Bagaimanapun, kawasan tersebut pernah menjadi sebutan pencinta alam sekitar dunia dengan hutan hujannya dicatatkan sebagai hutan hujan tertua di dunia. Dua batang sungainya iaitu Sungai Tahan dan Sungai Tembeling pula pernah menjadi kawasan rekreasi sampingan bagi pelancong-pelancong yang datang berkunjung ke Taman Negara Pahang.
Namun, keadaan tersebut sudah hancur sama sekali. Kecuali kawasan Taman Negara yang digazetkan, kawasan pinggirnya pula mengalami kemusnahan luar biasa kerana kerakusan pembalakan, kawasan yang tidak digazetkan, berhadapan dengan penggondolan.
Tidak mustahil, beberapa aktiviti untuk pelancong ke Taman Negara Pahang, akan terhenti seperti menaiki bot selama 3 jam dari Kuala Tembeling ke Kuala Tahan, kerana dasar sungai sudah tohor. Begitu juga dengan aktiviti rafting, mahupun penangkapan ikan sungai oleh penduduk kampung sekitar Sungai Tembeling.
Kampung Pagi, Kampung Bantal, Kampung Mat Daling dan sebagainya yang terletak lebih jauh mudik ke hulu Sungai Tembeling, pastinya tidak sama seperti dahulu.
Semuanya kerana pembalakan rakus.
Namun di sebalik pendedahan tersebut, rupa-rupanya ada juga yang PANAS HATI.
Menariknya kalau di Hulu Kelantan, yang panas hati adalah Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham yang sehingga mahu menyaman sesiapa sahaja yang mendedahkan tentang pembalakan yang dilakukan oleh syarikat mereka, di DUN Tahan pula, ADUNnya dari UMNO-BN yang tidak berpuas hati dan mengeluarkan kata-kata sinis yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang ADUN kepada seorang pejuang alam sekitar.
BERITA SELANJUTNYA DI BULETIN 247.
Adakah sindiran kerasnya kepada bekas wartawan itu mampu menutup berita tersebut daripada terdedah dan diviralkan menerusi media sosial yang sekarang ini sudah mampu sampai walau ke ceruk kampung paling pedalaman?
2 comments:
Tengok muka adun ni macam pak kaduk,sebabtulah jahil dan miskin dengan idea untuk memajukan kawasannya..
Bodoh, tamak, tak payah tunggu bangsa lain musnah negara ini, org melayu mcm ni paling sial dipilih jadi wakil rakyat
Post a Comment