Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, May 7, 2018

PETI UNDI DIBUKA DAN UNDI AWAL DIKIRA, JENTERA PAKATAN SEMAKIN KUAT MENIPU DAN MENFITNAH SEBAB TAKUT KALAH!!!



Jentera propaganda Pakatan semakin kelam-kabut dan terdesak. Mereka sudah tidak dapat berhujah secara rasional lagi. Jikalau dahulu, sebelum Mahathir dan 'TIGA EKOR PENYAMUN'nya menyertai Pakatan, Mahathir dan penyamun-penyamun itu menjadi sasaran serangan terhadap UMNO dan BN. Namun apabila Mahathir membawa penyamun-penyamun itu sepentas dengannya dan bernaung di bawah logo MATA SATU PKR, serangan yang cuba dibuat ke atas Najib dan Rosmah pula terpaksa menggunakan isu-isu lama yang dikitar semula. 

Sedar bahawa kebanyakan orang sudah jelak dan muak dengan serangan bodoh ke atas Rosmah Mansor, selain jemu dengan isu-isu 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion yang telah diterangkan oleh CEO 1MDB tanpa sebarang cabaran di seluruh negara, masa terdekat dengan hari pengundian ini, digunakan dengan mencipta cerita-cerita bohong yang diharap dapat mempengaruhi pengundi-pengundi kononnya Barisan Nasional akan menang secara penipuan. 

Terbaharu sedang tular di laman media sosial, ialah apabila seorang penyokong kuat Pakatan memuatnaik gambar dan juga video dengan statusnya 

"SPR BARU BUKA PETI UNDI TENTERA/POLIS UNTUK KAWASAN TIMBALAN PM ZAHID. BARU BUKA 2 PETI, LEPAS KIRA SUDAH DIDAPATI UNDI PEMBANGKANG YANG MENANG."

Bagi yang membuta tuli atau sudah terpengaruh dengan pembohongan Pakatan selama ini, pasti menerima pembohongan dan fitnah tersebut sambil bersorak-sorak dan gembira. 

Hakikatnya, ianya merupakan satu fitnah yang terpaksa dimainkan oleh Pakatan. Ia merupakan antara propaganda dan taktik yang mereka susun untuk menghilangkan kepercayaan pengundi-pengundi terhadap SPR dan PDRM. Malahan ia adalah persediaan kepada kekalahan yang bakal mereka alami pada PRU kali ini dengan cuba menimbulkan persepsi bahawa kekalahan mereka adalah disebabkan penipuan yang dilakukan oleh BN, SPR dan PDRM.

Sebenarnya setiap peti undi pengundi awal, TIDAK AKAN DIBUKA dan peti undi tersebut hanya akan dikeluarkan serta dibawa ke pusat penjumlahan undi pada Rabu nanti iaitu pada hari pengundian dijalankan. 

Sebaliknya peti-peti besi tersebut akan disimpan terlebih dahulu dalam lokap-lokap balai polis dan ianya merupakan prosedur standard SPR bagi mengelakkan perbuatan khianat, sekaligus menjamin ketelusan pengundian. (RUJUK SINI)

Justeru, membuat tuduhan bahawa peti undi tersebut dibuka dan undi-undi di dalam kotak tersebut telah dikira, adalah SATU FITNAH dan PROPAGANDA JAHAT untuk mewujudkan ketidakpercayaan terhadap badan berkuasa pilihanraya iaitu SPR dan PDRM yang ditugaskan mengawal peti-peti undi itu.

Kebanyakan yang terbabit dalam proses pengundian awal adalah dalam kalangan anggota dan pegawai pihak berkuasa serta pasukan keselamatan seperti polis, tentera, bomba dan agensi keselamatan lain yang bertugas ketika hari pengundian dijalankan Rabu ini.

Selain itu, mereka yang layak menjalankan proses pengundian awal ini juga adalah pasangan kepada anggota dan pegawai agensi serta pasukan keselamatan yang tidak dapat mengundi pada hari mengundi Rabu ini.

Mereka ini dikenal pasti dan disahkan layak menjadi pengundi awal berdasarkan status pasangan masing-masing yang bertugas pada hari mengundi nanti.

Tindakan menularkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara dan boleh dikenakan tindakan melalui Akta Berita Anti Tidak Benar 2018 yang boleh membawa hukuman penjara dan denda.


2 comments:

Anonymous said...

Mamun yg bernama ibnu sabil tu perlu dicari, ditangkap dan disoal siasat. Mana dia dpt cerita tu atau siapa dalang yg merekayasa wayang tersebut. Sebarkan pembohongan mereka dgn segera sblm pru14 @ hari rabu ni.

Anonymous said...

akta berita tidak benar tu kan ada..gunakan sewajarnya

 
Blogger Templates