DIARI SEORANG POLIS UNTUK KELUARGANYA
Maafkan jika setiap 2 minggu kita tak dapat tidur sama kerana bertugas malam. Kadang2
kita keluar makan angin pun masa bukan musim cuti sekolah..
UNTUK ANAK-ANAKKU
budak2 lain bangun, ayah dah kejutkan anak ayah untuk ke rumah pengasuh sebab syif pagi ayah bermula seawal 7pg , kesian kan... Bukan seperti pekerja ofis pukul 8 pg
UNTUK IBU BAPAKU
Maafkan anak mu ini kerana tatkala anak2 mu yang lain berkumpul pada hari Sabtu Ahad, anak mu seorang ini tidak dpt bersama kerana tugas kami yang tak tentu cuti. Pada hari raya pula kami berkerja, selepas habis suasana raya barulah muka kami kelihatan.... Mencium tanganmu bukan di pagi raya pertama......
UNTUK SAUDARA MARAKU...
Maafkanku kerana tidak dapat hadir jika ada kenduri kendara saudara mara kerana tugas kami tak seperti orang lain, masa orang cuti kami berkerja, masa orang lain berkerja kami cuti, mana ada orang yang nak buat kenduri masa hari berkerja awam..
.....
Mereka yang memilih kerjaya sebagai polis atas kemahuan mereka sendiri adalah berserah kepada undang-undang yang berbentuk paksaan. Dengan rela hati mereka mengetepikan hak untuk tinggal di mana mereka mahu, untuk berkata apa yg mereka fikirkan dan berpakaian sesuka hati mereka.
Dari saat mereka menjadi seorang anggota polis ia hanya memerlukan satu arahan untuk memindahkan mereka ke tempat lain, untuk memisahkan mereka dengan keluarga mereka dan untuk mengubah kehidupan normal mereka.
Apabila diberi sahaja arahan, mereka akan bangkit, berlari, berbaris, dan menempuh situasi buruk walaupun tanpa tidur atau makan. Terasing di tempat yang jauh dan bekerja sehingga tidak terdaya.
Mereka tidak lagi jadi penentu kepada nasib mereka sendiri. Jika mereka gugur semasa bertugas dan jika jenazah mereka disemadikan tanpa kalungan bunga dan iringan doa, itulah sebahagian daripada mereka.
SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE-208 TAHUN!!!
No comments:
Post a Comment