Selepas 13 tahun kes pembunuhan Altantuya Shiiribu dengan dua orang pelakunya, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dan selama 19 bulan Kerajaan Pakatan memerintah Malaysia, hanya kerana PRK Kimanis yang terlihat penting selain kebuntuan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam pengendalian kes 1MDB dan SRC International, muncul kembali isu pembunuhan Altantuya.
Cuma kali ini tidak lagi membabitkan Rosmah Mansor, sebaliknya terus kepada Najib Razak!
Najib mengambil langkah tersebut selepas Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang enggan membuka semula kertas siasatan berhubung pembunuhan-pembunuhan berkenaan. Justeru, menurut Najib, Kerajaan Pakatan bukan sahaja perlu menyiasat kembali kes tersebut sebaliknya menubuhkan satu pasukan penyiasat khas bagi tujuan tersebut memandangkan mereka kini berkuasa. (RUJUK KINI)
22 Februari 2019, PDRM bagaimanapun mengesahkan tiada sebarang bukti untuk mengaitkan Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shiiribu. (RUJUK SINI)
Dengan PRK Kimanis yang semakin dekat dan Pakatan Harapan ketandusan isu, terutama sekali apabila kes perbicaraan 1MDB dan SRC International yang diharapkan dapat memakukan Najib ke lantai penjara, nampak jauh daripada digapai, tiba-tiba muncul pula Akuan Bersumpah banduan akhir Azilah Hadri yang mendakwa Najib Abdul Razak yang mengarahkan dia membunuh Altantuya Shiiribu.
TEKS PENUH SD AZILAH HADRI BOLEH DIBACA DI SINI
Beberapa kes membabitkan 'TOMMY THOMAS TAK TAHU' termasuklah rayuan oleh Pejabat Peguam Negara terhadap pembebasan Rafizi Ramli di bawah Akta BAFIA yang menurut Peguam Negara dibuat di luar pengetahuannya.
Begitu juga dengan kes pada April 2019 di mana Tommy Thomas tidak tahu mengapa rayuan tidak dibuat oleh pejabatnya berhubung pembebasan seorang majikan yang dituduh mendera dan membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia di Pulau Pinang.
Pada Julai 2019 pula, Tommy Thomas dilaporkan berkata, dia tidak tahu menahu tentang rayuan balas terhadap penceramah agama Wan Ji Wan Hussin kerana membuat kenyataan fitnah.
Sekali lagi pada Julai 2019, Tommy Thomas dilaporkan menafikan pembabitannya dalam penfailan afidavit di Mahkamah Rayuan yang anggota bomba, kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bukanlah disebabkan kecederaan akibat dibelasah.
Hari ini, secara tiba-tiba muncul SD Azilah Hadri. Malahan peguambela Azilah sendiri terkejut dengan Akuan Bersumpah yang dibuat oleh banduan akhir tersebut. (RUJUK SINI)
Pada 30 Januari 2016, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan tersebut, Sirul Azhar Umar dalam satu klip video telah menafikan pembabitan atau keterkaitan Najib Razak dalam pembunuhan model Mongolia tersebut.
Satu tandatanya yang muncul sekarang ialah, kalau benar Azilah Hadri mahu Mahkamah Persekutuan menyemak semula sabitannya, mengapa dia failkan afidavit sahaja? Mengapa dia perlu membuat akaun berkanun dan kemudian memaklumkan kepada umum?
Adakah itu merupakan petunjuk bahawa Azilah telah diberikan 'jaminan' oleh pihak-pihak berkaitan bahawa hukuman gantung sampai mati ke atasnya akan ditarik balik sekiranya dia menuduh Najib Razak yang mengarahkan dia membunuh Altantuya Shiiribu?
Atau adakah itu merupakan satu cara untuk menutup mulut Najib dan menghilangkan tubuh badan Najib daripada pandangan orang awam, memandangkan tertuduh hukuman bunuh akan dilokapkan dan disimpan dalam penjara kerana undang-undang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, walaupun dalam kes pembunuhan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, pembunuh berjaya 'menghilangkan diri' sehingga ke hari ini?
Atau adakah pengakuan bersumpah Azilah Hadri ini muncul setelah Tan Sri Shafee Abdullah berjaya memperolehi kebenaran untuk mengakses dokumen-dokumen Xavier Justo sekaligus menyukarkan lagi Tommy Thomas dalam pendakwaan terhadap Najib?
2 comments:
Kominis akan melakukan apa saja demi kuasa ,kalau membunuh beriburibu jiwa pun mereka sanggup seperti yg pernah berlaku berdasarkan rentetan sejarah negara kita ,apalah sangat bagi mereka kalau hanya menjadikan DSN sebagai korban.Kalau hanya seorang Najib,mereka percaya tidak ada siapa yg akan bising,rakyat akan senyap dalam tempuh yg singkat ,lagi pun mejoriti rakyat boleh di sumbat mulut mereka.Kes 1MDB tidak berjaya menenggelamkan DSN ,malah Najib semakin bangkit,jadi carilah isu lain yg boleh dikaitkan dgn Najib bagi menjahanamkan Najib.Mungkin nanti Altantunya pun akan mereka bangkit kan dari kubur bagi menandatangani akuan bersumpah.Jangan pelik kalau Siru pun nanti di sambut utk pulang menanda tangi akuan bersumpah.Rakyat Malaysia menanggung dosa yg besar kalau terus bersubahat dgn kerajaan Hancing ini.
Mengapa DAP dan TT x desak polis siasat SD Yusuf Rawter?
Post a Comment