Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, September 23, 2015

MUFTI PERAK UNDANG LABEL RASIS DARIPADA DAP DAN PAKATAN SELEPAS KATA SEKOLAH VERNAKULAR PERLU DIHAPUSKAN!!!



Pemansuhan sekolah vernakular dilihat mampu mengurangkan masalah perbalahan kaum yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini.

Pendapat tersebut disuarakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegaskan cadangan tersebut telah dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri Kabinet yang lain.

Begitu pun, katanya, disebabkan kaum lain minta supaya perkara itu ditangguhkan, maka sehingga kini sekolah-sekolah tersebut masih beroperasi.

“Yang jadi masalah, saya dah tegur daripada dulu, saya dah jumpa perdana menteri dan saya dah jumpa menteri semua. Saya kata, masa kemerdekaan dulu, perjanjiannya sekolah hanya satu iaitu sekolah kebangsaan.

“Sekolah Cina akan ditutup dalam masa enam bulan, sekolah India juga akan ditutup dalam masa enam bulan. Semua bersetuju pada masa itu. Tetapi oleh kerana Cina minta tangguh, kita pun kata ya, ya, ya sampai sekarang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Semula Surau dan Rumah Suluk, Kampung Temong Hilir, Chenderoh, semalam.

Harussani berkata, sekiranya hanya ada satu sekolah, masyarakat bukan Melayu di Malaysia akan menjadi seperti masyarakat di Indonesia dan Thailand yang bertutur menggunakan bahasa kebangsaan.

Mengambil contoh senario berlaku di Singapura, pembubaran sekolah Melayu dan Cina menyebabkan peradaban rakyat di sana lebih baik berbanding rakyat di negara ini.

“Di Singapura hanya ada satu sekolah iaitu sekolah Inggeris. Sekarang mereka sudah tiada beza, fikiran mereka juga sama, sebab itu ada hormat-menghormati.

“Cuma di sana, nampak Melayu diketepikan apabila mereka meminta kerja. Biasanya mereka memilih orang yang berkelulusan lebih tinggi dan lazimnya memang Cina yang lebih tinggi akademiknya.

“Peradaban dan akhlak di sana cukup terpelihara tapi kita di sini ada apa? Bila guru nak ajar sikit, ibu bapa marah. Ini semua salah kita kerana peraturan kita tidak betul,” katanya.

Dalam pada itu, Harussani juga mempersoalkan tindakan pemimpin kerajaan yang seakan-akan memberi muka kepada bangsa lain untuk memerintah.

“Saya tanya kepada Najib, kalau sudah Cina dan India tidak mahu kerjasama dengan kita, kenapa kita pujuk? Dia (Najib) kata kita takut kalah. Sekarang pun kita kalah dah.

“Kenapa mesti nak lantik menteri Cina? Tak perlu ada menteri Cina, biar Melayu memerintah, kita tunjuklah,” katanya. (SINAR HARIAN)


4 comments:

Anonymous said...

Mungkin sebab tu orang Siam Malaysia sehati sejiwa dengan orang Melayu. Sebab mereka sama-sama bersekolah kebangsaan.

Anonymous said...

Saya berharap UMNO n PAS bekerjasama utk PRU akan dtg dan dapat 2/3 kerusi utk menghapuskan sekolah vernakular. Keharmonian kaum perlu disemai ketika masih kanak2 Lagi. Amin.

Anonymous said...

Salah pemimpin melayu terdahulu..bagi muka sangat..anak cucu jadi mangsa

Anonymous said...

Ya hapuskan sjkc & sjkt. Rakyat majoriti sokong 110%. Takbir!!!

 
Blogger Templates