RAKYAT POST melaporkan, polis Thailand akan mengekstradisikan beberapa orang personaliti Malaysia untuk membantu siasatan ke atas warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo yang telah diberkas kerana aktiviti ugutan dan peras ugut.
Sekalipun belum menerima sebarang permohonan rasmi dari Thailand - sama ada menerusi saluran diplomatik atau pun menerusi PDRM - Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamid berkata, dia menjangkakan permohonan tersebut akan dibuat ekoran penangkapan Xavier Justo.
"Kami telah mendapat maklumat bahawa Thailand akan membuat permohonan ekstradisi ke atas beberapa orang personaliti yang terlibat dalam siasatan ke atas Justo di Bangkok," kata Ahmad Zahid.
Ahli Parlimen Bagan Datoh itu juga mendakwa, Justo telah mendedahkan beberapa nama personaliti Malaysia kepada pihak berkuasa Thailand.
"Beberapa orang personaliti ini telah meminta Justo untuk memanipulasi fakta berdasarkan maklumat yang telah dimuat turun menerusi sistem komunikasi syarikat berkenaan."
Bagaimanpun, Zahid berkata, sekiranya maklumat yang diperolehi oleh pihak berkuasa Thailand sangat lengkap, tiada keperluan untuk mengekstradisi beberapa personaliti yang dimaksudkan.
Ketika ditanya siapakah personaliti Malaysia yang dimaksudkan, Naib Presiden UMNO itu berkata, identiti mereka akan didedahkan sebaik-baik sahaja mereka diekstradisikan.
Dia turut enggan mengesahkan jumlah personaliti yang terlibat.
Justo ditangkap di Koh Sa Mui pada hari Isnin oleh polis Thailand yang bertindak atas waran yang dikeluarkan kerana aktiviti peras ugut dan ugutan.
Beberapa hari selepas penangkapan tersebut, turut diperolehi adalah dokumen-dokumen sulit yang telah dicuri dan dipinda yang sebelum itu telah dibocorkan kepada beberapa orang individu.
Dokumen-dokumen yang telah dipinda itu, menurut firma keselamatan siber yang berpangkalan di United Kingdom, PGI, telah digunakan oleh Sarawak Report dalam posting-posting mereka yang menfitnah bekas Ketua Menteri Sarawak, 1MDB dan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.
2 comments:
Siapakah yg mempunyai agenda paling besar yg mahu di capai melalui memfitnah PM dan 1MDB?.Pak Mantan & geng ,TP atau Fizi,ini adalah orang yg bersungguh-sungguh dalam isu ini..TP dan Fizi menmpunyai agenda utk menjatuhkan kerajaan yg ada ,dgn memfitnah 1MDB dan Najib tak cukup utk mencapai objektif tersebut,kerana Parti yg sama akan terus berkuasa kalau PM Najib jatuh,tambahan pula isu 1MDB tidak cukup kuat mempengaruhi pengundi Melayu kampung yg selama ini memenangkan BN.Tapi memfitnah PM dan 1MDB adalah point yg cukup kuat utk menjatuhakan PM Najib dan menggantikannya dgn tokoh lain dari parti yg sama.Siapa kah yg lebih bemenefaat dalam isu ini , kenalah dianlisa secara halus,kerana kita belum ada bukti utk menuduh sesiapa.
Dulu cina boikot Melayu jual limau CNY
Pernas di boikot pada tahun 70an dulu. Sanggup sampai tak berlimau dan ribuan tan dibiar busuk. Tak boleh langsung Melayu masuk biznes cina.
Sekarang Melayu kena boikot cina cuba tipu Melayu jual kueh dari China YANG DIKHUATIRI GUNA LEMAK BABI ....
Memang kesian pada sesetengah Melayu yang dapat masuk program Giant tapi Melayu ini hanya diperguna.
Malah Giant cuba tipu kata Giant kepunyaan Syed Mokhtar. Kalau betul, terima kasih tapi bohong ...
BOIKOT KUEH RAYA JUALAN GIANT DAN ECONSAVE! JANGAN MASUK BIZNES BARANGAN KELUARAN MELAYU!!!
SOKONG PENGELUARAN MELAYU!!! THEUNSPINNERS.BLOGSPOT
Post a Comment