Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, January 30, 2016

RPK DEDAHKAN PERGADUHAN DI SPRM DAN PENGARAH OPERASI KHAS SEBAGAI AGEN DAP!!!



Mengejutkan dan terlalu sukar untuk dipercayai! 

Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali RPK, menerusi blognya, Malaysia Today, telah mendedahkan tentang perselisihan atau lebih tepat lagi pergaduhan antara Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed dengan Pengarah Operasi Khas, Bahri Mohamed Zin kerana perlanggaran protokol dan etika yang dilakukan oleh Bahri. Ditambah pula, isteri kedua Bahri sedang berhadapan dengan masalah kewangan dan keadaan itu membuatkan kedudukan Bahri lebih mencurigakan.

Tulis RPK, Abu Kassim dan Bahri hampir bertumbuk di ibu pejabat SPRM apabila Bahri mengancam untuk mendedahkan Abu Kassim serta pegawai-pegawai tinggi SPRM yang lain, yang dituduhnya rasuah dan menyalahgunakan kuasa, sekiranya tindakan disiplin diambil ke atasnya dan dia tersadai di dalam penjara. 

Antara yang diungkit oleh Bahri adalah pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Bahri menuduh, mereka bukan sahaja dibunuh tetapi juga kes tersebut telah ditutup dengan maklumat menyeleweng oleh SPRM. 

Bahri turut berikrar untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO, 

"Biar mampus Melayu. Lagi baik Cina ambikalih kerajaan!" Bahri dilaporkan sebagai berkata kepada Abu Kassim. 






Friday, January 29, 2016

MYEG, IMIGRESEN, KDN DAN HAPUS ORANG TENGAH... CERITA YANG TAK SUDAH-SUDAH!!!



Cerita pendatang asing atau pekerja asing di Malaysia bukannya cerita baru. Sudah terlalu banyak diperkatakan dan dibangkitkan. Dari satu musim pengampunan sehingga ke musim pengampunan yang baru, masalah pekerja pendatang asing dan pendatang haram tetap juga tidak selesai-selesai. Dari kewujudan sebuah entiti sehinggalah kewujudan beberapa entiti yang menguruskan pekerja-pekerja dan pendatang-pendatang asing, ia masalah yang tidak nampak jalan penyelesaiannya.

Malaysia menjadi negara kegemaran pendatang-pendatang daripada beberapa negara membangun termasuklah dari negara-negara jiran ekoran peluang pekerjaan dan ekonomi yang lebih baik, selain faktor pertalian persaudaraan.

Sempadan Malaysia yang seringkali digambarkan sebagai mudah bolos, menambah rencah yang menarik kedatangan pendatang-pendatang asing. Namun yang paling ketara adalah, penguatkuasaan imigresen yang amat menyedihkan merupakan faktor utama menggamit kehadiran pendatang-pendatang asing dan pekerja-pekerja haram dari negara lain, sehingga dari benua Afrika pun bertumpu ke sini.

Kelompok pendatang asing ini banyak mengambil peluang daripada rakyat Malaysia. Sama ada sedar atau sebaliknya, rakyat Malaysia menanggung hampir keseluruhan hidup pendatang asing di negara ini, manakala mereka pula bebas daripada membayar Malaysia kembali dalam bentuk cukai, walaupun pada masa yang sama, Malaysia turut membekalkan perkhidmatan perubatan, barangan bersubsidi, bahkan pendidikan percuma yang sepatutnya dikhaskan kepada rakyat Malaysia semata-mata.

Bukan satu perkara luar biasa melihat anak-anak pendatang asing ini bersekolah di sekolah-sekolah kebangsaan, malahan dari peringkat pra-sekolah, mahupun di tadika-tadika KEMAS. Dan tidak mengejutkan juga apabila mengetahui, ada di kalangan mereka yang menerima BRIM dan Bantuan Persekolahan 1Malaysia walaupun ibu bapa mereka bukannya warganegara Malaysia.

Dasar Lemah Lembut

Dasar toleransi pentadbiran Malaysia yang amat keterlaluan dalam isu pendatang asing ke negara ini, amat membimbangkan tetapi pada masa yang sama, amat mengejutkan dan mengkagumkan!

Pentadbiran Malaysia khususnya yang melibatkan imigresen tidak henti-henti mewujudkan keterujaan, kehairanan, rasa terkejut, kekaguman dan sebagainya menerusi tindakan-tindakan mereka yang lebih dilihat sebagai satu tindakan pengambilan untung semata-mata.

