Tapi berdasarkan kepada pengakuan anak perempuannya yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah, Anwar Ibrahim sekarang ini sedang menghadapi sakit bahu yang sangat kronik. Kekronikan sakit bahunya itu memerlukan pembedahan dan pembedahan yang perlu dijalani oleh Anwar Ibrahim adalah di luar Malaysia.
Lebih tepat lagi di Amerika Syarikat.
Akal Anwar sentiasa ligat untuk dia keluar dari negara ini atau sekurang-kurangnya mendapatkan perhatian daripada bapa angkatnya, Zionis yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Masa dia dipenjarakan ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu, penyakit yang dihadapinya adalah penyakit tulang belakang. Dia juga dikatakan menghidap AIDS dan sengaja diracuni arsenik.
Ketua Polis Negara pada waktu itu, Tan Sri Abdul Rahim Nor pula dianggap mempunyai saka pada penumbuknya, kerana tumbukan daripada Rahim Nor telah menyebabkan Anwar terlentang, hampir sakaratul maut, hampir putus nyawa dan mengalami kecederaan tulang belakang yang sangat teruk.
Hasilnya ialah, selepas Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri, sebaliknya digantikan oleh Abdullah Badawi, Anwar dibenarkan menjalani rawatan di Jerman dan tidak sampai tiga jam selepas 'pembedahan' tulang belakangnya, Anwar sudah pun sihat seperti sedia kala
Barangkali kerana kehebatan pembedahan dan teknologi perubatan yang ada di negara Eropah dan Amerika Syarikat itulah yang membuatkan Anwar Ibrahim sangat resah dan sentiasa pula dijangkiti pelbagai penyakit.
Lebih menarik lagi ialah apabila Nurul Izzah mengadu, kononnya PAPA JAHATnya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya daripada pihak berkuasa di Malaysia. Malah PAPA JAHATnya juga telah dinafikan hak rawatan dan mendapatkan rawatan.
Kalau berdasarkan daripada acuman anak dan isteri Anwar Ibrahim, bolehlah dianggap Anwar Ibrahim sebagai seorang yang menghidap pelbagai jenis penyakit yang amat kronik.
Cumanya, semua penyakit kroniknya hanya boleh dirawat di luar negara terutama sekali di Amerika Syarikat dan Jerman serta negara Eropah!!!
Dah jadi BANDUAN JENAYAH LIWAT pun masih juga tidak sedar-sedar diri. Masih juga mahu mendapatkan keistimewaan seperti masyarakat awam yang tidak melakukan sebarang jenayah!
3 comments:
kalau sakit bahu ni kena injet kot jubo..
Bila nak mampus????
Jangan percaya ini keluarga penipu.
Post a Comment