Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, October 7, 2015

ADUHAI WAHAI PENCEN YANG SUDAH TUA RENTA... RENTIKANLAH ANGAN JENIN KELAPA MUDA TUH!!!



Kalau dinafikan sumbangannya kepada negara ketika menjawat jawatan dahulu, ia adalah satu tindakan melampau. Dia memang ada menyumbang terutama dalam memperkenalkan budaya pemakanan yang sebelum itu memandang enteng makanan orang-orang kampung dan sekarang ini, makanan-makanan tersebut dianggap 'ada standard' kerana turut dihidangkan di hotel-hotel lima bintang.

Kalau nak dikatakan, dia menghadapi masalah kurang pengetahuan seperti bekas Menteri KPDNKK yang lepas, pun tidak boleh kerana dia mempunyai kemahiran membaca dan menulis dalam banyak bahasa. Malah dia juga dikenali sebagai tukang baca buku.

Bagaimanapun, banyak membaca buku atau mahir dalam penguasaan bahasa-bahasa asing, belum tentu akan menjadikan seseorang itu tidak bernafsu atau mengurangkan keinginan duniawinya. Bahkan ramai pula yang terdorong ke kancah 'main tahi semasa usia tua' kerana ego yang dia 'tahu semua'.

Di Malaysia, baik di dalam UMNO mahupun dalam parti-parti lain terutama sekali DAP dan PKR, perwarisan jawatan adalah satu trend.

Kalau DAP mengata ke UMNO, DAP pula jauh lebih teruk. Bapa dan anak berkuasa serentak. Tidak cukup dengan itu, menantu iaitu isteri kepada anak lelaki yang sedang berkuasa pun, turut menguasai sektor lain yang berkaitan dengan kuasa politik. Dalam PKR pun, tidak payah dijelaskan. Semua orang boleh tengok dengan terang dan nyata.

Cuma di dalam UMNO, PUAK-PUAK PENCEN politik ini, masih berasakan mereka mempunyai kuasa dan pengaruh yang kuat sepertimana ketika mereka masih memegang kuasa dahulu. Sama ada untuk menghulurkan anak-anak dalam kedudukan politik yang lebih baik atau mengkehadapankan kroni-kroni atau taukeh-taukeh yang selama ini banyak memberikan bantuan kepada mereka.

Dek kerana perasaan itulah, apatah lagi untuk melihat legasi daripada darah daging sendiri mendaki tangga dalam UMNO secara jalan pintas tercapai, walaupun sudah pencen, walaupun sudah jauh ketinggalan dan walaupun sudah semakin tidak relevan, mereka kembali bersuara.

Lebih malang lagi ialah, mereka mengutuk dan mencela kegagalan UMNO sambil membanding-bandingkan kedudukan orang Melayu atau pandangan kaum lain kepada Melayu masa kini. Mereka terlupa bahawa Melayu dan Bumiputera jauh lebih teruk pada zaman mereka berkuasa. Mereka terlupa bahawa walaupun mereka mendapat undi-undi Melayu tetapi taukeh-taukeh di sekeliling mereka yang memperolehi banyak kontrak dan tender, adalah bukan Melayu. Malah yang menemani mereka di lobi-lobi hotel juga, yang bercakap tentang wang berjuta-juta juga bukanlah Melayu. Kalau ada pun Melayu, jumlahnya boleh dibilang dengan jari tangan.

Hanya selepas pencen atau kehilangan jawatan, baru sibuk bercakap tentang Melayu tetapi semasa berkuasa, Melayu hanyalah modal di pentas Perhimpunan Agung UMNO dan semasa hari meraih undi.

Pencen-pencen politik yang sedang memekak tentang halehwal negara masakini, kalau kita sukat muka, batang hidung dan kedudukan mata dan mulut masing-masing, melakukan perkara yang sama semasa berkuasa. Selepas hilang kuasa, selepas legasi kelihatan terancam, mulalah bercakap tentang perjuangan.

'PERJUANGAN' tengkorak apa bila dah pencen. Dah namanya PENCEN, pencen sajalah. Tak payahlah menyibuk lagi. Semasa berkuasa dahulu, mengapa tidak diidealiskan idealisme dan perjuangan yang diperkatakan sekarang?

Puak-puak yang melihat mesin taip sebagai mesin yang sangat canggih, mahu bercakap tentang butang keyboard?

Duduk dendiam sambil bertanya kepada diri, mengapa agaknya Allah Taala panjangkan umur, jauh lebih baik daripada memekak tentang hal dunia yang sudah semakin jauh dari diri!!!


3 comments:

Anonymous said...

TAK MENGAPA.....BILA TANAH DAH HABIS NANTI....ORANG PENCEN PUNYA IDEA GELIGA KITA PAKAI. SALAH SATUNYA.....TANAM PADI ATAS BUMBUNG.

Unknown said...

Kerna dia berani bersuara atas kebenaran maka dihentamlah, dicari gali semua salah silap dan keburukkan.

Ketika dia di puncak kuasa, melutut, menyembahlah semanis sewangi kasturi.

Adakah pencen itu bermaksud bercerailah roh dan badan?

Adakah menjadi satu kemestian, setelah berpencen semua pintu2 dan tingkap perlu ditutup, disemat paku supaya tidak ada yg terburai.

Akhirnya, hanya hipokrit yg mengata hipokrit

Anonymous said...

kenapa x siarkan titah majlis raja-raja tentang 1mdb & pengumuman dari peguam & bank negara tentang 1mbd ???? kah kah kah..

 
Blogger Templates