Bermula dengan kehadiran pendatang asing secara besar-besaran pada awal 1980-an, sehingga kini, imigresen Malaysia dianggap sangat gagal dalam perlaksanaan penguatkuasaan bagi memastikan pendatang-pendatang dan pekerja-pekerja asing tidak terlalu bebas seperti yang dapat dilihat pada hari ini. Ditambah pula dengan permintaan kepada buruh-buruh murah, ada pihak-pihak tertentu yang menjadikan pendatang dan pekerja asing sebagai cara untuk mereka mendapatkan keuntungan dan kemewahan mudah.

Pemerdagangan manusia ini didalangi oleh orang tengah. Orang tengahlah yang banyak mengaut keuntungan manakala kelemahan Jabatan Imigresen dalam perlaksanaan dan penguatkuasaan pula, telah memberikan peluang yang amat besar kepada orang-orang tengah itu untuk menjadi sektor kartel yang amat berkuasa.

Barangkali menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan kerajaan perlu segera memperbetulkan keadaan tersebut, satu bentuk kawalan diwujudkan untuk mengawal dan mengekang kebanjiran tenaga kerja asing di Malaysia menerusi pangkalan data yang dilaksanakan oleh MYEG.

Sedikit demi sedikit dan seperti biasa, beransur-ansur yang terlalu perlahan, menerusi beberapa syarikat atau lebih tepat lagi konsortium yang mengendalikan projek pendaftaran pekerja asing. Syarikat-syarikat tersebut adalah Bukti Megah Sdn. Bhd, Imam Sdn. Bhd, Fokas Mulia Sdn. Bhd dan MyEG Berhad.

Kegagalan projek 6P pada tahun 2011 dalam menangani masalah pekerja-pekerja asing, menyebabkan kerajaan perlu mencari mekanisme yang lebih berkesan dalam mendaftar, mengawal serta pada masa yang sama, mengekang keserakahan orang tengah yang telah menggagalkan semua usaha kerajaan.

Imigresen Gagal

Pendaftaran pekerja asing dilihat sebagai satu perniagaan yang amat menguntungkan. Dan kerana itulah, MYEG menjadi sasaran pihak-pihak berkepentingan untuk mereka terlibat di dalamnya. Tugas untuk mendaftarkan pekerja-pekerja asing, sekaligus membolehkan mereka membayar cukai yang sepatutnya, selain majikan yang perlu lebih bertanggungjawab dengan kemasukan mereka, menyebabkan ada pihak yang kecewa apabila syarikat-syarikat mereka tidak diberikan hak untuk bersama-sama dalam konsortium MyEG.

MyEG sebenarnya tidak lebih berkuasa daripada Imigresen sebaliknya konsortium tersebut hanya diberikan hak untuk mendaftar dan bekerja bagi pihak kerajaan untuk mengutip levi daripada pekerja-pekerja asing dan majikan-majikan mereka. Dan MyEg tidak bersendirian memandangkan terdapat tiga syarikat lain yang melakukan kerja-kerja yang sama dengan MyEg dalam isu pekerja-pekerja asing.

Bermula Februari 2015, MyEG telah diberikan hak melebarkan perkhidmatannya termasuklah enam jenis perkhidmatan membabitkan pekerja-pekerja asing. Dan di situlah bermulanya 'masalah-masalah' baru.

Paling ketara membabitkan kempen pembangkang yang cuba menutup malu mereka selepas menfitnah kerajaan menang PRU-13 menerusi undi pengundi-pengundi hantu yang diimport dari Bangladesh berjumlah 40,000 orang.

Namun cerita yang paling kerap didengar adalah tuduhan mengatakan MyEg membuat duit daripada kerja-kerja pembaharuan permit pekerja-pekerja asing. Walhal MyEg hanyalah bertindak sebagai kaunter hadapan dan kaunter bayaran untuk Imigresen, manakala keseluruhan bayaran 'dipunyai' oleh Imigresen.

MyEg juga pada November 2015, telah dituduh kononnya mengupah pihak ketiga untuk mendaftarkan pekerja-pekerja asing. Tuduhan-tuduhan tersebut timbul ekoran wujudnya berita tentang rancangan membawa masuk 1.5 juta orang pekerja dari Bangladesh, sekaligus menimbulkan kebimbangan besar kepada rakyat Malaysia, khususnya melibatkan kegagalan dan kelemahan penguatkuasaan Imigresen sendiri ke atas para pekerja asing. Selain itu turut dikatakan, MyEg membuat duit dengan mengenakan caj beribu-ribu ringgit bagi setiap orang pekerja asing untuk pendaftaran baru sedangkan pada masa yang sama, kerajaan tidak pernah mengumumkannya.

