Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 29, 2016

FOMCA CADANGKAN PENGGUNA HENTIKAN GUNA PRODUK JOHNSON & JOHNSON SEHINGGA BENAR-BENAR SELAMAT!!!



Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihatkan pengguna berhenti buat sementara waktu menggunakan produk Johnson & Johnson sehingga ia benar-benar disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan.

 “Pengguna pula dinasihatkan agar berhenti menggunakan produk ini buat sementara waktu sehingga Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa ia benar-benar selamat digunakan,” kata Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman kepada Free Malaysia Today.

 Ia susulan kematian seorang wanita di Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan penggunaan produk keluaran syarikat tersebut.

 Laporan media antarabangsa menyebut, Johnson & Johnson telah diperintahkan membayar $72 juta (RM294juta) setelah kematian seorang wanita akibat kanser yang dikaitkan dengan produk keluarannya. 

Jacqueline Fox mati akibat kanser ovari yang didapati berkait dengan penggunaan produk talkum Baby Powder dan Shower to Shower yang digunakan oleh Fox selama beberapa dekad, lapor Metro.co.uk dipetik FMT.

 Keputusan itu dibuat setelah perbincangan yang mengambil masa selama lima jam dan selepas melalui perbicaraan selama tiga minggu.

 Juri mendapati Johnson & Johnson bertanggungjawab terhadap penipuan, kecuaian dan konspirasi, kata peguam keluarga Fox.

No comments:

 
Blogger Templates