Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 22, 2016

SEKSI JUGA BETTY CHEW EH SEMENJAK-SEMENJAK DAH KAYA-RAYA NI, KAN?



Kalau sudah namanya pelakon, setiap pembohongan akan terpapar juga.

Pada ketika mula-mula mendapat kuasa, bukan main sembang tentang zuhud, tentang kesederhanaan dan bukan main lagi berlakon naik kapal terbang di kerusi ekonomi walaupun jelas terpampang begitu tidak selesanya Guan Eng dalam lakonan tersebut.

Namun itu hanyalah sebahagian kecil daripada kemewahan yang dinikmati oleh Lim Guan Eng hasil daripada kebijaksanaan isterinya, Betty Chew mengatur segala pergerakan.

Beberapa persoalan sebelum ini tidak dijawab membabitkan perjalanan Lim Guan Eng khususnya penerbangannya ke luar negara. Lim Guan Eng dalam alasannya, kononnya menarik pelaburan untuk Pulau Pinang tetapi tidak banyak pelaburan baru di Pulau Pinang walaupun Lim Guan Eng semakin kerap ke luar negara.

Pembabitan Betty Chew dalam urusan hartanah di Pulau Pinang juga, telah menjadi satu sasaran apabila keluarga Lim itu cuba menguasai harta rakyat sebagai harta peribadi mereka. Dengan kadar cukai yang tinggi, kurang benefit daripada kerajaan negeri, surplus yang seringkali dilaung-laungkan oleh Lim Guan Eng hanyalah angka-angka di atas kertas yang tidak dapat divisualisasikan.


Terkantoi beberapa kali khususnya dalam isu penembusan dan penambakan laut di mana Lim Guan Eng bukan sahaja berbohong tetapi juga melibatkan pengeluaran dan pembaziran wang rakyat Pulau Pinang yang sangat besar, menyebabkan Lim Guan Eng membalas dendam dengan dua orang ADUN PKR menjadi mangsanya.

Sempena Tahun Baru Cina, Tony Pua dan Teo Nie Ching, dua orang pemimpin DAP yang merupakan sekutu kuat Lim Guan Eng telah mengeluarkan klip video yang digunakan untuk memperolok-olokkan Rosmah Mansor dalam usaha DAP untuk menyembunyikan kecelakaan Betty Chew!!!



No comments:

 
Blogger Templates