Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, October 24, 2015

KESIAN PAKATAN HARAPAN... USUL UNDI TAK PERCAYA GAGAL, CUBAAN BOIKOT PEMBENTANGAN BAJET KANTOI, BAJET ALTERNATIF SALIN TAMPAL BUKU JINGGA YANG LAPOK!!!



Disebabkan kecewa kerana semua rancangan mereka tidak membuahkan hasil, akhirnya para Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAPigs terpaksa angkat plakad dan cuba menyembunyikan kegagalan dengan menyebut ulang tentang RM2.6 bilion.

Menariknya, ramai juga kalangan penyokong mereka yang jenis haprak, turut bersetuju dengan gelagat BERUK MATYEH LAPAR PISANG yang ditunjukkan oleh para pemimpin mereka sekalipun mereka juga tahu bahawa petang semalam adalah PEMBENTANGAN BAJET bukannya perbahasan.

Lebih malang lagi, mereka cuba menimbulkan persoalan tentang RM2.6 bilion walaupun telah dijawab berkali-kali oleh pelbagai pihak, malah turut dijanjikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman bahawa sekali lagi jawapan akan diberikan di Dewan Rakyat, para BERUK MATYEH LAPAR PISANG itu tetap juga mahu menimbulkan sensasi.

Barangkali mereka sangat takut sekiranya Azmin Ali didesak tentang DEIG dan kehilangan RM9.75 bilion wang rakyat Selangor berbanding RM2.6 bilion dari sumber luar, maka mereka terpaksalah bertungkus-lumus menghangatkan kembali isu RM2.6 bilion.

Sebelum ini, DAP awal-awal lagi menyerang Azmin Ali dalam usaha untuk mengelak daripada dikenalpasti sebagai rakan subahat. DAP kalau bab berlakon jadi wali, memang hebat... macam Lim Guan Eng bercakap tentang anti-rasuah dan anti-penyelewengan ler juga walhal isu dia laki bini kuasai hartanah di Pulau Pinang menerusi anak syarikat yang diwujudkan oleh proksi utamanya, langsung tidak terjawab sampai ke hari ini. Bahkan isu puncak bukit yang digondolkan oleh pemaju hartanah kroni Lim Guan Eng juga, terus senyap sampai ke hari ini.


Beberapa pihak pula mula mengungkit tentang kilang-kilang besar di Pulau Pinang yang telah berpindah operasi ke negeri-negeri lain seperti Johor dan Melaka walaupun Zairil Khir Johari, si balaci Guan Eng yang mengaku Melayu tetapi sebenarnya Cina, cuba bercakap besar kononnya, Pulau Pinang jauh lebih maju dan makmur serta menarik lebih banyak pelaburan ke negeri itu kerana pentadbiran yang sangat cekap.

Pendedahan tersebut sebenarnya sangat memalukan Guan Eng. Dia yang mahu dipandang sebagai TOKONG BESAR, kehilangan maruah dengan pendedahan sebegitu. Beberapa pendedahan lain termasuklah layanan istimewa daripada PENGURUS DANA rakyat Pulau Pinang yang menetap di Hong Kong, membuatkan Guan Eng merah muka dan bertambah malu kerana anti-rasuahnya terpatuk balik ke batang hidung sendiri.

Isu-isu itulah yang membuatkan barisan Pakatan Harapan menjadi gila dan tidak waras. Mereka terpaksa mencipta isu demi isu demi menutup salahlaku dan kesilapan pentadbiran mereka sendiri.


Dan tidak hairanlah mengapa Lim Guan Eng menyatakan, pembentangan bajet 2016 oleh Perdana Menteri adalah semata-mata untuk menutup skandal yang lebih besar sahaja. (RUJUK SINI)

Sebabnya bukan apa, Lim Guan Eng adalah PAKAR dalam bab mengalihkan perhatian daripada isu sebenar dan tidak mampu dijawabnya, sepertimana yang berlaku apabila pendedahan dibuat, isterinya, Betty Chew dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hartanah di seluruh Pulau Pinang. (RUJUK SINI). Itu sebablah dia kata, bajet 2016 adalah untuk tutup skandal.

