Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 30, 2015

NGA KOR MING SEDANG GIAT MELAKUKAN HASUTAN, MAHU MELAYU TERUS BERPECAH DAN POLIS TAKUT DENGAN ANCAMAN PEGUAM!!!



Nga Kor Ming patut disenyapkan!

Dari sehari ke sehari, dia merupakan antara pemimpin DAP yang paling banyak tweet, paling bising, dan paling kuat menghasut. Tidak cukup dengan itu, dia juga yang paling kuat melakukan fitnah selain berusaha menghalang pihak polis melakukan tugas-tugas mengamankan negara ini dengan ancaman saman dan sebagainya.

Semalam sahaja, dalam usahanya untuk mewujudkan kekacauan besar dalam negara ini, Nga Kor Ming telah menggunakan sekeping gambar lama dan membuat fitnah ke atas Rosmah Mansor. Modus Operandi DAP yang cuba mewujudkan sentimen kebencian mendalam ke atas Rosmah Mansor dan mendakwanya sebagai orang yang paling berkuasa di negara ini menerusi campurtangan dalam pentadbiran, berjaya menarik perhatian para pembenci dan mereka yang gagal menggunakan otak.

Nga Kor Ming mendakwa, Rosmah sengaja melibatkan dirinya dalam mesyuarat menteri-menteri kabinet. Gambar yang dipaparkan menunjukkan memang benar Rosmah ada di kalangan menteri-menteri kabinet selain Perdana Menteri.

Namun sesuatu yang tidak dapat diterima akal ialah apabila orang yang begitu pandai menghasut, CUKUP BANGANG dan tidak dapat membezakan antara bilik mesyuarat dengan bilik hotel!

Di dalam gambar berkenaan, amat jelas kejadian berkenaan berlaku dalam sebuah bilik sebuah hotel. Meja yang digunakan pula adalah meja makan. Menurut sumber, ia adalah lawatan Perdana Menteri di sebuah negara asing. Sudah menjadi kelaziman untuk Perdana Menteri dan isteri, menjemput menteri-menteri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang bersama-sama delegasi rombonganya untuk makan sekali.

Apakah meja makan di RUMAH PUTIH NGA KOR MING di Ipoh, meja makannya hanyalah sebuah meja makan plywood zaman tahun 1970-an? Kalau di rumah besar Nga Kor Ming sendiri harga meja makannya sahaja sudah mencecah ribuan ringgit, masakan bilik hotel yang digunakan oleh Perdana Menteri hanya berstatus standard dengan dua katil bujang atau sebuah katil bersaiz queen?


Nga Kor Ming turut menggunakan gambar Rafizi Ramli yang bergari dengan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo yang tidak bergari untuk menimbulkan kebencian dan persepsi negatif rakyat kepada perundangan negara. Kononnya ia adalah satu penindasan, kezaliman dan pilih kasih.

Bangang apakah orang yang sibuk bercakap tentang perundangan negara tetapi SECARA SENGAJA DAN BERNIAT JAHAT dengan mewujudkan persepsi sebegitu? Tidak dapatkah dia membezakan antara TAHANAN REMAN dan BUKAN TAHANAN REMAN?

Dalam kes berkenaan, Khir Toyo hanya dipanggil memberikan keterangan tetapi tidak direman. Manakala Rafizi Ramli pula dipanggil memberikan keterangan dan kemudiannya direman. Mana-mana orang yang direman, akan digari!

Bodoh jenis apakah Nga Kor Ming ini? Apakah sama seperti dia menuduh orang lain melakukan rasuah dan penyelewengan sedangkan dia yang hanya dua penggal menjadi Ahli Parlimen, mampu membina rumah besar yang dikenali sebagai RUMAH PUTIH IPOH dan mempunyai barisan kenderaan mewah, tidak mampu langsung menjelaskan sumber pendapatan dan kekayaannya yang menonjol secara tiba-tiba?



