ADUN Stulang dari DAP Andrew Chen Kah Eng berang apabila sekumpulan Melayu dari Kampung Bakar Batu, Johor Bahru menghalau rombongan ceramahnya yang turut disertai oleh Lim Kit Siang.
Dan seperti biasa, Andrew Chen Kah Eng menuduh UMNO dan BN yang menghalang ceramah tersebut sambil mengungkit kononnya Malaysia belum demokrasi kerana menghalang ceramah umum DAP.
Undang-undang di Malaysia menegaskan bahawa kempen pilihanraya hanya boleh bermula apabila Parlimen atau DUN dibubarkan. Sebelum dari tarikh tersebut, tiada sebarang ceramah kempen atau rapat umum yang dibenarkan oleh undang-undang.
Bagaimanapun, undang-undang tersebut tidak pernah dikuatkuasakan. Toleransi yang diberikan oleh pihak berkuasa terutama sekali oleh PDRM dan PBT, seringkali diperemehkan dan dilihat tidak penting. Pakatan pembangkang sudah mula berkempen dan berceramah dari hari pertama selepas keputusan PRU diumumkan!
Stulang merupakan antara kubu kuat DAP di Johor. Beberapa perubahan terutama sekali membabitkan Lim Kit Siang telah menyaksikan DAP sedang berhadapan dengan krisis sokongan daripada akar umbinya sendiri. Justeru, para pemikir DAP telah mula memikirkan kaedah terbaik untuk kembali meraih sokongan daripada akar umbi.
Cara terbaiknya adalah dengan isu perkauman!
Menyerbu masuk ke dalam sebuah kampung Melayu dan kemudian melakukan provokasi dengan melanggar adab dan budaya Melayu, kemudian apabila reaksi negatif diberikan oleh orang kampung kepada mereka, segera UMNO dan Barisan Nasional yang dipersalahkan.
Itu adalah modus operandi DAP. Dan DAP sudah pasti akan melompat tidak cukup tanah seandainya ada orang Melayu dari UMNO atau BN yang masuk ke kampung-kampung Cina dan kemudian berkempen menentang DAP!
Semua ini sebenarnya mempunyai matlamat khusus. DAP pasti akan mendapat mileage dan publisiti yang diperlukan dari insiden Lim Kit Siang dan rombongan Andrew Chen Kah Eng dihalau di Bakar Batu. Sekurang-kurangnya untuk pengundi-pengundi Cina apabila insiden berkenaan memberikan isyarat bahawa mereka perlu bersatu padu dan terus menyokong DAP menentang UMNO dan BN yang teras mereka adalah Melayu.
Drama menarik simpati seperti ini sebenarnya bukan sekali dua digunakan oleh DAP. Sepertimana yang berlaku di Masai pada 2015 (RUJUK SINI) akhirnya yang bersalah dan dipersalahkan adalah UMNO dan orang Melayu walaupun yang 'menceroboh' adalah Lim Kit Siang dan DAP!
2 comments:
undang2 kempen setelah dun dibubarkan ttp knape tidak di kuatkuasakan??dimana pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan selama ini??ada kah mereka kurang bijak atau kurang nampak segala kejadian itu yang akhirnya boleh menyebabkan kekacauan.sila jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan demi kesejahteraan rakyat
Taktik lama ni. Nk buat modal pru
Post a Comment