Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, June 19, 2015

PERAMPAS KAPAL TANGKI MT ORKIM HARMONY DIPERCAYAI WARGA INDONESIA!!!



Dianggarkan tujuh hingga 12 orang lanun yang memiliki senjata ringan disyaki berada dalam Kapal Tangki MT Orkim Harmony.

Berdasarkan pertuturan yang digunakan ketua kumpulan berkenaan, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar tidak menolak kemungkinan ia membabitkan warga negara Indonesia.

Katanya rundingan masih diteruskan dan semua anak kapal dilapor berada dalam keadaan selamat.

“Semua 22 krew yang berada di dalam kapal tersebut diyakini berada dalam keadaan selamat,” katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Sementara itu, sumber APMM memberitahu , Kapal Tangki MT Orkim Harmony yang telah ditemui itu berkemungkinan akan dibawa masuk ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

“Kami di sini telah bersiap sedia untuk menerima kapal berkenaan yang dijangka tiba pada bila-bila masa bergantung kepada seberapa cepat rundingan dengan perompak yang dibuat selesai,” katanya kepada FMT.

Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, disahkan ditemui berhampiran perairan Kemboja.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM ) yang menerajui operasi menyelamat kapal tangki itu selepas pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika di utara Pulau Redang pada jam 3.45 petang Rabu.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan. (SUMBER)


No comments:

 
Blogger Templates