Sekeping gambar lama dengan dua kenyataan berbeza membabitkan pertemuan dan ziarah tidak rasmi antara Jamil Khir Baharom dengan Nasharudin Mat Isa dan Haron Din Al-Hafiz telah digunakan oleh Nga Kor Ming untuk membangkitkan kebencian kepada golongan pemimpin Melayu yang mahu mengekalkan ukhwah dan persaudaraan Islam. Nga Kor Ming dengan NIAT JAHAT DAN SECARA SENGAJA cuba menggambarkan bahawa HARON DIN AL-HAFIZ adalah seorang PENGKHIANAT yang perlu dinyahkan dan tidak wajar dipatuhi oleh ahli-ahli PAS walaupun dia adalah MURSYIDUL AM PAS yang merupakan jawatan tertinggi dalam parti berkenaan.

Nga Kor Ming memberikan isyarat bahawa sikap berbaik-baik antara para pemimpin UMNO-PAS merupakan sesuatu yang bersifat subversif. Para pemimpin UMNO-PAS tidak boleh berbaik-baik. Mereka mesti kekal bergaduh dan bergasak. Lagi teruk Melayu berpecah, itu adalah SANGAT BAIK bagi pandangan Nga Kor Ming.



Niat jahat Nga Kor Ming begitu ketara apabila dia cuba menakut-nakutkan Ketua Polis Negara dan PDRM secara keseluruhannya kerana menjalankan tugas mereka, dengan mengugut saman berjumlah jutaan ringgit akan dibuat kerana Ketua Polis Negara telah mengarahkan PDRM menguatkuasakan undang-undang dengan menangkap para pemimpin Pakatan Rakyat yang sengaja melakukan hasutan serta cuba mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat dengan tindakan-tindakan agresif dan provokatif mereka.

Nga Kor Ming cuba menggambarkan bahawa para pemimpin Pakatan Rakyat dan pencetus provokasi adalah mereka yang tidak bersalah. Mereka berada di atas undang-undang. Mereka kebal daripada sebarang tindakan penguatkuasaan undang-undang.

Ketua Polis Negara dan PDRM secara keseluruhannya tidak boleh menyentuh mereka kerana mereka mempunyai barisan peguam-peguam yang akan menyaman Ketua Polis Negara, PDRM dan Kerajaan Malaysia sampai bankrap kerana dengan telah menangkap mereka ketika mereka cuba menghuru-harakan negara ini.

Nga Kor Ming juga cuba menjadikan orang Melayu sebagai pihak yang paling ke hadapan melawan dan menyerang pihak polis dengan memberikan pujian kepada seorang gadis Melayu bertudung yang sedang memaki hamun anggota polis yang sedang menjalankan tugas mengawal keamanan. Niat jahatnya terpampang jelas bilamana dia cukup giat menaikkan sentimen di kalangan orang Melayu untuk berbuat demikian dalam tulisan Bahasa Melayu manakala tulisan dalam Bahasa Cina pula, langsung tidak kelihatan cubaannya mengarahkan orang Cina menyerang pihak polis sebagaimana yang dibuatnya ke atas orang Melayu!

Seharusnya, Nga Kor Ming ini perlu dilayan secara penjenayah. Dia semakin lama semakin galak mencabar pihak berkuasa khususnya PDRM. Tweet serta posting-postingnya di Facebook, semakin lama semakin menyamai kempen subversif yang dilakukan oleh Pengganas Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu!!!



4 comments:

Anonymous said...

Kkaum cina da gelabah...dap gali kubur kaum cina di mesia..pastikan calon pas yg sokong dap...pkr..spt pasma...syiah..plural anwarinas...dikalahkan dlm pemilihan bahgian pas skg ini spt mat sabu..kamaruddin japa..mujahit..hussam musa..hanipa meedin dan kalit samat....pastikan nasib mereka mcm bahlolrozi tewas tggl spender di kuala kedah....menuju perpaduan umno dan pas...buy malay first

Anonymous said...

Apa ? Nak biar barua ni maharajalela....

Cepat pihak berkuasa buat sesuatu supaya

keamanan terjamin.

Anonymous said...

Cina kalau melayu bersatu trus jadi babi.

Anonymous said...

Singapore kubur pribumi asal,Malaysia lenyap bukan pribumi. amin..

 
Blogger Templates