Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 5, 2018

LIM GUAN ENG TEKANKAN, TANPA LOGO ROKET, DAP AKAN KECUNDANG DI SEMENANJUNG!!!



Perkembangan terbaharu membabitkan PPBM menyaksikan DAP 'berjaya' dalam taktik mereka untuk meraih undi masyarakat Melayu. Sekaligus menepati apa yang mereka katakan sebagai TSUNAMI MELAYU yang boleh mengalahkan UMNO-BN pada PRU-14 kali ini.

DAP sangat sedar, logo roket mereka sebenarnya sangat taboo pada kebanyakan orang Melayu. Sekalipun sudah berlaku perubahan sikap di kalangan orang Melayu, khususnya di kawasan bandar-bandar atau kesan daripada tahaluf siyasi PAS dengan DAP sebelum ini terhadap logo roket, namun majoriti orang Melayu masih lagi jijik dengan logo tersebut memandangkan orang Melayu yang dikatakan Mahathir sebagai golongan 'MUDAH LUPA', tidak dapat melupakan tentang PRINSIP MALAYSIAN MALAYSIA yang diperjuangkan oleh DAP.

MALAYSIAN MALAYSIA bererti sebahagian besar daripada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membabitkan orang Melayu, agama Islam, raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu dipersoalkan. Dan sekalipun DAP masih belum berkuasa penuh, mempertikaikan peruntukan-peruntukan tersebut telah dilakukan oleh DAP secara terbuka.


PRU-14 bakal menyaksikan, DAP membariskan calon paling ramai dalam sejarah parti tersebut sepanjang terbabit dalam PRU. DAP bercita-cita untuk merampas Perak, Johor dan Negeri Sembilan selain Sabah dan Sarawak selain mengekalkan penguasaan majoriti di Pulau Pinang dan Selangor.

Untuk itu, DAP memerlukan sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu, terutama sekali di kawasan-kawasan luar bandar di mana Melayu adalah masyarakat pengundi majoriti. DAP beranggapan kerusi-kerusi bandaran yang majoriti pengundinya adalah Cina, sudah pun berada dalam genggaman. Rekod PRU-12 dan PRU-13 yang merupakan kejayaan besar DAP, akan menjadi penanda aras pada PRU kali ini.


Persekongkolan DAP dengan PKR dan penyingkiran PAS dari Pakatan sebenarnya memberi kesan yang sangat besar kepada DAP. Bagaimanapun, DAP telah berjaya menaja sebahagian pemimpin-pemimpin PAS yang sebelum itu dijoloki dengan gelaran 'GOLONGAN PROFESIONAL PAS' untuk keluar dan menubuhkan PAN. PAN diharapkan dapat menggantikan PAS yang akan menarik golongan yang cenderung kepada agama untuk berpolitik.

Manakala PPBM yang diketuai oleh Dr. Mahathir pula digunakan untuk menarik sokongan daripada orang-orang UMNO yang kecewa dengan UMNO dan mahu menentang kepimpinan Najib Abdul Razak. DAP melihat peluang ini dan menghulurkan kerjasama dengan Dr. Mahathir sekaligus menarik sokongan bekas-bekas UMNO untuk menyokong DAP, biarpun selama beberapa dekad, Dr. Mahathir mengajar, menanam dan menghasut bahawa DAP adalah parti rasis yang dikuasai sepenuhnya oleh Dinasti Lim.

Sudah hampir berjaya tetapi belum cukup menjamin. Maka DAP memerlukan tindakan yang lebih drastik untuk memastikan undi Melayu berpihak kepada mereka pada PRU kali ini terutama dalam misi menawan negeri-negeri Melayu seperti Perak, Johor dan Melaka.

Justeru, cadangan penggunaan satu logo dibuat. Logo ROKET terpaksa diketepikan kerana ia adalah TABOO kepada orang Melayu. Logo PAN pula kurang dikenali. Logo PPBM tidak boleh digunakan kerana PPBM memang diwujudkan untuk diharamkan. Yang tinggal sekarang hanyalah logo PKR.



DAP bersetuju dalam satu konsensus untuk menggunakan logo PKR. Tetapi kemudian dua hari lepas, Anthony Loke berkata, DAP perlu memikirkan semula strategi tersebut dan DAP tidak akan menggunakan logo PKR, sebaliknya DAP akan kekal menggunakan logo mereka sendiri bagi mengelakkan kehilangan undi masyarakat Cina dan India.

Namun hari ini, Setiausaha Agung DAP buat U-Turn setelah ROS memansuhkan sementara pendaftaran PPBM.

Kata Lim Guan Eng, tidak senang untuk bersetuju menggunakan satu lambang sahaja di Semenanjung pada PRU kali ini. Disebabkan itulah, kata Lim Guan Eng kata, kesemua komponen Pakatan Harapan telah bersetuju untuk membenarkan logo DAP digunakan di Sabah dan Sarawak.

Kata Guan Eng lagi, keputusan untuk menggunakan satu logo sahaja akan memberikan kesan yang besar kepada DAP tanpa menjelaskan secara langsung apakah kesan yang dimaksudkannya. (RUJUK SINI)

DAP dan barisan pembangkang sedang berusaha untuk mewujudkan satu pakatan bagi membolehkan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional pada PRU.Pakatan Harapan telah tidak diluluskan oleh ROS kerana masalah PPBM. PPBM sendiri telah digantung sementara oleh ROS kerana gagal patuh kepada perlembagaan parti sendiri.

Ditanya sama ada lambang DAP akan digunakan di Semenanjung, Lim Guan Eng yang sedang berdepan dengan masalah perundangan kerana RASUAH dan SALAHGUNA KUASAberkata, keputusan tersebut akan diumumkan esok oleh Dr. Mahathir dalam ceramah Pakatan Harapan di Pasir Gudang, Johor.

Penggunaan logo PKR diharapkan dapat membuang stigma kebanyakan pengundi Melayu yang DAP sebenarnya jawatan-jawatan penting dalam Kabinet dan kerajaan terutama sekali Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada PRU-14.


2 comments:

Anonymous said...

Apapun logo yg puak ph pakai sekalipun hatta letak gambar unta sekalipun, undi tak kan kpd depa.

pak pandir 2020 said...

kalau pakai lambang pkr... calon bukan ke ahli pkr?
mcm bn... pertubuhan berdaftar maka semua calon bn guna lambang bn.

 
Blogger Templates