Sebab dia memang semulajadi macam tuh!





Friday, October 23, 2015

PARA PENYOKONG BERUK MATYEH LAPAR PISANG MARAH BILA HADI AWANG DAN AHLI PARLIMEN PAS ENGGAN SERTAI AKTIVITI PEMBERUKAN DI PARLIMEN!!!



Ternyata, puak-puak penyokong BERUK MATYEH LAPAR PISANG naik angin apabila Hadi Awang, Nik Abduh dan Nasaruddin Tantawi tidak bangun sambil memegang plakad mengejek-ngejek dengan slogan 'MANA PERGI RM2.6 BILION' bersama-sama Ahli-Ahli Parlimen DAP, PKR dan PAN.

Golongan BERUK MATYEH LAPAR PISANG segera membuat asumsi yang Hadi Awang dan bloknya telah menghalalkan RM2.6 bilion yang kata mereka 'itu adalah wang rakyat'.

Mai mana tang wang rakyat itu, itu hanya mereka sahaja yang lebih mengetahui memandangkan mereka tidak dapat menghadirkan bukti dan mereka juga tidak dapat menerima kenyataan daripada penafian SPRM bahawa wang tersebut adalah wang 1MDB atau parking haram di dalam akaun Najib.

Berbeza dengan DEIG yang mana Azmin Ali dan DAP terlibat di Selangor, penafian oleh SPRM, diimani bersungguh-sungguh oleh mereka dan mereka seringkali menegaskan bahawa SPRM telah menafikan sebarang salahlaku atau salahguna kuasa dalam isu DEIG. Bagaimanapun penafian SPRM tentang RM2.6 bilion dan kaitannya dengan 1MDB tidak pula digunapakai.

Nak buat macam mana, BERUK MATYEH LAPAR PISANG ler katakan...



BERUK seringkali mengejek-ngejek makhluk lain. Itu sebab dalam cerita beruk dengan kura-kura, beruk tanam pucuk pisang, sedangkan kura-kura pula tanam perdu pisang dan hasilnya yang berbuah adalah perdu pisang. Bila dah berbuah, beruk teringin nak makan pisang daripada pokok yang ditanam oleh kura-kura dari perdu pisang. Akhirnya beruk mencuri dan kemudian mengejek kura-kura kerana tidak boleh memanjat pokok dan membaling kulit pisang kepada kura-kura. Beruk terlupa, di perdu pokok pisang, kura-kura telah melonggokkan duri dan onak.

Samalah dalam kes ini. BERUK-BERUK MATYEH yang berkot dan bertali leher serta berstatus Ahli Parlimen itu sengaja buat-buat lupa, persidangan di mana mereka menjunjung plakad adalah pembentangan bajet, bukannya perbahasan dan persidangan khas tentang 1MDB atau RM2.6 bilion.

Yang bukan tergolong sebagai BERUK MATYEH sahaja yang tahu hakikat dan mereka tidak akan buat perangai BERUK. Yang sah-sah BERUK MATYEH sudah pasti akan berperangai BERUK walaupun masing-masing menyembur minyak wangi paling mahal atau membuat lilitan tali leher paling sukar.

BERUK MATYEH kekal sebagai BERUK MATYEH.... dek kerana malu nak mengaku mereka BERUK MATYEH, mereka mahu orang lain turut menjadi BERUK MATYEH seperti mereka. Bila orang tak mahu ikut, diejek-ejeknya orang itu seperti yang sedang dilakukan oleh para penyokong BERUK MATYEH ke atas Hadi Awang dan Ahli-Ahli Parlimen PAS.

SELEPAS KAKITANGAN AWAM 'DIMANJAKAN' MENERUSI BAJET 2016, MEREKA LEBIH GALAK BERPOLITIK, ATAU LEBIH GALAK BEKERJA?



