Awal-awal lagi, Mahathir telah menggunakan helah Pakatan pada PRU-13 apabila mendakwa Najib Abdul Razak akan membawa pendatang dari Bangladesh sebagai PENGUNDI HANTU untuk memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional.
Tidak cukup dengan itu, Mahathir juga mengetuai serangan ke atas SPR dengan mendakwa, SPR terutama sekali Pengerusi SPR dan RoS telah diupah oleh Najib untuk bersikap berat sebelah dalam usaha menafikan kemenangan Pakatan Harapan.
Sebelum ini pun, Mahathir sudah pun pre-empt kononnya nyawanya akan terancam dan ada pihak yang mahu melihatnya mati. Para penyokongnya mengangguk dan mengiakan tuduhannya tetapi lebih ramai yang menganggap, Mahathir sekadar mencari perhatian sambil cuba menekan Najib Abdul Razak selain cuba mengapi-apikan para penyokong dan rakyat Malaysia.
Barangkali pembunuhan seorang pensyarah UNIKL yang berasal dari Palestin, menjadi ilham terbaharu kepada Dr. Mahathir.
Hari ini, Dr. Mahathir mengeluarkan satu lagi kenyataan yang ditertawakan oleh banyak pihak. Dr. Mahathir mendakwa, pesawat yang dinaikinya untuk ke Langkawi bagi penamaan calon telah disabotaj. Dan katanya lagi, mujurlah sebelum berlepas, juruterbang telah memaklumkan tentang kerosakan tersebut.
Kononnya, kerosakan tersebut terlalu besar dan tidak boleh diperbaiki. Untuk itu, dia cuba meminjam pesawat daripada kawan-kawannya, tetapi tiada yang mahu meminjamkan pesawat mereka kepadanya kerana kononnya dihalang oleh pihak-pihak tertentu. Bagaimanapun, seorang rakannya akhirnya sudi meminjamkan sebuah pesawat untuknya ke Langkawi.
"Saya sepatutnya sampai awal di Langkawi, sebelum solat Jumaat tapi ada kapal terbang yang saya naik rosak, nasib baik juruterbang dapat kesan awal jika tidak mungkin saya meninggal dunia akibat nahas," katanya. (RUJUK SINI)
Mahathir nampaknya sudah mula berilusi yang bukan-bukan dalam usaha untuk mendapatkan perhatian dan undi simpati. Apakah Mahathir yang terkenal dengan genius dan bijaksananya dahulu, rupa-rupanya sekadar penuh dengan penipuan dan pembohongan?
Lebih aneh lagi, Mahathir memilih untuk mengadu kepada media, bukannya membuat laporan polis supaya boleh polis menyiasat tuduhan sabotaj yang dibuatnya!
6 comments:
bukan pemilik kedai Roti..
jadi Penasihat Petronas, Paklah tak bagi gaji..
Punyalah temberang..gaji tak ada, Paklah cakap tapi elaun 60K..mmg tipu punya mamak
Bila fake news dan fitnah sudah jadi darah daging org tua ni, apalah daya yg dapat rakyat boleh lakukan, hanya berdoa...
bila tak buat lapoan polis mcm mana nak siasat..tujuan nya hanya satu senang nak jaja dimerata tempat konon disabotaj tanpa mengganggu siasatan..memang dasar penipu pembelit.
"Bila terjumpa/terserempak ular dan madey, aku pukul madey dulu"
....Peribahasa modern 2018.
Desperate people do desperate things. Kesian. ;)
vistajet patut buat laporan polis
kenyataan mathir terhadap vistajet mungkin merugikan perniagaan mereka
buat siatan dan lenyapkan tuduhan yg sgt tidak bertanggungjawab yg maraih simpati murahan org ramai..
dan mathir mungkin bole di sabit dengan undang2 berita palsu?
Post a Comment