketahui. Sebaliknya telah lama disebut oleh Lim Kit Siang dan para pemimpin Pakatan yang pada hari ini bersekongkol dengan Mahathir. Lim Kit Siang menulis beberapa buah buku dan kerap berceramah tentang pentingnya kewujudan RCI untuk menyiasat kehilangan wang negara itu. (RUJUK SINI)
Sepatutnya mereka marahkan Lim Kit Siang kerana desakan dialah akhirnya RCI Forex diwujudkan!
Semenjak 13 tahun lalu, tiada seorang pun dari kerajaan atau mereka yang pernah bertugas di BNM yang berani tampul membuat pendedahan bahawa kerugian yang dialami oleh BNM akibat aktiviti Forex jauh lebih besar berbanding yang dinyatakan.
Hanya apabila Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor BNM pada waktu itu membuat pendedahan dan mengejutkan rakyat Malaysia pada Februari 2017 bahawa kerugian yang dialami negara sangat besar dan mendakwa wujudnya aktiviti cover-up membuatkan kerajaan sekarang mewujudkan RCI.
Tidak seperti 1MDB, Skandal Forex tidak melalui sesi PAC, siasatan SPRM atau polis, pembabitan Pejabat Peguam Negara, bahkan sebutan oleh media-media asing tentang aktiviti tersebut, tidak sampai ke pengetahuan rakyat Malaysia.
Setelah lama menunggu, akhirnya laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap skandal forex Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an, bertajuk “Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Sekitar Tahun 1990-an”, telah dibentangkan di Dewan Rakyat.
Laporan setebal 586 muka surat ini dikatakan mencadangkan supaya polis menjalankan siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlakunya jenayah pecah amanah dan/atau penipuan yang mungkin dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selain bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kakitangan BNM, ahli lembaga pengarah BNM dan Jabatan Audit Negara (JAN), dalam menjalankan urusniaga spekulasi forex dan menyembunyikan kerugian forex daripada pengetahuan Kabinet dan Parlimen.
Laporan ini segera mengingatkan kepada satu catatan Senator DAP, Dr Ariffin Omar, yang berbunyi: “Adalah jelas tanpa apa-apa keraguan Mahathir langsung tidak berminat dengan kebajikan rakyat Malaysia. Mengenepikan projek-projek mega beliau yang memakan belanja berbilion-bilion, skandal-skandal kewangan dan ekonomi sewaktu pemerintahan beliau adalah sebetulnya bersifat jenayah. Siapa boleh lupa skandal BMF, Mamingco, lonjakan Timah besar dan tentunya penggunaan rizab-rizab asing negara sebagai bahan-bahan perjudian di dalam spekulasi mata wang. Di mana-mana negara lain di mana kedaulatan undang-undang adalah amat penting beliau sepatutnya berada dalam penjara. Hanya di Malaysia beliau boleh terlepas dengan perbuatan-perbuatan keji begini.”
(Catatan asal Dr Ariffin Omar adalah berbunyi: “It is clear beyond any doubt the Mahathir is not interested in the welfare of the Malaysian people at all. Leaving aside his grandiose projects which costs billions, the financial and economic scandals during his watch is truly criminal. Who can forget the BMF scandal, Mamingco, the great Tin caper and of course using the country's foreign reserves as gambling chips in currency speculation. In any other country where the rule of law is paramount he should be in prison. Only in Malaysia can he get away with such dastardly deeds.”)
Mungkin sahaja Dr Ariffin Omar adalah di antara mereka yang bergembira dengan dapatan RCI forex yang meminta Tun Dr Mahathir disiasat secara rasmi ini kerana ia adalah selaras dengan penegasan beliau sebelum ini bahawa di mana-mana negara lain di mana kedaulatan undang-undang adalah amat penting Tun Dr Mahathir sepatutnya berada dalam penjara.
1 comment:
Bawak pengkhianat negara kemuka pengadilan..Yg kaya anak2, kawan2 dan kroni..
Post a Comment