Kita tidak fikir yang Najib dan kerajaannya terlalu bebal serta pekak badak untuk mengetahui sebilangan kakitangan awam, terutama sekali yang bekerja di pejabat mahupun yang bertangga gaji Gred-Gred tinggi merupakan golongan pengutuk majikan tegar. Dan lebih menarik lagi ialah, mereka ini jugalah mengumpul kroni dan mengamalkan nepotisme dalam kenaikan pangkat, sehingga akhirnya seperti yang kita boleh lihat dalam sektor pendidikan, guru-guru yang kerap naik pangkat sehingga ke PPD mahupun ke JPN, merupakan mereka yang kuat menyokong pembangkang. Manakala guru-guru cemerlang yang menyokong kerajaan pula, selalunya diketepikan.

Alasan standard yang diberikan oleh puak ini ialah, gaji yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka, bukanlah 'HARTA TOK NENEK NAJIB ATAU ROSMAH' sebaliknya wang rakyat.

Yang mereka tidak pula persoalkan ialah, mengapa mereka berkhidmat dengan kerajaan di mana majikan mereka adalah Kerajaan masakini iaitu UMNO-BN? Adakah dengan berkhidmat di bawah kerajaan sedia ada, maka mudah bagi mereka membocorkan maklumat dan rahsia atau mensabotaj dasar-dasar kerajaan sepertimana kebocoran banyak maklumat semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, justeru mereka terlupa kepada sumpah dan aku janji penjawat awam?


Bukankah antara syarat-syarat menjadi kakitangan awam adalah menyimpan rahsia, setia kepada kerajaan masakini dan memberikan khidmat kepada rakyat?

Pada bahagian mana yang mereka tidak faham atau buat-buat tidak faham?

Dan bajet untuk 2016 pula, Najib masih tetap mendewa-dewakan kakitangan awam sungguhpun kakitangan awam bukannya super-machine atau multi tasking labour yang perlu dikagumi.

Ada lompang pada bajet untuk kakitangan awam seperti yang dibentangkan oleh Najib. Seharusnya Najib melebihkan perhatian kepada penjawat awam yang bekerja di lapangan, bukannya di pejabat. Tanyalah kepada mana-mana penjawat awam di lapangan tentang kesukaran mereka dan bagaimana mereka seringkali 'dibuli'.

Masyarakat awam seringkali melihat kakitangan dan penjawat awam sebagai satu benteng hadapan kerajaan. Baik perkhidmatan yang diberikan maka persepsi kerajaan yang menjadi majikan mereka adalah baik. Tetapi apabila perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam sangat teruk, mereka tidak akan mendapat apa-apa kecaman, sebaliknya yang dikecam dan dipersalahkan oleh orang ramai adalah kerajaan.

Saban tahun, kita boleh membaca laporan Ketua Audit Negara tentang ketirisan dan pemborosan yang tidak sepatutnya berlaku dalam agensi-agensi kerajaan. Sudah tentu perkara tersebut melibatkan 100% kepada penjawat awam.


Adakah dengan inisiatif besar yang diberikan oleh majikan kepada mereka, akan mengurangkan ketirisan dan pemborosan tersebut atau mereka masih tetap juga berlagak angkuh kononnya, 'ITU BUKAN DUIT TOK NENEK NAJIB ATAU ROSMAH'?

Tidak dinafikan majoriti penjawat awam sebenarnya adalah kakitangan yang baik tetapi segelintir kecil itulah yang kerap menjadi duri dalam daging, apatah lagi dengan perangai mereka yang gemar menonjol-nonjolkan diri sambil mencabar-cabar agar tindakan tatatertib dikenakan kepada mereka agar mudah dipolitikkan. Segelintir itulah yang kerap menjadi benchmark kepada para penjawat awam yang lain.

Jangan kerana penjawat awam adalah nadi pentadbiran negara, maka golongan segelintir yang turut mendapat tempias - bahkan ada kalangan mereka yang sapu keliling - semakin kerap berceramah dan berkempen politik di sebarang media dan medium yang mereka ada.

Jangan sampai pula nanti, rakyat biasa 'mengaudit' mereka dan kemudian menggasak kerajaan kenapa memberikan atau terlalu memanjakan kakitangan awam berbanding majoriti rakyat yang terpinggir dalam banyak bajet seperti golongan berpendapatan gaji RM1500-RM2999 sekarang ini, sedangkan mereka adalah majoriti dan mereka pula tinggal di bandar tetapi mengundi di kampung atau mempunyai keluarga yang mengundi di kampung!

