Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, September 11, 2015

ADUN UMNO TAHAN SEPATUTNYA BERTERIMA KASIH KERANA PENDEDAHAN MUDAHKAN KERJANYA, BUKANNYA MELOMPAT DAN MELATAH!!!



Isu ini agak terpencil dan kurang diperkatakan kerana ada isu-isu besar lain yang lebih diminati oleh DAP dan PKR. Apatah lagi, kawasan yang diperkatakan itu hanya ditandingi oleh PAS dan UMNO, bukannya oleh PKR apatah lagi DAP yang tidak mempunyai asas dan infrastruktur di situ.

Bagaimanapun, kawasan tersebut pernah menjadi sebutan pencinta alam sekitar dunia dengan hutan hujannya dicatatkan sebagai hutan hujan tertua di dunia. Dua batang sungainya iaitu Sungai Tahan dan Sungai Tembeling pula pernah menjadi kawasan rekreasi sampingan bagi pelancong-pelancong yang datang berkunjung ke Taman Negara Pahang.

Namun, keadaan tersebut sudah hancur sama sekali. Kecuali kawasan Taman Negara yang digazetkan, kawasan pinggirnya pula mengalami kemusnahan luar biasa kerana kerakusan pembalakan, kawasan yang tidak digazetkan, berhadapan dengan penggondolan.


Pembalakan menyebabkan industri pelancongan bagi kawasan Hulu Tembeling mengalami penyusutan teruk. Tahun lepas,banjir besar yang antara lain pembalakan rakus sebagai salah satu puncanya, telah menyebabkan reputasi Taman Negara dan lokasi-lokasi penginapan di sekitarnya, termasuklah yang diusahakan oleh penduduk kampung, mengalami kerugian besar.

Tidak mustahil, beberapa aktiviti untuk pelancong ke Taman Negara Pahang, akan terhenti seperti menaiki bot selama 3 jam dari Kuala Tembeling ke Kuala Tahan, kerana dasar sungai sudah tohor. Begitu juga dengan aktiviti rafting, mahupun penangkapan ikan sungai oleh penduduk kampung sekitar Sungai Tembeling.

Kampung Pagi, Kampung Bantal, Kampung Mat Daling dan sebagainya yang terletak lebih jauh mudik ke hulu Sungai Tembeling, pastinya tidak sama seperti dahulu.

Semuanya kerana pembalakan rakus.


Namun yang paling terkesan, sudah tentulah bekalan air bersih apabila bekas wartawan TV3 yang sekarang ini bergiat aktif dalam persatuan pencinta alam Pahang (PEKA), Khaidir Ahmad mendedahkan tentang pencemaran teruk sungai-sungai yang membekalkan air mentah kepada loji-loji penapisan air sehingga loji-loji tersebut terpaksa ditutup kerana air yang sangat teruk tercemar dan keruh.

Namun di sebalik pendedahan tersebut, rupa-rupanya ada juga yang PANAS HATI.

Menariknya kalau di Hulu Kelantan, yang panas hati adalah Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham yang sehingga mahu menyaman sesiapa sahaja yang mendedahkan tentang pembalakan yang dilakukan oleh syarikat mereka, di DUN Tahan pula, ADUNnya dari UMNO-BN yang tidak berpuas hati dan mengeluarkan kata-kata sinis yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang ADUN kepada seorang pejuang alam sekitar.


Apatah lagi, kesan kemusnahan alam sekitar yang sangat teruk, boleh dilihat dengan jelas terutama sekali di Jeti Kuala Tahan di mana terletaknya pintu masuk ke Taman Negara Pahang dan Taman Negara Resort.

BERITA SELANJUTNYA DI BULETIN 247.


Bagaimana ADUN berkenaan hendak menafikan tentang kekeruhan melampau Sungai Tembeling? Bagaimana dia hendak menutup mulut orang kampung yang menzahirkan perasaan tidak puas hati kerana punca pendapatan mereka daripada pelancongan, merosot teruk?

Adakah sindiran kerasnya kepada bekas wartawan itu mampu menutup berita tersebut daripada terdedah dan diviralkan menerusi media sosial yang sekarang ini sudah mampu sampai walau ke ceruk kampung paling pedalaman?


2 comments:

Anonymous said...

Tengok muka adun ni macam pak kaduk,sebabtulah jahil dan miskin dengan idea untuk memajukan kawasannya..

Anonymous said...

Bodoh, tamak, tak payah tunggu bangsa lain musnah negara ini, org melayu mcm ni paling sial dipilih jadi wakil rakyat

 
Blogger Templates