Seperti yang diduga, pengekalan Akta Hasutan 1948 membuatkan para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang sudah mempunyai pelbagai rancangan buruk ke atas negara ini dalam usaha mereka untuk memenangi PRU-14, melolong dan meraung seperti dirasuk polong.
Pengekalan akta tersebut bermaksud, mereka tidak bebas seperti yang dirancang. Malah, bantuan-bantuan dari mahkamah yang mereka terima selama ini pun, tidak akan berleluasa lagi kerana kekangan Akta Hasutan. Mustahil golongan terbabit mahu mengambil risiko kehilangan jawatan dan kedudukan dengan memilih untuk menentang Akta Hasutan menerusi keputusan-keputusan 'luar biasa' sepertimana yang berlaku dalam beberapa kes melibatkan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.
Azmin Ali menuduh Najib sebagai mungkir janji kerana mengekalkan Akta Hasutan 1948. Katanya lagi, sewaktu janji pemansuhan Akta Hasutan 1948, Najib sekadar melakukannya untuk meraih sokongan pada PRU-13 lalu.
Dan sememangnya pun, keputusan memansuhkan Akta Dalam Negeri dan Akta Hasutan tidak membantu Najib untuk menang besar, sebaliknya Barisan Nasional kehilangan majoriti dua pertiga. Lebih buruk lagi ialah, semakin subur pula budaya anarki dan subversif di dalam negara kesan daripada pentadbiran yang terlalu terbuka dan lembut.
Tiada apa-apa yang perlu dimalukan dengan pemungkiran janji Najib Abdul Razak. Sebaliknya, majoriti rakyat Malaysia yang mencintai negara ini, yang mahu hidup aman damai, yang mahu bekerja tanpa sebarang masalah, yang enggan hidup dalam huru-hara dan yang mahu penanda aras tertentu diletakkan pada kebebasan bersuara, mengalu-alukan keputusan Najib mengekalkan Akta Hasutan dengan penambahbaikan, malah lebih mengalu-alukan tindakan mempertegaskan dan memperkuatkuasakan Akta Hasutan terutama bagi mereka yang selama ini cukup megah dengan perkataan 'KAMI MENGHASUT'.
Sepatutnya Azmin Ali malu dengan KETUM. KETUM yang telah berusaha pelbagai cara untuk menjadi Perdana Menteri termasuklah dengan menawarkan RM100 juta kepada Anifah Aman serta 10 orang Ahli Parlimen dari Sabah yang lain, bersama-sama dengan jawatan-jawatan besar dalam kabinet, turut berjanji akan bersara dari dunia politik seandainya Pakatan Rakyat gagal menjadi Kerajaan Malaysia pada 2013.
Malangnya, KETUM langsung tidak menunaikan janji, sebaliknya berbangga-bangga dengan undi popular 51% yang menurutnya telah memenangkan Pakatan Rakyat, walaupun dari segi peguasaan kerusi yang mewakili kawasan Parlimen, Pakatan Rakyat ketinggalan lebih 40 kerusi.
Kenapa Azmin Ali tak hentak-hentak kaki marahkan KETUM sebab mungkir janji sebaliknya mengatur bersama-sama KETUM untuk Langkah Kajang dan seterusnya menyingkirkan Khalid Ibrahim dalam usaha membantu KETUM menjarah wang rakyat Selangor?
Sibuk dengan janji Najib, buat-buat bodoh dengan janji Anwar.
Najib mungkir janji dan kesannya ialah, negara akan lebih aman, para pelabur lebih berkeyakinan untuk melabur di negara ini.
Anwar Ibrahim mungkir janji dan kesannya ialah, negara diburuk-burukkan di seberang laut, para pelabur semakin takut untuk melabur di negara ini, negara semakin huru-hara dan rakyat semakin bersyak wasangka antara satu sama lain.
Doktor didakwa rakam punggung wanita
1 hour ago
3 comments:
Min, kau jangan sibuk hal presiden umno, ketum tu jaga dulu. Jamban dak lawat ?
Min...pintu kandang kambing da tutup ka?
ketum mungkir janji biasa la....berapa banyak janji ketum ditunaikan. janji ketum semuanya hampeh...memporak porandakan negara. sesama rakyat berbalah.
itu asmin aiskrim tak nampak. bontot sampai berdarah pun tak ape. janji ada masyuuuukk.
Post a Comment