Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, February 4, 2018

BERAPA LAMA LAGI MAHATHIR DAN AZMIN ALI BERJAYA SELAMATKAN LIM GUAN ENG DENGAN LAKONAN POLITIK MURAHAN MEREKA?!!!



Kita terus disajikan dengan drama dan lakonan politik sepanjang minggu lepas dalam usaha terdesak Pakatan Harapan untuk menyelamatkan Lim Guan Eng dan DAP dengan menjadikan Azmin Ali, Mahathir dan PPBMnya, serta PAN sebagai badut, tukang lawak dan pelakon-pelakon tambahan.

Isu besar yang melibatkan Lim Guan Eng dan terowong dasar lautnya sebenarnya mampu bukan untukmeruntuhkan DAP dan menelanjangkan segala pembohongan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan DAP selama ini.

Namun konco-konco Melayu Lim Guan Eng yang setia dan patuh seperti Mahathir dan Azmin atau lebih tepat lagi dari dalam PKR dan PPBM mahupun PAN akan bersungguh-sungguh mengalihkan perhatian dengan menjadikan mereka sebagai sasaran dan perhatian.

Secara jelas, Mahathir dan para penyokongnya mengetuai angkatan yang mengalihkan perhatian dan serangan ke atas DAP dan Lim Guan Eng. Sama seperti ketika Mahathir melindungi kroni-kroni dan proksi-proksi apatah lagi anak-anaknya ketika dia masih berkuasa dahulu, Mahathir masih melakukan perkara yang sama.


Mahathir menjadi ketua dalam serangan ke atas Najib Abdul Razak dan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Najib. Dari 1MDB sehinggalah kepada pelaburan luar yang berjaya dibawa masuk oleh Najib, bahkan TAHI-TAHI dan KERAK-KERAK NAJIS tinggalannya dahulu yang cuba dibaikpulih oleh Najib seperti Proton dan FELDA diserang secara hebat oleh Mahathir dan orang-orangnya.

Sudah tentulah reaksi balas Mahathir diserang kembali oleh pro-Najib mahupun yang enggan terus-menerus menerima pembohongan dan kejahatan Mahathir meskipun masih tidak menyokong Najib. Apabila semua serangan terhadap Mahathir berlaku, maka yang paling digemari dan acapkali digunakan adalah perbandingan zaman pentadbirannya selama 22 tahun dengan pentadbiran Najib Abdul Razak yang kurang dari separuh pentadbiran Mahathir tetapi telah mencatatkan lebih banyak kejayaan meskipun Najib tidak mementingkan kemegahan mata seperti mercutanda yang amat gemar dilakukan oleh Mahathir dalam menutup kebobrokannya.

Azmin Ali pula dalam masa yang sama, menarik perhatian PAS apabila dilihat bercanggah dan bergadu dengan PAN yang merupakan serpihan PAS. Umum mengetahui PAS amat berdendam dengan PAN kerana PAN bukan sahaja telah mencuri kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi oleh wakil-wakilnya atas tiket PAS tetapi juga telah menyebabkan PAS beakstabilan rpecah-belah sehingga ke hari ini.


PAS dan PAN terus berebut untuk menjadi jaguh PENUNGGANG AGAMA yang tersohor di bumi Malaysia. PAS bersendirian, manakala PAN pula dibiayai dan disokong kuat oleh DAP.

Azmin seperti yang diketahui sedang berhadapan dengan pelbagai skandal dan masalah di Selangor. Dia yag dikatakan sebagai 'bakal Perdana Menteri Malaysia' perlu menjawab pelbagai skandal melibatkan wang negeri, tanah serta masalah peribadinya. Pentadbiran Azmin juga dihantui masalah kenaikan cukai yang sangat membebankan dan jikalau tidak dialihkan segera isu berkenaan, akan menyebabkan ketidakstabilan politik di Selangor, serta kemarahan orang ramai terhadap pentadbiran Azmin Ali yang mencekik darah.


Lakonan Azmin dan beberapa pemimpin PAN di Selangor dalam usaha Azmin untuk mengekalkan sokongan PAS kepada kerajaan negeri pimpinannya hampir berjaya setelah sebelum ini, beberapa pujukan Azmin agar PAS kekal bekerjasama dengan PKR sekurang-kurangnya di Selangor, menemui jalan buntu. PAS kekal dengan pendirian mereka enggan bekerjasama dengan DAP dan PKR selagimana kedua-dua parti tersebut menjalinkan hubungan kerjasama politik dengan PAN dan PPBM.

Kesemua ini menarik perhatian orang Melayu, khususnya. Sekaligus telah menyelamatkan Lim Guan Eng dan DAP yang terus bermaharajalela menggunakan portal-portal serta media-media cetak terutamanya yang menggunakan Bahasa Cina untuk memperdayakan masyarakat dan penyokong mereka. Pada masa yang sama, pembohongan dan putar belit Lim Guan Eng khususnya yang membabitkan penyelewengan wang rakyat berbilion-bilion ringgit menerusi urusniaga tanah dan kos yang serba tidak masuk akal, kekal terselamat.

Begitu juga dengan ancaman yang lebih bahaya yang mampu menghapuskan negara ini secara keseluruhannya iaitu budaya LGBT dan Liberalisme. Kedua-dua ancaman tersebut yang banyak melibatkan peguam-peguam dan aktivis-aktivis dari DAP, bukan sahaja kurang dicermati oleh pihak berkuasa, malahan orang ramai pun seperti tidak mempedulikannya. Orang ramai seperti menerima kehadiran Liberalisme yang menyerang Islam secara keseluruhan, sama ada akidah mahupun badan-badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Malahan orang ramai juga melihat dan menanggapai LGBT seperti budaya baru yang perlu diterima kalau kita mahu menjadi negara maju.


Golongan Liberalisme dan LGBT sudah tidak lagi menyorok atau bergiat secara sembunyi-sembunyi.
Mereka menggunakan media-media sosial untuk menyebarluaskan kepercayaan dan dogma mereka.

Dan menariknya, DAP menyediakan barisan peguam-peguam ternama untuk mempertahankan kumpulan tersebut sepertimana yang kita dapat lihat dalam banyak isu Liberalisme dan LGBT di mahkamah!

Kesemua ini berlaku kerana wujudnya manusia seperti Mahathir dan Azmin Ali yang bergiat cergas dan tuntas untuk menyelamatkan DAP dan Lim Guan Eng. Mereka mengalihkan perhatian dan mereka sanggup menjadikan tubuh badan mereka untuk diserang asalkan DAP dan Lim Guan Eng terselamat!




1 comment:

Anonymous said...

Biarkan mereka dengan masalah yang mereka sendiri cipta sebenarnya untuk mengalihkan tumpuan dari isu utama. Jangan dilayan lagi mereka ini. Buang masa sahaja.

 
Blogger Templates