Tuduhan-tuduhan tersebut bagaimanapun, dinafikan oleh MyEg (RUJUK DI SINI).

Berita yang dilaporkan oleh MSTAR pada 26 Januari lepas, amat menarik kerana ia membabitkan pengumuman oleh Imigresen. (RUJUK SINI)

Timbul persoalan, adakah sebenarnya Imigresen sedang menjadikan salah sebuah daripada syarikat-syarikat yang diberikan hak membantu imigresen dalam urusniaga pendaftaran pekerja asing yang amat menguntungkan itu, sebagai kambinghitam untuk sesuatu yang dilindungi?

Berita tentang kegagalan pendaftaran pekerja asing oleh MyEg amat menarik. Kegagalan sejumlah lebih 30,000 pekerja asing didaftarkan, boleh menjadi tajuk yang menimbulkan pelbagai persepsi walaupun hakikatnya, kegagalan tersebut mungkin berpunca daripada dokumentasi Imigresen sendiri seperti pasport tamat tempoh dan sebagainya.

Syarikat-syarikat seperti MyEg sebenarnya tidak akan wujud sekiranya Imigresen benar-benar cekap dan benar-benar melaksanakan tugas serta amanah mereka terutama yang melibatkan penguatkuasaan. Kewujudan syarikat-syarikat seperti MyEg dan pemberian kontrak yang pada luarannya seperti mahu memudahkan kerja-kerja Imigresen, tidak seharusnya disusuli dengan cerita-cerita kambing hitam untuk melindungi kelemahan Imigresen sendiri.

Masalah pendatang dan pekerja asing sudah menjadi barah besar kepada Malaysia dan rakyatnya. Lambakan pekerja asing yang tidak lagi terhad kepada sektor-sektor yang ditetapkan, malah mewujudkan pula kewujudan pendatang-pendatang asing yang tidak bekerja tetapi kita boleh melihat mereka melepak sana sini, termasuklah yang menguasai kawasan-kawasan seperti Pasar Borong Selayang sekaligus menjadi bukti jelas, bukan syarikat-syarikat seperti MyEg yang perlu dikambinghitamkan, tetapi Imigresen sendiri yang perlu diperiksa untuk melihat sakitnya!


HILANG SUDAH RM2.6 BILION SONGLAP DUIT 1MDB, TIMBUL CERITA ZAHID JUMPA 'ARWAH' RAJA ABDULLAH!!!



Kita sedang melihat satu putaran cerita yang amat menarik. Kisah 1MDB hilang begitu sahaja. 'Kebimbangan' kononnya 1MDB telah disalahgunakan dan menyalahgunakan wang rakyat bagi mengembangkan tembolok dan nafsu Najib-Rosmah, semakin dilupakan. Sebaliknya, tumpuan kini ialah cerita bagaimana Zahid boleh bertemu dengan Raja Abdullah untuk mengesahkan wang RM2.6 bilion itu adalah derma peribadi daripada bekas Raja Saudi itu.

Tiada lagi Akta Patriot, RICO atau AMLA. Yang dimomokkan sekarang adalah butiran tentang pengesahan wang berkenaan berstatus derma daripada orang yang sudah pun meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

Mereka yang sebelum ini beria-ia mahu membuktikan bahawa ianya adalah wang 1MDB dengan menggunakan khidmat Clare dan WSJ, kini telah cuba untuk melupakan hujah-hujah mereka sendiri. Dan apabila Peguam Negara menyatakan, mengesahkan dan memberikan bukti bahawa wang tersebut adalah derma peribadi dari keluarga diraja Arab Saudi, menerusi siasatan yang telah dijalankan oleh SPRM, masing-masing bertungkus lumus mencari ruang yang membolehkan mereka terus melakukan serangan.

Dan Zahid Hamidi dilihat sebagai saluran terbaik untuk mereka melepaskan geram kerana Peguam Negara 'membebaskan' Najib daripada hukuman yang mereka ingin benar lihat.


Zahid dikatakan telah bertemu dengan hantu Raja Abdullah. Dengan kata lain, mereka dengan penuh gembira menyatakan bahawa Zahid terkantoi menipu dengan memberi alasan yang paling tidak munasabah sehingga menjadikan pertemuan yang tidak mungkin boleh berlaku, sebagai alasan untuk membela Najib Abdul Razak.

