Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 5, 2018

AKHIRNYA PARTI CAP BUNGA DIBUBARKAN, YANG BERCITA-CITA NAK BERTANDING DALAM PRU-14, MULA RANCANG SABOTAJ LEPAS KECEWA!!!



Jam 2:30 tadi, Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengadakan satu sidang media. Dalam sidang media tersebut, ROS hari ini telah mengarahkan pembubaran sementara PPBM. PPBM telah mengesahkan menerima surat mengenai perkara itu hari ini. Surat yang dipercayai berkaitan dengan kegagalan parti itu menyerahkan dokumen dalam tempoh masa yang diberikan sebelum ini, selain turut merujuk kepada kuasa Pendaftar di bawah Seksyen 14 (5), Akta Pertubuhan 1966 untuk mengeluarkan perintah 'pembubaran sementara" sesebuah pertubuhan sekiranya gagal membekalkan butiran yang diperlukan.

Keputusan tersebut seminggu selepas PPBM menyerahkan maklumat dan dokumen yang dikehendaki ROS pada 29 Mac lalu, sehari sebelum tarikh akhir. Dokumen berkenaan mempunyai kaitan dengan notis ROS mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan yang merujuk tentang minit mesyuarat cawangan, Bahagian dan Pusat serta perihal penyata kewangan parti.

Ia juga susulan aduan ahli parti itu mengenai perhimpunan agung tahunan (AGM) pertamanya pada akhir Disember lalu. ROS sebelum itu berkata, kegagalan PPBM mengadakan AGM sebagai salah satu sebab pendaftaran Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai parti itu tidak diluluskan semenjak Julai 2017.


Susulan itu, PPBM mengadakan AGM pertama di Shah Alam pada 30 Disember lalu, lebih setahun selepas ia didaftarkan pada September 2016. Bagaimanapun AGM tersebut mendapat kritikan dan menimbulkan kontroversi di kalangan ahli-ahi PPBM sendiri apabila mereka mendakwa, tiada mesyuarat Bahagian dan Cawangan dibuat, justeru menimbulkan pertanyaan, bagaimanakah Perwakilan dipilih untuk ke AGM. Beratus-ratus laporan dibuat oleh ahli-ahli PPBM kepada pihak berkuasa tentang perkara tersebut.

9 Mac lalu, Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, satu notis berkuatkuasa 28 Februari lalu diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM, Shahruddin Md Salleh. Notis itu menuntut PPBM menjawab serta menyerahkan semua maklumat dan dokumen seperti minit mesyuarat Cawangan, Bahagian dan Pusat serta perihal penyata kewangan parti kepada ROS dalam tempoh 30 hari.

Maka berkecailah juga harapan sekian ramai pemimpin Cap Bunga yang menaruh cita-cita untuk menjadi ADUN atau Ahli Parlimen setelah berkeyakinan penuh, PPBM mendapat sokongan besar daripada rakyat.

Berkecailah juga harapan sebahagian besar tenaga kerja, tukang kempen, tukang propaganda dan tukang hasut pada peringkat akar umbi kerana kegagalan dan kecuaian pihak atasan PPBM untuk memastikan pendaftaran parti terjamin dan mengikut susur galur undang-undang yang telah ditetapkan.



Kalau nak katakan tidak berpengalaman, hampir kesemua pemimpin-pemimpin atasan PPBM adalah dari UMNO. Kebanyakan mereka, terutama sekali Dr. Mahathir dan Muhyiddin serta Shahruddin Md Salleh mahupun Rais Husin sudah berpengalaman apabila UMNO diharamkan pada tahun 1988. Mahathir adalah Presiden UMNO pada ketika itu.

Sepatutnya pengalaman tahun 1988 itu menjadi pedoman dan PPBM tidak memperlekehkan atau mengambil mudah tentang pendaftaran parti. Bagaimanapun, besar kemungkinan kesilapan terbesar PPBM adalah menyerahkan hal ehwal PPBM kepada Mukhriz Mahathir.

Dan tidak hairanlah mengapa kebanyakan 'orang Muhyiddin' begitu memperlekehkan Mukhriz kerana kecuaian serta sikap sambil lewa dan asyik berharap kepada bapanya!

Telah terbukti apabila PPBM akhirnya diharamkan kerana masalah melanggar Perlembagaan parti sendiri!

Kesian mereka yang baru bercita-cita nak jadi calon-calon PPBM pada PRU kali ini!






2 comments:

Anonymous said...

Air Mata Buaya berlinangan bila parti cap bunga dibubarkan "sementara" tetapi mereka tetap akan BERTANDING dlm PRU14. Jawabnya mereka ini akan jadi CALUN MUSANG BERBULU AYAM ler jawapnya.....Macam cerita "The Red Riding Hood"...serigala menyamar jadi NENEK Red Ridind Hood. AWAS....

Anonymous said...

Harapkan Boboi, Biboi tak boleh diharap...

 
Blogger Templates