Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 31, 2016

TANAH TAMAN MANGGIS: JUMPA 'BUKTI' TETAPI MASALAHNYA DAP MEMANG PENIPU DARI AWAL... BUKTI LAIN TIDAK DITUNJUKKAN!!!


Seperti mendapat peluru uranium, DAP berlagak seperti tentera-tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin, sama ada untuk membunuh, menakutkan dan mendatangkan kecederaan secara total untuk tempoh panjang.

Pada tahun 2008, Lim Guan Eng merampas jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dari tangan Chow Kon Yew menerusi pencalonan dirinya sendiri olehnya untuk jawatan tersebut di Hotel Red Rock selepas DAP berjaya menawan negeri itu semasa PRU-12 tahun 2008.

Dengan menggunakan Jagdeep Singh, DAP yang sedang bertungkus lumus mencari jalan membela Lim Guan Eng cuba menuduh, Kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang terdahulu, tidak berminat untuk menjadikan atau menerusan tanah Taman Manggis II sebagai tapak rumah PPR. Malahan Jagdeep Singh turut 'menunjukkan' bukti bahawa Suruhanjaya Perumahan Persekutuan telah menghantar proposal pada tahun 2005 untuk menukarkan status tanah tersebut bagi memudahkan pembinaan pusat komersial.

DAP mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas PRU-12 pada tahun 2004. Tanah berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.


Itulah buktinya dan kerana bukti itu, tidak salahlah Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menukar status tanah tersebut dan menjualnya kepada KLIDC, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan kuat dengan Phang Li Koon walaupun Phang Li Koon bekas pemilik hartanah di No.25, Jalan Pinhorn yang menjual hartanahnya kepada Lim Guan Eng dengan kerugian terkumpul lebih RM4 juta.

Tapak Fasa II PPRT Taman Manggis itu telah dijual kepada KLIDC dalam satu proses yang amat mudah, walaupun Lim Guan Eng mengatakan ia adalah open tender tetapi harga tender tertinggi tidak pula terpilih melainkan harga tender KLIDC pada tahun 2007. 2010 hak milik ke atas tanah tersebut telah bertukar, bermakna tanah itu telah menjadi hak milik KLIDC.

Tetapi pada tahun 2012, DAP mempelawa BN Pulau Pinang untuk membeli tanah yang telah pun dimiliki oleh KLIDC, kemudian menggunakan kuasanya untuk menipu dengan pengambilan deposit, tetapi kemudian memberikan syarat-syarat tidak munasabah semata-mata untuk menolak tender RM22 juta oleh BN Pulau Pinang ke atas tapak yang telah terjual lebih awal kepada KLIDC.

BN Negeri Pulau Pinang tidak pernah diberitahu, diterangkan dan dijelaskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa tapak tersebut telah dijual kepada KLIDC dengan harga RM11 juta.



Dan sekarang, Lim Guan Eng dengan menggunakan kepintaran pasukan medianya, cuba memutarbelitkan isu sekali lagi. Pemilikan tanah Fasa II PPRT Taman Manggis langsung tidak diperkatakan dan disentuh tetapi Lim Guan Eng berlagak seperti budak kecil lapar puting tetek emaknya, merengek dan mengejek Abdul Rahman Dahlan, kononnya Abdul Rahman Dahlan takut untuk berhadapan dengannya dan pendedahan kononnya BN tidak berhasrat untuk membina Fasa II PPRT Taman Manggis.

Satu perkara yang perlu diingat ialah TRICK PEMBOHONGAN Lim Guan Eng membabitkan dokumen ini, pernah digunakan ketika perdebatan antaranya dengan bekas Ketua Menteri Pulau Koh Tsu Koon. Dalam usaha untuk menang berdebat, Lim Guan Eng tidak membenarkan Koh Tsu Koon mengakses dokumen-dokumen serta nota-nota yang membabitkan status tanah dan yang berkaitan, malah mengenakan pelbagai syarat dan sekatan, berbanding dia yang menggunakan pasukan peguam, pemerhati dan exco-exco untuk membantu mengumpulkan hujah dalam perdebatan tersebut. (RUJUK SINI)


Lim Guan Eng bagaimanapun, dimalukan oleh Koh Tsu Koon sehingga akhirnya dia seperti budak kecil lapar puting tetek emaknya apabila debat dan hujahnya mulai melencong dari yang asal. Apatah lagi Skandal Tanah Tang Hak Ju juga tidak berpihak kepadanya, di mana mahkamah mendapati ia adalah pembohongan semata-mata.

Kalau untuk berdebat pun, Lim Guan Eng sanggup main kotor, bayangkanlah untuk berhadapan dengan penjara dan undang-undang?

Seribu satu macam taktik dan dalih pun boleh digunakan, termasuklah menyalahgunakan kuasanya atau pun memutarbelitkan fakta mahupun terminologi serta persepsi seperti yang dilakukan oleh Jagdeep Singh Deo.

Ia samalah seperti Lim Guan Eng sedang berbangga dengan perumahan PPR di Jalan S.P Chelliah yang kononnya hasil kerja DAP, sedangkan projek perumahan itu, merupakan projek Kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang yang telah dirancang lebih lama sebelum Lim Guan Eng dan pasukannya menang di Pulau Pinang.

Kerajaan DAP belum mempunyai sebuah rumah murah pun yang dibina melainkan dalam angan-angan dan temberang mereka sahaja.



1 comment:

Anonymous said...

Bro, sebelum kena troll, lebih baik buang dulu artikel ni. Banyak tul fakta lari dari kenyataan... Lim guan bentuk kerajaan di pulau pinang tahun 2008, bukannya 2004... Sila ambil tindakan yang sewajarnya

 
Blogger Templates