Diharapkan dengan penambahan insentif dan inisiatif daripada majikan mereka, penjawat awam dapat mengurangkan persepsi negatif di kalangan masyarakat awam, yang penjawat awam terutama sekali dalam bidang pelajaran dan pendidikan, terlalu gemar berpolitik untuk menumbangkan majikan sendiri.


BRIM... BEBAN YANG SEHARUSNYA DITAMATKAN, BUKAN DITERUSKAN!!!



BRIM...

Mungkin ada sesetengah orang yang menyanjungi pemberian kerajaan dalam bentuk tunai kerana pemberian tersebut sekurang-kurangnya dapat melegakan beban kewangan mereka walaupun jumlahnya mungkin tidak sebanyak mana atau kegunaannya tidaklah membuak sepertimana yang diharapkan oleh mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya dua buah kereta atau rumah yang telah dibeli sendiri.

Yang pasti, kebanyakan mereka yang berada di bandar, dan kalau kita perhatikan reaksi mereka menerusi WhatsApp atau Telegram, BRIM merupakan sesuatu yang amat menjijikkan tetapi tetap juga diambil dan dituntut walaupun sebenarnya mereka tidak layak dan tidak sepatutnya berbuat begitu hanya kerana mereka memberi alasan 'ITU WANG RAKYAT' dan 'HAK KAMI'.

Pemberian BRIM secara menyeluruh sebenarnya merupakan satu pembaziran yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan. Memang benar, beberapa syarat dan peraturan telah dibuat oleh kerajaan dan LHDN tetapi dalam hal duit, otak rakyat Malaysia sangat kreatif untuk melakukan penipuan. Sekalipun mereka tahu mereka tidak berhak, tetapi mereka tetap juga mahu wang tersebut kerana ia adalah wang dan mereka tidak sanggup melihat hanya orang lain yang mendapat, sedangkan mereka tidak dapat wang tersebut.

Perdana Menteri telah menjanjikan kenaikan BRIM sama ada kepada golongan yang had pendapatannya telah ditetapkan mahupun untuk golongan belum berkahwin.

Memberi umpan sebegitu sebenarya amat merbahaya memandangkan BRIM yang diperkenalkan semenjak dari awal tidak membantu langsung Kerajaan Najib untuk lebih kuat berbanding sebelumnya. Sebaliknya ramai golongan yang cukup haloba dengan BRIM, mengambil kesempatan mengutuk dan mencerca pemberan tersebut.

Justeru, kita ingin melihatdi sebalik kerajaan membazirkan berbilion ringgit untuk golongan yang tidak reti bersyukur, ada baiknya jikalau BRIM ditamatkan dan bantuan kepada golongan miskin terutama sekali miskin bandar dibuat dengan kaedah yang lain, dan tidak membabitkan wang tunai.

Lebih baik sediakan pancing seperti memperbanyakkan peluang pekerjaan. Manusia secara lazimnya akan cakap pandai dan memandai-mandai apabila mereka mempunyai banyak masa lapang dan sentiasa merungut tidak senang apabila mereka tahu, rungutan mereka didengar dan dipedulikan.

Sudah sampai masanya Najib mengikut jejak langkah Mahathir dalam hal ini... suruh dan paksa rakyat bekerja untuk memperolehi pendapatan, bukannya dengan memberikan atau menyuap semua bentuk bantuan kepada mereka.

Bantuan perlu diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, bukan golongan yang berkata, mereka perlu bantuan tetapi hakikatnya, mereka sekadar seronok berebut dengan orang miskin bahkan mencuri daripada orang miskin tanpa sedikit pun perasaan malu kerana mereka sentiasa beranggapan, 'INI HAK KAMI'!!!


PEGAWAI MARA YANG DIFITNAH RAFIZI RAMLI DALAM ISU JUAL BELI HARTANAH DI AUSTRALIA, DINASIHATI SAMAN MALU RAFIZI 'SUTUN'!!!



Pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang didakwa terlibat dalam skandal urusan jual beli hartanah di Australia boleh mengemukakan saman peribadi terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Pandangan itu diberikan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa, ekoran kelancangannya yang menuduh pegawai berkenaan terbabit dalam kes itu sedangkan perincian mengenainya belum didedahkan lagi.

“”Saya serahkan kepada pegawai berkenaan. Pegawai berkenaan boleh ambil tindakan atas kapasiti peribadi jika merasakan tuduhan itu menjejaskan,” katanya.

Annuar berkata, adalah satu tindakan tidak wajar untuk terus menghukum pegawai berkenaan sedangkan kes itu sedang disiasat dan keputusan sama ada bersalah atau tidak belum diputuskan.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, tindakan Rafizi itu menggambarkan sikap pembangkang yang terus mahu menjatuhkan hukuman walaupun siasatan belum selesai dan ia merupakan satu tindakan tidak beretika.

“Mana-mana nama sahaja boleh disebut. Hanya sebut nama sahaja, kita tidak boleh terus menghukum pegawai berkenaan. Ia melibatkan masa depan orang, kita tidak boleh hukum sesuka hati” ujarnya. (FMT)


Thursday, October 22, 2015

GURU BAHASA INGGERIS DARI INDIA... ALAHAI, MAKIN RAMAILAH 'YIDIOT RASCAL' DI MALAYSIA NANTI!!!



Selepas isu membawa masuk pendatang asing dari Bangladesh, kini muncul pula ura-ura membawa masuk guru Bahasa Inggeris yang kononnya terlatih dari India.

Mengapa Kerajaan Malaysia dan Kementerian-Kementerian sangat berminat dengan WARGA DARI ASIA SELATAN ek?

Tidak cukupkah lagi dengan jumlah yang sedia ada di negara ini, sehingga ada yang melolong dan memaki hamun kerajaan kerana tidak memberikan kad pengenalan warga negara kepada mereka, kononnya mereka telah dilahirkan di negara ini, walhal isu ketiadaan kad pengenalan di kalangan warga Asia Selatan seperti yang diperjuangkan oleh N.Surendran dan Latheefa Koya tidak lama dahulu hanyalah melibatkan warga asing yang tinggal secara haram di negara ini.

Cadangan Kementerian Pelajaran untuk membawa masuk guru-guru terlatih Bahasa Inggeris dari India, dilihat lebih kepada sesuatu yang amat melucukan!

Hebat sangatkah Bahasa Inggeris di kalangan warga India?

Tidak dinafikan, mereka memang suka bercakap dalam Bahasa Inggeris terutama sekali apabila Bahasa Inggeris dilihat mampu menaikkan status kasta mereka di negara asal. Tetapi sebutan-sebutan serta istilah-istilah BOMBASTIK dalam Bahasa Inggeris yang digunakan oleh golongan terlatih di India itu, sebenarnya bakal memudaratkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar di negara ini.

Cukup-cukuplah warga Asia Selatan dibawa masuk ke Malaysia. Dari tahun 1931 sehingga sekarang, jumlah mereka sudah terlalu ramai yang akhirnya mereka pula berlagak seperti tuan besar bahkan mendakwa merekalah yang telah membuka negara ini sedangkan Melayu-Bumiputera pula adalah pendatang!

Bukankah jauh lebih baik sekiranya, guru-guru terlatih Bahasa Inggeris diambil daripada negara-negara yang secara rasminya berbahasa Inggeris?

Zaman awal sehingga awal 1990-an, agak ramai guru-guru Bahasa Inggeris yang didatangkan dari Australia, bahkan Great Britain. Pengajaran mereka jauh lebih baik berbanding guru-guru terlatih dari India yang sebutannya kita tidak dapat beza antara Bahasa Tamil dengan Bahasa Inggeris kerana 'idgham'nya begitu mengelirukan. Bukankah lebih baik guru-guru Bahasa Inggeris dari kalangan masyarakat Inggeris berbanding masyarakat yang ada sesetengahnya mengaku Aryan tetapi berasal dari wilayah yang Aryan pun tak pernah sampai?

