Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, October 26, 2015

1BESTARINET DAN YTL BUAT UNTUNG PERCUMA DENGAN PERJANJIAN BERAT SEBELAH.... SIAPA YANG MAHU JELASKAN?



Kadang-kadang sesuatu itu hanya terdedah dan didedahkan apabila ada pihak yang mencabarnya terlebih dahulu. Cabaran tersebut tidak perlu dibuat secara langsung, tetapi menyentuh isu-isu lain yang dikendalikannya sewaktu berkuasa dahulu.

Natijah ini datang secara tidak 'disengajakan'. Kekecewaan kerana kehilangan kuasa dan jawatan, jolokan daripada orang sekeliling, faktor-faktor lain, akhirnya menyebabkan individu yang suatu masa dahulu tidak dipalitkan dengan sebarang skandal besar, mula didedahkan oleh warga Netizen.

Masalah tentang BESTARI.NET telah lama diperkatakan. BESTARI.NET dan YTL seolah-olah didiamkan dalam sebuah kotak pandora yang disembunyikan jauh ke dalam perut bumi.

Baca apa yang ditulis oleh salah seorang pengguna Facebook di bawah:

1.Pemasangan menara 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS) yang berfungsi menerima dan menghantar isyarat tanpa wayar berkelajuan tinggi, di sekolah yang tidak mempunyai struktur LAN (Rangkaian Kawasan Tempatan) yang sesuai untuk isyarat tersebut. Hebat….

2.YTL sepatutnya perlu membayar RM1,200 sebulan bagi setiap tapak 1BRIS berdasarkan saranan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) kepada KPM. Tetapi YTL terus berdegil untuk tidak membayarnya kerana katanya kontrak dengan KPM membenarkan YTL memasang secara percuma.

3. Namun KPM pula tunduk dengan tuntutan YTL, apabila hanya meminta YTL bayar RM1,000 setahun bagi sewa setiap 1BRIS

Dijangka YTl bakal untung RM50 setahun berdasarkan perjanjian 1BestariNet KPM ini selama tempoih 15 tahun lamanya bersamaan RM750 juta keuntungan YTL kelak


4. Pemasangan menara 1BRIS meningkatkan kos elektrik sekolah daripada RM150 hingga RM180 sebulan. Betul guru-guru? Siapa yang bayar?

5. Yang menariknya, YTL tidak perlu membayar caj elektrik melalui tapak 1BRIS dan juga caj utiliti berkaitan 1BestariNet, sebaliknya kerajaan Malaysia yang perlu menanggungnya antara RM5.77 juta hingga RM6.92 juta setahun sehingga tamat tempoh kontrak

6. YTL juga untung melalui penggunaan komersil menara 1BRIS di kawasan sekolah yang mana melalui perkhidmatan komersial jalur lebar YES 4G boleh digunakan penduduk sekitarnya, sekaligus memungkinkan YTL meraih keuntungan tambahan. “Indah bukan” bunyi isi kontrak YTL dengan kerajaan Malaysia?

Adakah mana-mana pihak terutama daripada pihak Kerajaan dan Kementerian Pelajaran sendiri yang mahu menjelaskan tentang 'pemberian percuma' wang rakyat Malaysia kepada YTL menerusi 1BRIS dan BESTARI.NET?


2 comments:

Anonymous said...

tanya muhyuddin anak tok guru

Anonymous said...

PM Najib dah tahu lama kot....cuma sekarang je ...lepas MUHyiddin tikam belakang so Pm Najib pun bertindak...tengoklah sikit lagi masa perhimpunan UMNO cer tanya Muhyiddin ok perwakilan UMNO....tanya apa cerita duit rm 1 billion ghaib begitu je sebab Bestari net...dah terkubur tu.....baikkan perancangan Allah ..lain yang dituduh lain pulak yang nampak merompak dengan cara tersusun kemas...last sekali tak berjaya kerana cuma nak kenyangkan YTL .

 
Blogger Templates