Setiap kali Pakatan Rakyat khususnya PKR dan DAP menganjurkan program, mereka pasti akan cuba menggambarkan bahawa anak-anak muda Malaysia sangat kuat menyokong Pakatan Rakyat. Anak-anak muda Malaysia juga sangat terangsang dengan gaya berpolitik jalanan dan berdemonstrasi yang lebih terarah ke arah gerakan anarki dan kacau-bilau.
PKR cuba efisien menggambarkan anak muda sebagai golongan bermasalah, pembuat kacau dan pencetus revolusi yang mahu menggulingkan segala sistem yang telah diamalkan di negara ini semata-mata untuk menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik.
Manakala DAP pula cuba menggambarkan dan menjadikan anak-anak muda, khususnya Melayu sebagai golongan pencinta Liberalisme, menolak agama sebagai elemen kehidupan sebaliknya agama Islam sebagai candu yang memundurkan Melayu-Bumiputera, kebebasan sosialisme yang berselindung di sebalik nama demokrasi seperti yang berlaku dalam SEKOLAH DEMOKRASI anjuran DAP yang jelas adalah untuk melatih anak-anak muda Melayu sebagai panglima-panglima untuk membela dan mempertahankan Dinasti Lim.
Itu gambaran skeptik yang seringkali dibuat terhadap anak-anak muda Malaysia.
Namun tahukah anda, terdapat sebuah entiti yang telah berjaya menghimpunkan anak-anak muda daripada pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai latar budaya, agama dan sosio di bawah satu payung, malah telah melatih mereka untuk melakukan kerja-kerja buat masyarakat tanpa perlu publisiti dan retorik politik.
1Malaysia For Youth atau lebih dikenali sebagai 1M4U begitu aktif beraktiviti tanpa membabitkan elemen politik, retorik dan drama tidak berkesudahan. Hampir setiap minggu, 1M4U menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang pada masa yang sama, jauh lebih memberikan manfaat kepada golongan muda berbanding badan-badan politik yang lebih mementingkan kedudukan dan jawatan serta strategi perolehan pihak-pihak tertentu.
Sesi pengagihan makanan dan pemberian pakaian dilakukan oleh para sukarelawan Kindness Malaysia dan sukarelawan dari UKM. Makanan yang diagihkan itu dimasak sendiri oleh para sukarelawan pada sebelah petang semalam manakala pakaian-pakaian yang diagihkan pula adalah daripada pakaian terpakai lebihan sumbangan kepada mangsa banjir yang lalu.
Aktiviti-aktiviti sebegini kerap diadakan oleh 1M4U tetapi oleh kerana mereka bukanlah Pakatan Rakyat dan tidak terlibat dengan politik, berbanding NGO-NGO yang didalangi oleh DAP, kuranglah publisiti dan promosi untuk mereka. Malah apabila Pakatan turun membantu orang gelandangan kononnya, kumpulan yang jauh lebih aktif dan lebih berkesan memberi bantuan, langsung tidak disebut dan Pakatan berjaya mewujudkan persepsi kononnya, merekalah yang jadi perintis dan bersungguh-sungguh membantu gelandangan.
No comments:
Post a Comment