Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, June 26, 2015

1.5 JUTA WARGA BANG;LADESH AKAN DIBAWA MASUK..... WOW, LUMAYANNYA!!!



Mungkin memikirkan kerajaan mengalami kerugian besar angkara pemerdagangan manusia yang berakhir dengan nama Malaysia buruk di peringkat antarabangsa ekoran kematian beramai-ramai warga Myanmar dari suku Rohingya di sempadan Malaysia-Thailand, dalam usaha mereka untuk memasuki negara ini menggunakan sindiket haram yang didalangi oleh rakyat Thailand, Bangladesh dan Myanmar, Kementerian Dalam Negeri dilihat cuba memutihkan kedatangan pendatang tersebut ke negara ini dengan alasan 'PEKERJA ASING'.

Laporan menyatakan, Kementerian Dalam Negeri akan membawa masuk sekurang-kurangnya 1.5 juta orang warga Bangladesh ke negara ini dalam tempoh tiga tahun bagi MEMENUHI PERMINTAAN majikan daripada pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. (RUJUK SINI)

Tidak dinafikan, permintaan untuk mendapatkan buruh-buruh berharga murah dari negara asing, terutama Asia Selatan dan IndoChina dalam pelbagai sektor, amat tinggi. Namun kesan daripada kebanjiran warga asing di negara ini, rakyat tempatan pula dilihat terpinggir dan terpaksa bersaing gaji serta upah dengan pendatang asing.

Sektor perkilangan yang suatu ketika dahulu merupakan sumber pendapatan golongan rendah di negara ini, telah didominasi sepenuhnya oleh warga asing kerana upah yang mereka terima jauh lebih rendah berbanding warga tempatan.

Walaupun terdapat pelbagai undang-undang dan peraturan, tetapi dengan penguatkuasaan yang terlalu rendah dan lemah, semua peraturan serta undang-undang tersebut dipermain-mainkan dengan mudah.

Apatah lagi, jikalau kita meninjau sendiri kawasan-kawasan yang menempatkan pendatang asing, kita akan dapat melihat sebahagian besar daripada mereka, tidak bekerja mengikut sektor yang terdapat pada permit mereka. Sebaliknya seperti kaum lelaki warga Indonesia, mereka lebih banyak melepak, dan menganggur. Kelompok mereka mudah ditemui di merata-rata tempat di seluruh Malaysia. Dan mereka juga tidak kisah langsung sama ada mereka telah melanggar peraturan atau sebaliknya kerana mereka tahu, penguatkuasaan di negara ini amat lemah dan seringkali dilakukan secara bermusim.

Kalau ada pun operasi besar-besaran, ia akan disusuli dengan pemutihan dan penghalalan. Mereka akan dihantar pulang, tetapi tidak lama kemudian, mereka boleh masuk semula ke negara ini menerusi pelbagai jalan gelap dan lorong tikus.

Tragedi di Wang Klian dan Bukit Burma, sudah cukup sebagai bukti kelemahan penguatkuasaan. Dan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur serta bandar-bandar besar di seluruh Malaysia yang lain, mereka boleh ditemui dengan mudah.

Kebanjiran 1.5 juta warga asing khususnya Bangladesh di Malaysia, pastinya akan mengumpan masalah lain. Adakah Kerajaan Malaysia sudah bersedia sepenuhnya atau persediaan sekadar di atas kertas tetapi amalinya, sama seperti sekarang?

Namun yang lebih penting, adakah Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri sudah mengkaji permintaan ke atas tenaga-tenaga kerja tempatan sebelum membawa masuk lebih ramai pekerja asing ke negara ini?

Setakat ini, yang pastinya, penguatkuasaan Kerajaan Malaysia ke atas pekerja dan warga asing, terlalu lemah...


10 comments:

Anonymous said...

Namakan Malayabangla. Ia sangat sesuai. Sekarang pun mereka anggap negara ini macam negara nenek moyang mereka. Bebas buat apa saja. Tambahan pula mereka sangat arif dengan cara menyelesaikan masalah dengan agensi penguatkuasa. Syabas kepada pihak kerajaan.
Mengahwini perempuan tempatan adalah matlamat kebanyakan mereka agar kegiatan mereka lebih bebas. Dengan menggunakan nama isteri penduduk tempatan mereka akan melakukan segala perniagaan yang sepatutnya tidak dibenarkan oleh warga asing. Syabas sekali lagi kepada pihak kerajaan.

Anonymous said...

Setuju dengan admin , Kerajaan Malaysia gagal dalam pengurusan pekerja berpuluh tahun !

Anonymous said...

Wok PRU14 dah dekat, hati hati ada pengundi Mat bangla.

Anonymous said...

Perlu ada " Radius Control" utk. elak pkrja asing ini berkeliaran atau keluar dari sektor kerja yg telah diklasifikasikan.
Contoh: Hanya boleh berada dl. lingkungan 50km radius dari tempat mereka bekerja.
Majikan perlu sediakan asrama atau rumah kongsi dan majkan boleh didakwa jika didapati menyewa rumah kedai atau sbagainya.

Anonymous said...

Is he for real?

Anonymous said...

nasiblah pekerja tempatan mmg selalu di anaktirikan. Kalau org tempatan tak bekerja kesannya perniagaan org kita pun terjejas. Nak harap org asing beli, mrk dah ada kedai mrk sendiri.
Tak apalah mungkin budak2 kita boleh kerja sebagai peragut yg mana dulu tak ada tp sejak banyak pendatang asing dtg itulah kerja utama budak kita.

Anonymous said...

duit masuk poket beb....lagi ramai lagi penuh kantong...

Anonymous said...

KDN DAN KSM Perlu "review" cadangan atau "persetujuan" untuk mengambil/ menambah bilangan pekerja BANGLADESH secara berperingkat-peringkat. Mengapa para majikan berkenaan memerlukan bilangan pekerja Bangladeh begitu ramai? Apa sudah tidak adakah orang tempatan hingga memerlukan sebegitu ramai Bangla hendak direkrut. Apakah kerajaan Bangla tidak mampu menyediakian pekerjaan kepada rakyat mereka? Menteri Dlm Negeri dan Sumber Manusia, tolong gunakan otak sikit.

Anonymous said...

hidup melayu......hidup melayu.....teruskan hidup umno........pasti malaysia terus berjaya. HIDUP ROHINGYA...HIDUP BANGLA....HIDUP si INDON....

Anonymous said...

every muslim is brothered in islam, welcome.....

 
Blogger Templates