Malangnya, mereka sendiri memaparkan keghairahan yang memakan diri. Apakan tidak, mereka tidak berhati-hati dan tidak faham perkataan 'REPRESENTATIVES' atau 'REPS' yang terdapat di dalam printscreen mereka sendiri!

Nampak gayanya, perkataan 'DEDAK', 'pendapatan haram', 'jilat punggung Jib', dan seangkatan dengannya akan semakin meriah apabila sanggahan seperti ini didedahkan. Golongan yang bijak pandai yang menampilkan pelbagai bukti yang tersepuk ke muka sendiri pula, nampak gayanya terpaksa mencari-cari perkataan lain untuk melepaskan geram.

Barangkali mereka tidak cukup kenyang dengan memakan 'rezeki halal' daripada perbuatan menfitnah kut....


Thursday, January 28, 2016

NETIZEN DAN PORTAL DEDAHKAN GURU CEMERLANG DI JOHOR ZAHIRKAN CITA-CITA NAK BOM, KERAT KAKI TANGAN DAN BUNUH PERDANA MENTERI MALAYSIA!!!



Selepas seorang wanita yang merupakan isteri kedua pegawai kanan SPRM didedahkan oleh Netizen menggelupur dan terpaksa berhelah kononnya akaun Facebooknya telah digodam dan digunakan oleh pihak lain menyiarkan pelbagai fitnah dan hasutan, sekali lagi warga Netizen mendedahkan tentang perilaku seorang guru wanita yang mengungkapkan kata-kata subversif berorientasikan jenayah.

Guru wanita berkenaan yang dikatakan pernah menerima anugerah Guru Cemerlang dan dikatakan masih bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4. Guru berkenaan berasal dari Kelantan, berdaftar sebagai seorang pengundi di lokaliti Padang Kala, DUN Melor dan Parlimen Ketereh.

Dalam postingnya yang amat menarik perhatian di Facebook, guru wanita yang berusia 36 tahun itu menyiarkan sekeping gambar kenderaan yang dinaiki oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru sahaja keluar dari pekarangan Istana Negara dan digiring oleh beberapa orang anggota polis trafik.

Katanya, “Huk aloh dia ni… nk kalah kt semua negeri kot…naik DAP esok mula2 skali bom jer dia ni ya… kalau naik PAS potong kaki tangan pastu hukum bunuh jer..mmg hukuman kt dunia lag itulah yang selayaknya.”

Kenyataannya itu mendapat kecaman daripada warga Netizen yang menyifatkan wanita itu tersangat biadap dan sengaja mengundang natijah tindakan undang-undang ke atasnya. Malah ada yang beranggapan, wanita tersebut sedang mencabar undang-undang terutama yang berkaitan dengan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.... TERUSKAN BACAAN DI SINI


MENGEJUTKAN DAN MEMALUKAN!!! BOCOR MAKLUMAT SPRM DI FACEBOOK, ISTERI KEDUA PEGAWAI KANAN SPRM TERDEDAH DAN DIDEDAHKAN!!!



Semuanya angkara gatal tangan dan gatal mulut...

Kerana mulut santan binasa...

Keterujaan akhirnya memudaratkan....

Itulah yang boleh dikatakan kepada seorang wanita yang terpaksa berdalih mengatakan akaun Facebooknya sekian lama telah digodam dan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu selepas pelbagai pendedahan dibuat oleh Netizen.

Pendedahan MENGEJUTKAN tentang wanita tersebut, ada DI SINI. Anda boleh baca sendiri dan nilaikanlah.





Wednesday, January 27, 2016

RAFIZI RAMLI CUBA HASUT PENDEPOSIT KELUARKAN SIMPANAN DARI TABUNG HAJI DENGAN GAMBARAN TABUNG HAJI SUDAH MUFLIS!!!


Selepas mahkamah mengecopmohorkan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan yang juga merupakan Setiausaha Agung PKR sebagai seorang pembohong dan pembuat fitnah, lantas menjatuhkan hukuman denda kepadanya, Rafizi Ramli segera mengumpulkan dan melancarkan satu lagi fitnah baru.

Cuma kali ini sasarannya agak lebih rendah iaitu memastikan Tabung Haji ditutup dan operasi Tabung Haji untuk memudahkan jemaah-jemaah Haji Malaysia menunaikan ibadah tersebut menerusi skim simpanan yang disubsidikan oleh kerajaan, terganggu kerana sabotaj.

