Guan Eng telah mengarahkan agar laporan polis dibuat ke atas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang kerana kononnya menfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam isu menukar nama Pesiaran Gurney kepada Pesiaran Chin Peng. Guan Eng cuba menafikan yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengiktiraf dan menyanjungi Chin Peng, walaupun pada masa yang sama, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy mahu mendesak kerajaan agar membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia dan disemadikan di bumi yang pernah ditentang, dimusuhi dan cuba dimusnahkan ketika zaman darurat dahulu.
Isu penukaran nama jalan utama di Pulau Pinang itu muncul ketika Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh menyahut cabaran Guan Eng untuk mendedahkan 5 lokasi atau premis yang digunakan untuk kegiatan jenayah dan tidak bermoral. Guan Eng telah mencabar Mohd Zaidi Mohd Said untuk melakukan pendedahan itu. Zaidi pula telah menyahut cabaran tersebut dan mencabar Guan Eng untuk meletakkan jawatan jikalau dia membuktikan kata-katanya.
Keadaan semakin kalut buat Guan Eng apabila Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang menyatakan persetujuannya untuk menambah lima lagi lokasi atau premis yang digunakan untuk kegiatan jenayah, pelacuran, perjudian haram dan pusat hiburan haram.
Sedangkan kuasa sebenarnya adalah Kerajaan Negeri dan PBT kerana ia membabitkan premis.
Pada ketika Guan Eng tidak dapat menjawab tentang isu pusat jenayah, perjudian, pelacuran dan hiburan haram itulah, muncul cerita tentang penukaran nama Pesiaran Gurney kepada Pesiaran Chin Peng. Sama seperti dalam isu yang dibangkitkan oleh Mohd Zaidi, Guan Eng menafikan. Guan Eng cuba menyalahkan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang yang telah bertanyakan isu penukaran nama berdasarkan pesanan menerusi sistem Whatsapp yang diterimanya.
Hanya kerana bertanyakan dan meminta penjelasan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Guan Eng mengarahkan pegawai-pegawai dan konco-konconya membuat laporan.
Apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Guan Eng? Cover-up dengan menyalahkan orang lain sepertimana yang diamalkannya selama ini atau cuba mengalihkan isu yang lebih besar dan memalukan iaitu Pulau Pinang sebagai pusat pelacuran utama di negara ini?
Dari tindak tanduknya, ramai yang mula mempersoalkan mengapa beria-ia sangat Guan Eng cuba melindungi sindiket jenayah dan maksiat di Pulau Pinang sehingga terpaksa mencipta isu lain, kemudian menyalahkan pihak lain dan bersungguh-sungguh pula mahu polis bertindak tentang apa yang disifatkan oleh Guan Eng sebagai fitnah yang membabitkan Chin Peng, individu yang DAP perjuangkan untuk disemadi di negara ini dan diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan?
1 comment:
In d first place...why let this pathetic chauvenist parasite to av his ground quite firmly on d ground...?
Post a Comment