Alang-alang hendak berbelanja, bukankah rakyat Malaysia, khususnya kaum pelajar berhak mendapat hasil yang lebih baik berbanding Kerajaan membayar mahal untuk produk yang label sahaja terlatih tetapi akhirnya satu produk yang membazir.

Samalah seperti BESTARI.NET yang kerajaan berbelanja berbilion ringgit tetapi hasilnya AMAT MEMBAZIR...

Takkanlah dalam isu guru-guru terlatih Bahasa Inggeris pun, Kerajaan masih mahu membazir lagi? Kata nak mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, tetapi nampaknya yang bakal dipanggil untuk mengajar, hanyalah golongan drama dan filem semata-mata!!!

Sudah-sudahlah membazir wang rakyat... kalau nak berbelanja pun, belanjalah dengan penuh berhemah, bukannya asal tangkap muat dengan guru-guru terlatih dari India, kononnya!!!

SILA RUJUK ARTIKEL INI


GANTUNG ENAM BULAN, DRAMA LIM KIT SIANG... SEBENARNYA MEMANG DIA HENDAK DIGANTUNG PUN DEMI POLITIKNYA!!!



Kalau Ram Karpal Singh melabelkan Ahli-Ahli Parlimen BN sebagai 'BINATANG' hanya kerana usul menggantung Lim Kit Siang selama enam bulan daripada menghadiri sidang Parlimen dan disokong, sebenarnya ia adalah salah satu daripada plot drama terbaru yang diarahkan oleh Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang cuba mempamerkan kemarahannya kerana diusulkan gantung dan kemudian digantung, tetapi sebenarnya itu juga adalah salah satu daripada plot ciptaannya.

Sidang media yang dihadirinya bersama-sama barisan pemimpin PAS, PKR dan DAP di lobi Parlimen untuk menuwar-uwarkan cerita tentang usul Undi Tidak Percaya, juga adalah sebahagian daripada plot cerita yang telah cuba dijalin dengan baik oleh Lim Kit Siang dan DAP.

Semuanya dibuat demi meraih simpati dan emosi agar ianya dilihat sebagai PENYINGKIRAN DAN PENGGANTUNGAN LIM KIT SIANG adalah salah satu cubaan menyembunyikan salahlaku dalam 1MDB. Sekaligus merancakkan sokongan untuk undi tidak percaya.

Kita ambil tahu berapa ramai yang mengundi menyokong dan berapa ramai yang menentang.

Seramai 107 menyokong Lim Kit Siang digantung, 77 pula menentang. Yang menjadi persoalan ialah mengapa LIM KIT SIANG SENDIRI mengundi BERKECUALI?

Mengapa Kit Siang tak undi menentang menjadikan jumlah menentang 78? Mengapa memilih untuk BERKECUALI?

Di bawah undang-undang Parlimen, dia dibenarkan mengundi tetapi nampaknya kali ini dia sendiri enggan mempertahankan dirinya, samalah seperti selepas empat hari diberikan peluang untuk meminta maaf, dia enggan berbuat seperti yang diarahkan. Samalah seperti sehingga ke hari ini, dia enggan mengakui peranan dan hasutannya yang mencetuskan Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 walaupun terdapat banyak bukti tentang pembabitannya sepanjang 21 hari kempen PRU-3 yang menaikkan emosi kaum Cina khususnya untuk menjadi subversif.

Dalam kes ini, Kit Siang hanya mahu mewujudkan tanggapan yang dia telah dilayan secara tidak adil di Parlimen. Atau barangkali juga dia sebenarnya mahu cuti bergaji selama 6 bulan tanpa perlu hadir di Parlimen memandangkan kebarangkalian percutiannya ke luar negara baru-baru ini masih tidak memuaskan hati.

Secara mudah, Kit Siang sendiri sebenarnya mahu dia digantung dari Parlimen dan sudah menjadi resam dan resmi bagi mana-mana ahli politik Pakatan apatah lagi DAP, mereka tidak akan memohon maaf walaupun telah dibuktikan mereka bersalah!


 
Blogger Templates