Rafizi Ramli sekarang ini cuba menimbulkan kesangsian dan ketakutan di kalangan para pendeposit dengan menggambarkan seolah-olah Tabung Haji tidak lagi mempunyai wang dan para pendeposit akan kehilangan wang simpanan mereka di Tabung Haji.

Menerusi Facebook peribadinya, Rafizi Ramli dilaporkan sebagai berkata, "Maka sahlah, rizab Tabung Haji tidak cukup untuk membayar kembali simpanan pendeposit kerana kerugian terkumpul."

Motif ayat tersebut amat mudah, iaitu menimbulkan kepanikan dan para pendeposit Tabung Haji berpusu-pusu untuk mengeluarkan simpanan masing-masing, sekaligus menghakis kepercayaan kepada Tabung Haji untuk menguruskan dana jemaah Haji. Walaupun tidak secara berterus-terang, tetapi maksud daripada ayatnya itu ialah, para pendeposit perlu mengeluarkan 100% simpanan mereka dari Tabung Haji sebelum wang tersebut hilang, sekaligus menyukarkan jemaah Haji yang mencarum di Tabung Haji untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Rafizi Ramli mungkin tahu dan ada jalan untuk mendapatkan visa Haji yang sukar diperolehi kecuali menerusi Tabung Haji. Bagaimanapun, Rafizi Ramli yang mengaku pernah bekerja sebagai seorang akauntan, langsung tidak dapat membezakan antara simpanan dan aliran tunai. Dia juga dengan sengaja dan berniat jahat menyembunyikan 'pengiraan nilai aset' menerusi fair value of portfolio of assets Tabung Haji di mana tidak semuanya akan ditaksir semula atau dimasukkan ke dalam akaun. Dan sudah tentulah, manusia keji seperti Rafizi Ramli tidak mempunyai sebarang sifat husnuzun dan tabayyun kerana dia telah terbukti sebagai seorang penfitnah!


Apatah lagi, Tabung Haji sendiri telah memberikan jaminan tentang keselamatan deposit para penyimpannya. Mereka tidak sahaja disokong oleh aset-aset Tabung Haji tetapi juga mendapat jaminan kerajaan, sekaligus tidak sepatutnya menggusarkan para bakal jemaah haji tentang keselamatan wang simpanan mereka.

Berbekalkan cop mohor sebagai penfitnah yang telah disahkan oleh mahkamah kepadanya, adakah Rafizi Ramli yang perlu dan layak dipercayai berbanding Tabung Haji yang tidak pernah gagal menghantar atau memenuhkan kuota jemaah haji yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi semenjak ia ditubuhkan?

JANGAN KERANA RM2.6 BILION, PROSES UNDANG-UNDANG NEGAR A DIPERSOALKAN, KATA ZAHID HAMIDI!!!



Siasatan yang membawa kepada penemuan Peguam Negara berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion dilakukan secara teliti dan menyeluruh, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata setiap bukti dan perkara berkaitan, disiasat dengan mendalam.

“Tiada siapapun harus mempersoalkan proses undang-undang kita atau kecekapan dan kebebasan institusi di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Seperti telah dijelaskan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang media semalam , kata Ahmad Zahid tiada syarat dikenakan dengan derma yang telah dibuat kepada Najib secara peribadi, iaitu ia dibuat daripada kepercayaan kepada beliau dan kepimpinannya berhubung isu-isu utama.

“Saya mengetahui perkara ini selepas bertemu sendiri dengan penderma yang dimaksudkan. Perdana menteri memilih sendiri untuk menggunakan sumbangan (itu) untuk kepentingan parti dan keperluan masyarakat di seluruh Malaysia,” katanya.

Sambil berkata isu itu terlalu banyak menghabiskan masa, Ahmad Zahid berharap ia tidak diungkit lagi.

“Kita mesti bersatu dan bergerak ke hadapan di bawah kepimpinan perdana menteri untuk Malaysia.

“Beliau adalah orang yang amat bersesuaian untuk membawa kita mengharungi kemelut ekonomi global semasa dan ancaman keselamatan yang dihadapi kini,” katanya.

Ahmad Zahid seterusnya berkata ahli politik sentiasa bersedia untuk diserang oleh musuh-musuh yang ingin merosakkan reputasi dengan tuduhan palsu untuk menidakkan mereka.

“Bagaimanapun, adalah salah untuk merosakkan reputasi kerajaan dan negara untuk kepentingan politik peribadi. Kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan peribadi,” tegasnya. - POST METRO


 
Blogger Templates