Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, May 25, 2015

ALASAN RESTORAN MAMAK YANG JUAL KACANG BENDI RM20 UNTUK EMPAT BATANG... KESILAPAN MANUSIA!!!



Cukup mudah alasan yang diberikan oleh pemilik restoran mamak yang resit jualannya menjadi viral di media sosial.

Paling tidak munasabah, sebatang bendi dijual RM5.00 dan empat batang bendi berharga RM20.00 seperti yang tertera dalam resit.

Hari ini Restoran Kayu Nasi Kandar yang terletak di Bukit Jambul telah diserbu oleh pihak berkuasa dua kali dalam tempoh 48 jam ekoran laporan yang dibuat oleh orang awam dan media sosial.


Serbuan jam 11:00 pagi itu dibuat selepas resit menunjukkan harga sepinggan nasi putih adalah RM3.30 dan RM20 untuk empat batang kacang bendi. Serbuan itu melibatkan lima orang anggota dan pegawai dari KPDNKK.

Ketua Timbalan Penguatkuasan KPDNKK Negeri, Ching Chung Chin memberitahu, jabatannya telah menyiasat restoran berkenaan ekoran aduan dan salinan resit yang menunjukkan harga kacang bendi yang dijual.

Menurutnya, resit itu telah dikeluarkan pada jam 3:02 petang pada 23 Mei. Restoran yang sama telah diserbu pada Sabtu lalu kerana menjual roti telur pada harga RM2.50 sekeping.


"Pemeriksaan pada senarai harga yang dipamerkan di dinding restoran tersebut menunjukkan kacang bendi itu dijual pada harga RM0.40 sebatang. Siasatan mendedahkan bahawa harga RM20.00 itu adalah kesilapan manusia sewaktu proses pengeluaran resit.

"Kami telah memberikan surat tunjuk sebab dalam tempoh tiga hari kepada operator outlet tersebut untuk menjelaskan insiden berkenaan siasatan masih terus dijalankan.



Sementara itu, Pengarah Urusan Kayu Nasi Kandar, Burhan Mohamed meminta maaf berhubung insiden berkenaan dan menyatakan ia adalah kerana kesilapan manusia.

"Cashier secara tidak sengaja telah menekan butang '0' sebanyak dua kali. Oleh kerana itu, berbanding harga RM2 untuk empat batang bendi, ia menjadi RM20."

Burhan turut meminta pelanggan-pelanggan yang sudah terlebih bayar untuk mengambil kembali wang mereka. (SUMBER)

Itu baru satu cerita.

Bagaimana pula dengan timun yang berharga RM5? Bagaimana pula dengan harga-harga lain yang mencanak mahalnya?

Adakah semuanya kerana kesilapan manusia atau terlebih tekan angka '0' sebagaimana alasan yang diberikan dalam kes RM20 untuk empat batang kacang bendi?


8 comments:

maae said...

Masuk restoran mamak mesti tanya bil secara terperinci. Mereka ini selalu nya penipu besar.

Jika tidak kisah membayar, walau harga tidak berpatutan, gerenti kena sembelih. Alasan dalah kira...biasa.

Pukurata memang harga di kedai mamak agak melampaui batas. Mee goreng mamak kosong RM 5.50 sepiring, apa cerita ?

Jumpa ketua persatuan mereka. Selaraskan harga, sepatut nya tidak berubah kerana tiada GST untuk makanan biasa.

Anonymous said...

Bila ada GST baru tahu kena tipu

Anonymous said...

Kalau ragu2, suruh kira sekali lagi. Lps tu periksa resit. Minta jelaskan mana2 item yg meragukan. Buat sampai mereka tergagap. Ini je cara mengajar si penipu. Ckp bnyk bagi je seketul kt dahi.

Anonymous said...

Kacang bendi RM20, kesilapan manusia. IMDB jawab di parlimen duit US1.03B disimpan di bank Singapore, kesilapan siapa? Lembu?

Anonymous said...

7.25
Yang lembu tu kamu la.
Orang komen tentang restoran mamak, kamu komen passl 1MDB itu apa hal?
Kan dah keluar tajuk.
Kalau penyokong PR tu memang la taraf otak lembu.

Anonymous said...

Dah tahu kedai mamak penipu masih ramai lagi yang suka ditipu macam tak kedai orang melayu dah

Anonymous said...

7.25 Memang lembu.

Anonymous said...

Semua lembu, aku sorang je yg tak

 
Blogger Templates