Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 4, 2015

DBKL KENA JAWAB, BENARKAH RUMAH BERSEJARAH DI CELAH BANGUNAN DI CHOW KIT BAKAL DIROBOHKAN?



Chow Kit nama baru... nama lamanya adalah Kampung Manggis. Asalnya adalah perkampungan Melayu tetapi 'kemajuan' telah MENCINAKAN dan MENGINDIAKAN kampung-kampung Melayu di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

Di sebalik bangunan-bangunan moden, terselit sebuah rumah kayu beralamat No.41, Jalan Chow Kit yang sehingga ke hari ini masih utuh. Ramai yang tidak tahu milik siapakah rumah berkenaan dan bilakah ianya dibina.

Mengikut maklumat, rumah tersebut dibina pada tahun 1926 oleh Sultan Mengatas, waris Sutan Puasa. Sutan Puasa adalah sahabat karib dan rakan kongsi perniagaan Kapitan Cina Kuala Lumpur yang ketiga, Yap Ah Loy. Walaupun namanya tidak banyak ditulis dalam catatan sejarah, Sutan Puasa sebenarnya antara individu yang membawa kemajuan Kuala Lumpur pada abad ke-19.

Sebelum aktiviti perlombongan bijih timah dijalankan di Kuala Lumpur, orang Mandailing membina penempatan di sekitar Sungai Gombak dan Sungai Klang, selain menjalankan aktiviti pertanian dan perdagangan di kawasan itu.

Kawasan Chow Kit ketika itu hanya memiliki rumah kedai berbumbung atap bertam serta berdinding buluh. Selain aktiviti pertanian, masyarakat Mandailing rata-rata menjual kain atau makanan.

Komuniti Mandailing juga lebih suka hidup menetap di sesebuah kawasan dengan meraih upah serta pendapatan tetap hasil aktiviti pertanian, perlombongan bijih timah atau mengutip hasil hutan.

Diceritakan, pada akhir hayatnya, Sutan Puasa menetap di Kampung Rawa (kini Jalan Melayu) sebelum berpindah ke sebuah perkampungan Mandailing di Jalan Chow Kit.

Sutan Puasa meninggal dunia pada 1905 dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jalan Ampang.

Ada khabar-khabar angin menyatakan usia rumah itu tidak lagi bertahan lama, apabila pihak berkuasa Kuala Lumpur memutuskan untuk melupuskan dan merobohkan rumah berkenaan memandangkan tapaknya amat bernilai tinggi dan para pegawai serta pembuat dasarnya beranggapan, rumah berkenaan tidak sesuai wujud di kawasan tersebut.

Kuala Lumpur hampir tiada kesan-kesan sejarah Melayu. Bukit Nanas yang merupakan kubu pertahanan Melayu dalam banyak perang pada awal penubuhan Kuala Lumpur sekadar menjadi hutan simpan yang tidak kekal. Pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak dengan Masjid Jamek yang menjadi asas kepada penubuhan Kuala Lumpur oleh Raja Abdullah yang mahu membuka lombong di Batu 4, Jalan Ampang dan Hulu Kelang, sekadar kuala yang likat lumpur dan berbau hancing. Jalan Ampang yang menjadi jalan rasmi pertama yang dibina atas arahan Raja Abdullah dan dikerjakan oleh lebih 200 orang buruh upahan Cina dari Linggi dan Lukut, hampir tidak ada sejarahnya. Bukit Bintang yang merupakan perkampungan Melayu, langsung tidak ada Melayunya. Bangsar yang menjadi kawasan tunggal Melayu yang diserahkan kepada penghulu Melayu iaitu Abdullah Hukum, telah bertukar menjadi kawasan bukan Melayu.

DBKL seharusnya menghargai sejarah Kuala Lumpur. Bukannya bermegah-megah dengan kubur dan rumah Loke Yew, bukannya bermegah-megah dengan tapak rumah Yap Ah Loy, Kapitan ketiga Cina yang kini tertegak ibu pejabat City Bank dan sebagainya.

Rumah warisan itu sepatutnya dipulihara dan dipelihara, bukannya dimusnahkan. Biarkan ia di tapak asalnya. Apa yang sakit hati sangat dengan rumah tersebut? Tidak cukup lagikah sejarah-sejarah bangsa Melayu dihapuskan sehinggakan yang secebis itu pun nak dimusnahkan sama?

DBKL seharusnya segera menjawab kebimbangan ini, bukannya berlagak seperti mereka tuan besar. Jangan sampai nanti, anak cucu Melayu Kuala Lumpur mencari kubur-kubur para pegawai DBKL untuk dikencing berak kerana bersubahat menghapuskan sejarah Melayu di Kuala Lumpur!

Jadilah pengalaman lepas sebagai pengajaran. Jadikanlah pengajaran bahawa lebih ramai yang percaya Yap Ah Loy yang mengambilalih jawatan Kapitan Cina di Kuala Lumpur dari Ah Tze sebagai pembuka Kuala Lumpur walaupun sebenarnya pembuka Kuala Lumpur adalah Raja Abdullah dan dimajukan pula oleh Tengku Kudin, menantu Sultan Abdul Samad, bukannya Yap Ah Loy!


3 comments:

Anonymous said...

Cuba cakap melayu mana yang nak diharapkan didbkl tu? datok bandarkah?atau tengku Adnan tengku mansorkah?apa pendapat anda tentang manusia dua e... ni

Anonymous said...

Sepatutnya DBKL merobohkan 2 kedai keliling rumah itu, dan membina pagar..

jadikan ia TUGU Melayu.

Kalau Azmin boleh meroboh dibawah kuasa DAP, & membayar pampasan berdasarkan harga nilai 20 ribu shj, ketika membeli rumah itu.
mengapa tak boleh DBKL menilai hartanah keliling itu pada harga tahun 1920-an.

Rumah melayu senang2 diroboh Azmin dgn pampasan murah kerana kira harga 20 tahun dulu. Walau harga sekarang berjuta, dia tetap degil baghal nak bayar murah dgn kuasa negeri..

Anonymous said...

Kuala Lumpur sudah ada sebelum raja Abdullah datang.http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/10/kuala-lumpur-siapa-punya-sejarah.html?m=1

 
Blogger Templates