Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 27, 2015

RESIT PENGURUSAN JENAZAH DIPERAKUI BENAR TETAPI DIKESALI OLEH SETIAUSAHA MASJID KERANA DISEBARKAN UMUM!!!



Semalam isu pengurusan jenazah mahal, menjadi trending di media-media sosial. Ramai yang terkejut dengan angka dan harga yang tersurat di dalam sekeping resit yang dipaparkan. Malahan nama masjid yang berada di Pulau Pinang itu juga telah disebut secara jelas.

Ramai juga yang menyatakan bahawa resit berkenaan merupakan satu fitnah untuk memburuk-burukkan masjid dan jawatankuasanya.

Namun ternyata, 'pengakuan' pihak jawatankuasa masjid itu membenarkan resit berkenaan.

Alasan yang diberikan adalah tambahan RM2000 adalah untuk bacaan al Quran selama tiga malam berturut-turut.

Amalan membaca al Quran di atas kubur, sebenarnya sudah lama ditinggalkan terutama selepas umat Islam di Malaysia semakin sedar bahawa amalan tersebut sebenarnya lebih kepada adat dan bertentangan sama sekali dengan syariat. Ia merupakan sebahagian daripada adat lama yang cuba diasimilasikan dengan amalan Islam sekalipun amalan sebegitu tidak mendatangkan kebaikan kepada waris mahupun si mati.


Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Jawatankuasa Masjid berkenaan perkara tersebut tetapi yang jelas, fardu kifayah yang membabitkan kematian, sebenarnya telah bertukar menjadi fardu duit-ringgit.

Mungkin keterlaluan tetapi alasan 'perubahan persekitaran' serta kos-kos semasa seringkali dijadikan sebagai upaya menghalalkan perbuatan yang bertentangan dengan syariat.

Barangkali Pulau Pinang tidak cukup ustaz untuk mengajarkan Jawatankuasa Masjid berkenaan atau menasihati keluarga waris si mati bahawa perbuatan mereka hanyalah sia-sia.

2 comments:

Anonymous said...

Realitinya Ustad kalu tegur..pasti tidak dijemput lagi untuk sesi ceramah atau apa apa peluang lain lagi... Hilang pendapatan... Atau Tidak ditegur sebab tau akibatnya saperti disebutkan.. Inilah Ragam Manusia..kita doakan moga diberi kekuatan Iman dan beramanah menjaga hal agama..In Syaa Allah.

Ted Manoff said...

Biar mati anak jangan mati adat...sebabnya ialah kalau adat mati maka tiada gantinya...anak mati itu perkara baik..investment di akhirat. .dah tu anak senang buat...kopi kuat dan ubat kuat dalam HARAKAH banyak...

 
Blogger Templates